Saturday, June 20, 2009

Resepi : Salad Junpyo bebola daging


Hari ni kita ke segmen masak-masak sebab chef niari rajin plak ke dapur. Rajin ada makna sempena 22hb Jun haha. Motif

Resepi ini di beri nama Salad Junpyo Bebola Daging. Mula-mula taruk nama "Salad Daging Bebola Junpyo" tapi terpaksa tukar nama resepi sebab macam lain plak nampak gaya tajuk yang tu kekeke. Resepi ni tema kekoreaan sikit sebab resepi ni terhasil akibat pengaruh menonton drama Korea.


Resepi ini amat mudah ya. Tak payah potong bawang, hiris bawang, kisar bawang, tumis segala. Tak perlu.

Bahan-bahan nya ialah :

1. Salad seperti gambar di atas
2. Bebola daging lembu. Berapa bijik nak ikut suka
3. Cili sos
4. Minyak masak
5. Kuali
6. Sudip




Cara-cara membuat :

1. Panaskan sedikit minyak. Jangan taruk minyak banyak-banyak. Dalam 2 sudu besar dah cukup. Sebab kalu banyak minyak nanti serap minyak banyak. Api juga jangan terlalu besar sebab nanti api jadi lawan bila dia besar..keke

2. Bebola dipotong 2 dan digoreng sehingga menjadi warna seperti gambar di atas. Potong 2 sebab kita tak guna banyak minyak. Kang tak masak plak bahagian dalam daging kalau tak potong 2



Cara makan :

Posing kan bebola daging bersama salad seperti gambar di atas



Kemudian lipat kan salad bersama bebola daging itu seperti gambar di atas juga



Kemudian cicah la dengan cili sos. Kemudian apa lagi ngap la.

Sedap sehingga menjilat kuku. Selamat mencuba!!!

IKLAN


Selongkar-selongkar peti ais terjumpa plak jem stoberi made in Korea ni yang ambe bawak balik 2 tahun lepas hahaha. Jem ni dapat masa breakfast kat kilang masa di sana. Menu sarapan dia mesti ada roti ngn jem ni. Orang lain yang tak makan tu ambe mintak kutip bawak balik. Kalau tak memang akan dibuang begitu saja. Balik bagi surbenior kat orang kekeke


Asmaradana dah expired lah. Setahun lebih dah...aigooo. Dah selamat di buang ke dalam tong sampah...hehehe

No comments: