Wednesday, July 08, 2009

Makan malam di mana?


Amaran : Sapa puasa jangan tengok sekarang. Tengok malam karang. Kalau anda terliur tuan blog tidak bertanggungjawab sama sekali

Makan malam di kedai pakcik William (nama sebenar) di Kelana Jaya. Minggu lepas ari Kamis saya telah di ajak oleh sorang kakak pengurus artis realiti yang semakin hangat huhu untuk makan malam bersama sempena besday anak nya Yana, dengan rambut afro nya yang ala artis kata ummi nya huhu. Agak ramai para hadirin yang hadir. Anak beliau je dah 5 orang, sorang fotograper artis Abang Lan Me Too, juga sorang lagi pengurus artis yang dah lama tak jumpa dan rakan-rakan fanclub beliau yang lain. Beliau mewar-warkan bahawa makanan barat kat sini best maka ambe pon teringin nak try test.


Lokasi di Kelana Jaya.
Lokasi : Imajin LDP dari Sunway. Hentian Putra Kelana Jaya belah kiri anda. Pastu simpang pertama belok kiri, pas tu jumpa trapik lite. Simpang sebelum trapik tu belok kiri lepas tu stret. Nampak signbod 7-11 terus masuk kanan. Belah kiri ada banyak gerai makan. Kedai makan dia berdepan dengan salun rambut kak senah (nama samaran). Pastu carik je la kedai yang ada papan hitam yang tulis menu tu seperti gambo di atas. Ok arasoo?!


Saya oder ini Cabonara meat ball sepinggan hentak. Pastikan anda ke mari dengan perut kosong tahap maksimum sebab pinggan dia sangat besar. Kalau Elf pegi boleh 3 orang share makan dia. Waiem ngn Sempoii...kekeke. Air oder jus kedondong asam boi yang kaler ijau tu. Lazat sungguh


Close-up. Meat ball dia 2 kali ganda coklat ferro roche tu


Ni makanan Abang Lan Me Too


Ni apa nama Nasik Goreng Ayam Panggang Double. Eh betul ek ayam dia ada 2? Wahhh


Ini Nasik Goreng Ketam campur Udang sket


Ini pula Chiken Cop. Tangan tu dah tak sabar nak ngap


Ini pula jus mangga longan. Perghh lazat jugak. Tengok wajah dah boleh tau lazat


Ribena longan giant bersama kedondong asam boi dwarf. Sini banyak jual jus buah yang lain dari lain. Nanti ambe nak try yang lain pulak


Licin licin


Kemudian datang pula artis ni. Boleh tahan jugak ye bila tengok siaran langsung hehe. Pertama kali bertentang mata


Apa kehei nye yob


Iklan Poh Kong..hehe. Lepas makan biasalah bergosip. Lama tak jupa macam-macam cite ado huhu

*Credit gambo sendiri dan Lan Me Too

No comments: