Tuesday, July 07, 2009

Batal solat


Hujung minggu lepas saya ke Gurun, Kedah. Sekejap je pergi. Bertolak Sabtu petang, balik Ahad tengahari. Sungguh tergesa-gesa sebab ada hal penting. Tak sempat nak pi Gunung Jerai hehe


Kemudian berhenti rehat di R&R Sungai Perak


Berapa punya jakun da. Ada escelator lah dia punya R&R. Pes time nampak. Siap amek gambo lagi..hik hik


Kemudian ambe jumpa ni KLG haha. Ni masa dari Gurun nak ke Sik peh tu nak ke highway

KLG = Kedah Local Goreng?

atau

Kentaki, Lu Goreng la sendiri...eh panjang sangat

Rupanya nama sebenar dia ni

http://en.wikipedia.org/wiki/KLG_(restaurant_chain)

Oo klon KFC, bermaksud "Kuai Le Gee (Happy Chicken)"




Kemudian ambe ke rumah sorang kawan. Kat rumah tu ada sorang pakcik tua. Sembang-sembang lah dengan dia. Sembang punya sembang, dia pon cite pasal solat Subuh dia pagi tadi. Kemudian dia citer kucing dia salu menempel kat tepi dia bila dia semayang. Kucing tu memang manja sangat dengan dia. Kemudian dia pon cakap sekiranya masa kita solat tu terkena dengan kucing, maka batal solat kita. Maksudnya, kulit kita bersentuh dengan bulu kucing maka solat kita batal dan kena buat solat lain. Contoh macam kain kita terselak dan terkena bulu kucing maka solat itu batal dan kena solat lain. Tapi wuduk kita tidak batal. Dia kata batal solat sebab kucing adalah kotor.

Kitorang pon macam terkejut. Oh ye ke Pok Cik Kang (bukan nama sebenar) (Motif nama samaran pon nak ke-koreaan jugak ahakss) Dan Pok Cik Kang itu bilang ya. Kalau tak tahu tak pe. Ni dah tahu kena buat. Hukum dia macam tu

Ni first time ambe dengar ni. Bila fikir logik betul jugak kucing ni kotor. Berak kencing tak cebuk. Mandi pon tah sebulan sekali atau 2 bulan sekali. Kemudian dia keluar main-main kat luar, carik aweks ke, tah ada terpijak najis ke kan

Ada sapa-sapa boleh confirmkan hal ni? Nak tanya Ustaz ngaji minggu ni ponteng ngaji sebab nak pi seberang. Mungkin minggu depan ambe tanya Ustaz ambe. Tapi sekiranya sapa yang tahu boleh la di confirm-kan terlebih dahulu.

Cari kat internet jumpa soal jawab ni

1) Saya membela kucing. Saya selalu jugak memegang/membelai kucing selepas mengambil wuduk dan terus solat. Adakah batal wuduk saya? Atau tidak langsung menjadi kesalahan?

Jawapan :

Sentuhan dgn kucing tidak apa-apaan.


Dalil hadith:

Dari Abu Qatadah, (sabda saw), "Kucing itu tidak najis kerana ia termasuk haiwan yg berlegar dalam lingkunganmu." HR Khamsah, dinilai sahih oleh Ibn Hajar, Ibn Khuzaimah dan al-Bukhari.

Seperti yang Pok Cik Kang (bukan nama sebenar) tu cakap wuduk tak batal. Solat saja yang batal jika bersentuh dengan kucing.

Kepada pembela kucing boleh la double confirm-kan pernyataan Pok Cik Kang tu ya. Ambe tak de bela kucing.

Daaaa...

No comments: