Friday, July 17, 2009

Cerekarama : Kontrak Cinta


Satu lagi cite yang nak hasut tengok bagi yang belom tengok haha. Cerekarama 2 minggu lepas. Tertengok masa pi Gurun Kedah tempoh hari. Sebab pergi rumah orang maka tak leh nak alih-alih channel. Kenalah bertertib dan bertatasusila bila pi rumah orang kan. Tak leh nak kongker remote tv sesuka hati hehe. Sekali pulak kena cite best. Perghh. Berdesup dibuatnya. Orang kata apa nak berjodoh dengan Fahrin Ahmad hahaha


Tunjang utama cite ni. Kedua nya bukan feveret ambe tapi I loike their chemistry very muche. And oso the jalan citer very de ada aura kekoreaan sikit haha. Tak lebih, tak kurang. Pendek kata memang berkenan lah. Menambat hati dan sanubari innew sampai ambe donlod ni dari utube untuk di bikin pusaka kekeke

Yang mengebestkan dia ialah skrip dia. Ambe suka. Penulis skrip tidak asing lagi Azlina Pa' Wan. Mari lah kita memberikan tepukan mesra pada beliau *tepuk tepuk tepuk*


 

Datuk Malek bapak Haris yang selalu beking Haris. "Datuk Malek, we speak trut" haha

Mengisahkan Datin Mariam yang bermimpi bahawa anak dia gay tamau kawin-kawin. Anaknya ialah Haris lakonan Fahrin Ahmad. Umur dah 35 tapi tamau berkahwin. Lantas Datin Mariam mahu menjodohkan Haris dengan sepupu beliau, Juliana

Haris panik pabila disuruh berkahwin dengan Juliana sebab dia belum bersedia mendirikan rumah tangga. Kemudian dipendekkan citer Haris bertemu dengan Karmila lakonan Fasha Sanda yang berkeje sebagai Chef. Karmila ada masalah nak dapatkan loan untuk elak kedai pusaka ibu bapanya yang telah meninggal dunia daripada di lelong. Kemudian Karmila pi la ke syarikat Haris, jumpa dengan Haris, CEO syarikat merangkap tukang luluskan loan. Kan hero mesti berjawatan CEO sebab bapak dia Datuk...hahaha


Kemudian Haris mendapat buah fikiran. Haris bagi syarat pada Karmila kalau nak loan lulus kena blakon jadi gelren dia dan makan malam bersama keluarga dia untuk elak dia kawin dengan Juliana. Nak tak nak Karmila terpaksa ikut sebab nak loan punya pasal.

"Fokus eh fokus. Nak loan ke tak nak?"

However, Datin Mariam bagaimana pun dapat menghidu lakonan mereka dan Datin Mariam pulak berlakon mahu cepatkan pertunangan dan perkahwinan Haris dan Karmila.



Kedua mereka berkejut kerana keduanya hanya berpurak-purak menjadi pasangan kekasih. 



Haris bagi cadangan mereka purak-purak kahwin untuk mengaburi Datin Mariam



"Kawin kontrak macam tu eh? " Karmila bertanya

"Ye"

"Boleh saya tanya? Awak gay ke?"


Haris pon gelak seperti gambo di atas

"Apo lah punya soalan daa. Tengok la saya ni. Saya straight la"


Alkisah dia tak nak kawin sebab pobia takut dapat bini macam mak dia yang suka buli bapak dia. Tapi saya suka jawapan bapak dia bila Haris kata dia kesian kat bapak dia kena buli dan selalu kalah dengan mak dia

Sekali bapak dia cakap lebih kurang "Kita bukan kalah, tapi mengalah pada orang yang kita sayang. Dalam rumah tangga kena bertolak ansur...bla bla bla"

Terus tingat kat Vince juara AF1. "Kita semua adalah pemenang, tiada pengalah" Kekeke

Drama ini menggunakan lagu dari kumpulan Repvblik - Hanya Kau Yang Tahu yang kedengaran ngam sekali dengan jalan citer. Ada lagi 2-3 lagu turut diselitkan. Mau tahu sila la tonton cerekarama ini.

Yang paling saya suka ialah, masa adegan cakap-cakap tu tak de potong nak cepat. Cite Melayu salu macam ni. Cakap semint lepas tu lompat pergi scene lain. Pastu cakap seminit lompat lagi pergi tempat lain. Lepas tu iklan. Tak sempat nak berkembang eh dah potong. Kekurangan dialog barangkali. Dan penonton akan rasa tiada kepuasan. Baik baca sinopsis je kalu cam tu kan. Hehe

Apa pon sekalung tahniah pada team produksi, pengarah Encik Heykal Hanifah, yang buat ambe syok kat Fahrin Ahmad haha.

No comments: