Salam Annyeong Haseyo buat semua.
Sebagai mana yang anda sedia maklum (seperti yang diwar-warkan di blog blogger tegar ini), semalam 25 Oktober 2009 telah berlangsung satu majlis yang indah tidak terhingga buat peminat Lee Min Ho. Walaupun ianya berlaku sekelip mata dalam masa 1 jam lebih kurang (menunggu jer 6 jam) namun sejarah telah terukir di minda dan hati peminat Lee Min Ho atau Gu Jun Pyo, watak yang telah men-glamerkan beliau sekelip mata. Sebelum watak ni tak de sapa kenal dia. Tak de sapa perasaan kehenseman beliau. Kini telah yakin, konpem, sahih , tidak ragu-ragu, tiada rahsia, tiada syak wasangka dan tanpa kompromi beliau memang hensem kekeke. Macam tengok dalam TV, dalam gambo tu la
Mari lah kita ikuti sedikit ribiu dan liputan dari wakil Minoz, KW Agashi (ahaks) yang turut berada di sana. Disebabkan ending misi ini agak memuaskan hati, maka ada mood la nak citer haha. Dari 150 keping lebih gambo yang disnap, setelah ditapis dan disuling, ini gambo yg terbaik untuk tatapan. Banyak yang goyang dan bergegar. Al-maklum, nebes menguasai diri tatkala melihat mata air di depan mata. DEPAN MATA tanpa ada apa-apa objek yang menghalang sebab kami berada di barisan paling hadapan dan ditengah-tengah pentas. View yang sangat memuaskan hati!
Lepas tamat kelas, saya terus bergegas ke Sungai Wang (Seuk Hyun). Ambe pon masuk dalam bangunan dan mencari lokasi. Setiba nya di lokasi yang bakal berlaku kejadian, ambe terus eksited bila melihat pentas dengan poster yang terpampang di situ. Dengan harapan jangan la kengsel (kerana semalam di Singapore telah kengsel). Di situ bertemu dengan peserta misi pada kali ini iaitu Ruha dan Rucci. Kemudian kita pon berkelah di situ sementara nak menunggu mata air sampai. Nasib baik ambe tak bawak bantal. Kalau tak memang best berkelah, makan, minum dan tidur di situ. Dimaklumkan oleh abang sekuriti, seawal 6 pagi peminat sudah datang. Aigooo.
Belah kanan kami. Cik adek manes ni bergaya dengan topi peladang yang tertera nama Lee Min Ho. Caya lah. Disebabkan telah belajar melalui pengalaman lepas 03 September (ahaks) maka misi ini dijalankan tanpa mengharap apa-apa kejadian yang luar biasa berlaku. Masing-masing menten biasa saja. Yang penting semangat "Aja-aja Fighting!!!" tetap tersemat di sanubari masing-masing tanpa mengenal serik. Sebab kalu ambe tahu dapat dok depan, ambe dah buat satu sepandok Korea berbunyi "Lee Min Ho, Selamat Datang. Saranghae". Pasti Lee Min Ho akan nampak ambe. Hahaha.
Belah kiri plak. Kelihatan sorang boy over flowers di situ. (Yang pakai topi putih tu). Beliau pon gigih memeriahkan majelis nampaknya. Dalam jam 2 petang, DJ mengumumkan Lee Min Ho telah selamat landing di KLIA. Seround orang semua menjerit
Kemudian pihak krew Etude bawak keluar bendalah ni. Menjerit lagi seround seolah-olah Lee Min Ho dah berada di atas pentas. Lawak-lawak. Bukan pe, bendalah ni ala bagi hint la Lee Min Ho dah nak dekat sampai
Disebabkan lama noo menunggu, maka ambe pon snap gambo ahjussi kemraman ni. 2 orang kemraman dari Korea. Yang ni hensem sket. Sempat lagi tu. Kekeke
Akhirnya, yang ditunggu memunculkan dirik. *Dia datang, dia datang*
Alahh, kaco la benda nih. Seterusnya adalah kenangan
Apakah benar apa yang ku lihat ini? Selama ni tengok dalam TV jek
"Selamat petang" dari Lee Min Ho
Produk launching
Dapat menyaksikan ekpressi peberet ambe ini secara langsung
Cik kak sebelah tu ialah penterjemah beliau
Kemudian beliau menghala kan belakang nya ke arah kami. OMO
Woah depan belakang dapat tengok...hahaha
Kemudian sesi otograp yang di canang-canang kan
Tapi tak semua dapat naik. Disebabkan tangga naik pentas belah kanan yang dah sesak tu dan kami plak di tengah-tengah, memang tak de harapan nak naik. Melainkan ambe bertukar jadi Hulk Hogen dan tolak semua orang huhu
Kos melepas. Dapat view cantik tapi melepas sesi otograp. Tak mengapa. Dapat tengok live pon dah sukur
Senyuman tidak henti-henti
Sesi otograp tamat
Ucapan terakhir kali. Ambe lambai ke arah beliau dan beliau nampak, dan beliau pon senyum. Owh
"Teruskan lah meminati ambe. Tanpa anda sapa la saya. Kita jumpa di KBS Drama Awards 2009 31 December nanti"
Habit peberet beliau
Tampak kurus sedikit. Mana tak kurus. Asek terbang sana, terbang sini. Dari majlis di Singapore terus ke majlis di KL. Harap aura dan haba eksited dari kita dapat bantu mengurangkan penat beliau...kekeke
Lambaian terakhir. "Bye-bye KL"
(Kucing pinjam Siti Safiyah punya. Siti Safiyah, pemain boling negara sebelah tu. Peminat Lee Min Ho. Ponteng pektis boling semata-mata nak jupe Min Ho you hehehe)
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Jika ada kaseh dan sayang
Boleh la kita berjumpa lagi
Terima kasih kepada pihak organizer kerana membawa Lee Min Ho ke mari.
Boleh kita menumpang mandi
Jika ada kaseh dan sayang
Boleh la kita berjumpa lagi
Terima kasih kepada pihak organizer kerana membawa Lee Min Ho ke mari.
No comments:
Post a Comment