Monday, September 14, 2009

Gambar sebelum kejadian


Akhirnya ambe dapat lihat jua gambar cup cake sebelum kejadian di ngap oleh Kangaroo haha


Belum rasa dah tahu sedap sangat nih



Gambar asal model cup cake

Ribiu majelis buka posa mini semalam di William Kelana Jaya (markas gathering kita la pas ni sebab banyak makanan lagi belom try kekeke)

Para hadirin terdiri dari :

Penampilan istimewa Rozie dari Melako *tepokan gemuruh*

Penampilan istimewa seterusnya Kak Hood, yang mula-mula kata tak dapat hadir, tapi last minit berjaya hadirkan diri bersama anak-anak comey nye, Farah, Danish dan yang kecik apa nama kak? Lupa

Kemudian penampilan bergaya ala Hang Tuah tak pass SPM haha, GX dan Mrs. GX

Penampilan cameo yang ambe jupe sekejap je iaitu G'Ja, juga adik beliau dan kawan beliau. Sabar je la, eden sampai ekau pulang yo. Tak dapek nak bergossip. Keadaan tidak mengizinkan beliau bertahan lama

Dan seterusnya diri ambe sendiri. Ruha tak dapat join

Ambe lupa nak amek gambo fish & chip yang makan semalam. Sebab fish & chip dia sungguh unik.

"Makan apa kak?"

"Bagi saya fish & chip"

(Makanan sampai)

"Eh ni bukan saya punya ni. Saya oder fish & chip"

"Ni la fish & chip kak"

"Huhhh (muka konpius) Ok, ok"

Lepas tu ambe ngn Rozie pon gelak sebab rupa fish & chip dia macam goreng pisang daa. Ada dalam 4 ketul. Lepas tu letak plak dalam tray silver mcm tray roti canai kedai mamak. Bagaimanapun fish & chip persis goreng pisang itu berjaya dibaham sehingga licin. Masa ni yang lain belum sampai tok join gelak berjemaah

Tak dilupakan juga adegan kipas lipas

No comments: