Tuesday, June 02, 2009

Painter of the Wind - Episode 16 - 20 (Final)


Ok bersambung kembali drama lukis melukis ni di bahagian yang terakhir. Agak terlambat sikit ya. Al-maklum la sibuk. Kekeke

Flash bek kembali episode sebelumnya

Episode 1-5, Episode 6-10, Episode 11-15

Zasss



Bersambung part mereka nak pi curi lukisan bahagian dagu, tapi nngak berhasil. Mereka ekori oleh kuncu pak menteri dan kuncu itu merampas lukisan yang hampir berjaya di curi. Selepas orang jahat pergi, mereka berdua melayani perasaan. Ehem. Cekgu terkasima melihat keanggunan Yun Bok memakai Hanbok


Cekgu berkata, "Kita ni seperti somi dan isteri lah..."

Yun Bok pulak berkata, "Manyageh(jika), jika ambe benar-benar pompuan, bagaimana?"

"If you are a woman..." Satu kucupan hinggap di dahi Yun Bok. Yun Bok pula terkasima dengan tindakan Cekgu itu.

Kemudian Cekgu tersedar dari lamunan "Oh tidak. Naa gay anio. Andeyyy"

Mereka pon beredar la ke rumah masing-masing



Di istana, Raja telah mengarahkan pembunuh itu di carik


Kemudian Yun Bok mengajak cik giseng ni keluar. Tujuannya untuk memberitahu rahsia sebenar yang dia adalah pompuan. Kuciwa lah cik giseng tu bila mengetahu hal yang sebenar. Luluh hatinya bagai di carik-carik oleh objek tajam. Kebenaran yang amat sukar untuk diterima. Wae? Wae? Sebab cik giseng dah syiok sama Yun Bok sebab dia ingat Yun Bok lelaki. Mana dia nak letak wajahnya yang manis itu. Dia berasa amat marah dan malu sekali jatuh chenta pada kaum sejenis


Kemudian, Cekgu Dan Won (Dan Won nama pena) dan Yun Bok dapat satu lukisan potret misteri yang tiada muka. Nampak tak tu gambar macam orang pakai songkok tu. Muka tiada. Mereka pelik kenapa tiada wajah. Mereka pon jumpa pakar buat kertas. Ahjussi tu kata kertas potret itu terlalu tebal. Mesti ada udang di sebalik ketebalan kertas itu


Tiba-tiba Yun Bok tingat masa dia kecik dulu bapak dia ada bitau cara-cara nak tanggalkan helaian kertas potret gambar yang digam gajah. Yun Bok pon celupkan gambar potret itu di dalam air


Dan terkejut la dia pabila kertas potret tu tangal lapisan demi lapisan. Di bawah sekali ada gambo seseorang. Sesorang yang telah bunuh bapa nya. Lantas Yun Bok pon pingsan akibat terkejut ya amat


Ok part ni la rahsia terbongkar sebongkar bongkarnya hehe. Tuan tabib tu bitau Cekgu suh jaga aweks nya baik-baik

"Huh aweks??" tanya Cekgu balik

"Walaupun aku ni bukan dokter yang belajo di unibesiti medik, walaupun mata aku ni juling air sikit tapi aku tak juling. Aku tau bezakan mana lelaki dan mana pompuan. Hantu mana yang kau nak tipu? You stori me"

Terkezuttt la Cekgu mendengar nya


Lantas Cekgu bersegera mendapatkan Yun Bok untuk kepastian. Yun Bok mengelak tapi Cekgu pantas meneka

"Kau kah anak pompuan II Wyol Dan, kawan baik ku? Aigoo. Macam mana aku boleh tak pasan kau. Kau la yang aku carik selama 10 tahun ini. Ropanya kau masih hidup. Aigoo."

Alkisah, Cekgu ni dari zaman muda, masa Yun Bok kecik dah syiok kat Yun Bok. Kira kalau jadik, kawan baik dia merangkap bapak mentua dia...kekeke


Kemudian flash back bagaimana Yun Bok di jadikan anak angkat oleh Ahjussi tu (bapak Jandi). Cekgu Dan Won menemui bapak angkat Yun Bok dan melaser beliau sebab dia hanya memperalatkan bakat seni lukis Yun Bok untuk kepentingan peribadinya (dapat masuk kabinet menteri) sehingga sanggup sembunyikan jantina Yun Bok yang sebenar dan bukan mahu pelihara Yun Bok sebab dia anak yatim piatu



Yun Bok bilang dia nak cari pembunuh bapanya


Kemudian dipendekkan cite, Ahjussi yang atas tu dapat tahu gak Yun Bok pompuan. Ahjussi atas tu yang beli Yun Bok dari bapak angkat dia. Ingat?? Di sebabkan dia rasa tertipu, dia anjurkan satu pertandingan melukis sempena nak melaga-laga kan Cekgu Dan Won dan Yun Bok.

Kalau Yun Bok menang, cik giseng tu akan dilepaskan, manakala kalu dia kalah dia kena jadi...aisehmen lupa. Manakala syarat belah Cekgu plak. Kalau dia menang dia akan kembali mengajar di sekolah melukis itu, manakala jika dia kalah, dia harus berhenti melukis buat selama-lamanya.


Keputusan yang sukar dibuat oleh kedua-dua pelukis ini. Tapi Cekgu nak Yun Bok tewaskan dia


Pertandingan bermula


Pertandinangan berkesudahan dengan SERI. Dua-dua lukisan ada kekuatan tersendiri. Dan Ahjussi tu pon telah cuak sebab dia kalah bertaruh. Dia pilih Cekgu Dan Won menang. Dan kisah pembunuhan 10 tahun diungkit kembali



Dan endingnyaaaaa...huk ala...tengok la sendirik


Kiri lukisan Cekgu Dan Won, kanan lukisan Yun Bok atau nama pena dia Hye Won. Mesti ada watak pompuan dalam lukisan dia

Kesimpulan yang boleh dibuat selepas menyaksikan ending drama ni ialah, ending drama genre gini tak de yang memuaskan hati langsung. Tak de perfect ending yang buat kita tersandar dan tersenyum girang selepas menonton. Jumong dan Yisan tatau cam ne sebab tak tengok. Ni drama yang pendek dalam 20-24 episode gitu. Contoh ending drama purba yang tidak memuaskan yang ambe dah tengok :


Iljimae - konpius

The Legend - konpius gak

Hwang Jiyi - keseorangan

Painter of the Wind - bak lagu Ziana Zen ni

Return of Iljimae kalu sama gak, memangggg siappp...:P

No comments: