Wednesday, October 14, 2009

Filem : Papadom (2009)



Sudah tengok cite ni semalam. Citer Afdlin Shauki biasa saya tidak melepaskan peluang untuk menonton di panggung. Ada satu citer terlepas tengok iaitu Los and Faun, terus tak tengok-tengok.

Bagaimana pun ada sedikit rasa gundah gulana sewaktu menonton citer ni.

1. Saya rasa filem ini bergerak dengan sangat perlahan hinggakan saya 'sangap' beberapa kali (Orang Johor kata 'sangap' bagi menguap)

2. Adegan over saya rasa sewaktu menonton wayang Zombi Kampung Pisang. Kalau ambe yang jadik papa Miasara tu, ambe sekel pala Miasara, bukan boipren dia. Dengan dialog,

"Hai tengok cite Zombi Kampung Pisang pon ko nak feel takut cam tu. Ini sudah lebey"

Masuk-masuk panggung terus diterjah perasaan takut dan seram. Ambe ingat citer hantu apa lah yang seram sangat tu. Beriya punya seram sampai tutup-tutup mata dan berlekat dengan orang sebelah. Haha


Tahniah Papadom

3. Adegan tak larat. Kalau citer kolej / kampus mesti ada scene berebut pakwe kan. Pakwe tu la yang paling meletop di kampus hingga semua siswi tergila-gila dan bertarik rambut sesama sendiri.

"Hei pompuan ko tahu tak dia tu pakwe aku? Jangan sesekali ko nak rampas"

"Sedar la diri kau tu sikit. Pompuan kampung ada hati nak berkapel dengan Nick Khun (bukan orang sebenar)"

"Kalau kau coba ngorat dia, nahas kau"

Antara contoh dialog berebut pakwe kat kampus


4. Adegan paling syok. Part boria tu. I laik very muche

5. Ada FARID KAMIL. La ni bila tengok Farid Kamil mesti rasa nak gelak. Nampak nya nama Farid Kamil dah sebaris dengan DBSK, SS501, Wang Seuk Hyun (sekadar menyebut beberapa nama) Hahahahaha. "Nama" saja ye sebaris keke

6. CUCI The Musical. Ada sapa-sapa berminat mao tengok? Jommm...

No comments: