Wednesday, October 21, 2009

Ashie, Lee Min Ho kem salam ;)


Salam 1Malaysia diucapkan. Pagi tadi agak bizi sket. Dapat emel dari Korea, CEO Doo*san akan datang ke sini pada 01 Nov. Mahu meeting membincangkan hala tuju kereta kebal buatan Korea di Mesia.

Kemudian boss kecik ambe pula mencadangkan mesyuarat dalaman (BOD meeting) di adakan pada 29hb Oktober. Kat sini setiap sebulan skali ada BOD meeting.

Dengan pantas, sepantas kelajuan cahaya ambe membangkang,

"Andeyyyyyyyyyyy (dalam hati menjerit). Bos tak boleh lah buat meeting 29hb Oktober. Saya nak cuti"

"Ko nak pegi mana?"

"Orang nak pegi Singapore. Ada kenduri. Tapi saya tak de tak pe kan?"

"Mana boleh ko tak de. Sapa nak catit minit mesyuarat?"

"Haiii, macam tak biasa tulis minit"

Ambe cakap cam tu sebab bos kecik ambe ni juga seorang setiausaha kelab bekas tentera. Jadi tak de masalah kalau dia nak catit minit mesyuarat.

Tapi disebabkan dia malas nak catit minit, maka mesyuarat di adakan pada 27hb Oktober sebab 28-30hb Oktober ambe akan bercuti pi kenduri kat Singapore.

Muahahaha. Banyak kau punya kenduri. Tapi yang penting cuti ambe dah sukses. Fasa pertama sudah berjaya.

Kemudian malam tadi pula ambe ke rumah Lee Min Ho di One Utama. Dan ambe membeli ini,

Beli hand krim dan lip gloss. Terasa Lee Min Ho dekat di muka. Kekeke. Kemudian dapat free folder tu

Kemudian ambe masuk blog Ashie. Tragedi Oktober telah berlaku pada beliau. Sedikit pesanan dari Min Ho semalam masa ambe pi umah dia. Dia suh sampaikan


"Dear adinda ku Ashie. Jangan la dikau bersedih di atas kehilangan henfon mu itu. Tabahkan la hati mu. Kanda tahu dalam henfon itu banyak wall paper kanda. Tapi tak mengapa. Hilang henfon boleh di ganti. Nasib baik dinda tidak di apa-apakan. Nanti kanda gantikan dengan henfon AnyCall. Lepas tu save gambo kanda banyak-banyak dalam henfon ye. Kanda sudah mau datang ke tempat adinda. Jangan la bersedih. Cakkkk"


"Ini pula sedikit foto kanda sewaktu fansigning di Trugen mana tah. Kanda lupa daa, pada 17 Okt lepas. Untuk tatapan dinda dan dinda Ruha skali. Jangan gado-gado yek. Masa ni kanda baru sampai. Sungguh ramai sekali orang"


"Meja VIP kanda telah tersedia menunggu. Kat Mesia tak de Trugen ek? Kalau ada boleh kanda datang dan sign otograp lagi"


"Kanda menanti peminat dengan penuh kesabaran sambil tacap-tacap sket rambut kanda. Kanda kan suka pose gini"


"Sebelum tu kanda sign kat cermin dalam kedai Trugen ni sebagai ucapan kamsahamnida kanda pada Trugen mengambil kanda jadik spoke person mereka. Biasa lah orang hensem kan. Seme berebut-rebut nak amik jadik duta. Kanda pasrah je"


"Ini sapa tah siap bawak tangga suh kanda sign. Hilang akal apa. Nasib baik tangga kecik. Kalau dia bawak eskelator tak ke naya. Tapi demi peminat setia kanda sign saja. Kanda tulis skali kat situ 'usaha TANGGA kejayaan'. Fighting"


"Kemudian kanda pon berangkat pulang. Kanda kagum la dengan peminat kanda jadik paparazi. Segenap angle ada gambo kanda. Yang ni gambo disnap dari belah atas. Kanda terharu betul la. Akhir kata, yorobun, Sarangheyo. Nantikan kanda di KL 25 Okt ni"

Kisah open haus di rumah Etude akan bersambung hari Sabtu

P/S :
Pagi besok 2.40am
Real Madrid vs AC Milang.
Kaka vs ex-klab Kaka
Fighting!

Updated 4.40am
Real 2 - Milan 3
Ucapan tok Kaka
"Ambe dah tak heran ko tak de. Ambe dah ada Pato sekarang. Kakakaka"
Besok boleh tgk repeat


Photobucket
"Ka, pengganti pon bukan orang lain. Orang kampung ko jugak"

No comments: