Monday, October 12, 2009

2PM Again & Again @ Bukit Bintang


Dah tengok belom Again & Again Dance Flash Mob versi KL? Hahaha Sabar je la. Betul punya fanatik nih. Mau menitis ayor mata JYP kalau tengok ni. Cayalah



Awat ambe tak tau? Kalau tak boleh join. Setakat buat step tangan Again & Again ke depan ke belakang senang je tu...kekeke

Tengok pokcik-pokcik DBKL tu

Entri Again & Again Hurul

Versi original


UPDATE IDEA :
9 malam

Radio kita tak nak ke beralih putar lagu Korea & Jepun ni? Biar la tak paham pon, tak serumpun pon. Dorang tak de sapu menyapu. Buluh runcing pon tak de kot. Lagu depa pon sedap-sedap & terkini. Lagu Bollywood pon tak paham sepatah haram tapi korang layan gak. Ada segmen Hindi power lagi. Ambe cadang kita beralih pandang ke lagu-lagu Korea & Jepun. Begitu juga siar lebih drama-drama Korea & Jepun yang jalan citer lebih menarik dan bermutu. Hati pon tak panas

Idea tercetus lepas tengok bideo klip di atas. Peminat support sampai cam tu sekali. Ambe tumpang kagum. Mesti bagus bebudak 2PM ni kan. Dan ambe faham bila dah fanatik kita akan jadik giler jap

Tapi jangan taksub sangat ye u ols. Sebab dalam kubur nanti malaikat tak tanya tarian ni sapa yang koreograf, sapa penyanyi sebenar etc etc

No comments: