Sunday, March 29, 2009

Painter of the Wind - Episode 11-15


Kembali bersiaran.


Bersambung sesi melukis potret Raja. Mula-mula lukis ngn pensil lepas tu tekap, lukis dengan berus kaler hitam last sekali warna. Tengah 2 pelukis tu tekun melukis, Raja pon bersembang dengan mereka. Raja ada satu rahasia nak bagi tau. Rahsia pohon cemara. Rahsia potret bapak dia dulu hilang. Hal itu Raja tak bagi tau sesiapa kecuali 2 pelukis tu dan arahkan pelukis-pelukis itu mencari potret bapak Raja yang hilang itu



Selesai sesi melukis. Kemudian mereka adjust-adjust bingkai gambar tu. Tetengah adjust Cekgu terkasima sebentar melihat bayang Yun Bok di sebalik potret Raja itu



Dia pon tanya Yun Bok "Betul ke kau ni lelaki?"

Yun Bok pon tergamam

"Aiyoma alamak pecah lobang" kata Yun Bok di dalam hati


"Jawab pertanyaan Cekgu. Apsal ekau sonyap?"

"Cekgu tanya soalan yang tak sepatutnya ditanya. Kura-kura dalam perahu. Sudah tahu bertanya pula" Yun Bok berpantun untuk cover line

"Tapi potongan badan kau apsal nampak macam pompuan??"

"Tu bayang-bayang saja, songsenim. Jangan tertipu"


Kemudian sesi mewarna pulak. Warna kena guna warna spesel khas istana punya. Tak boleh warna sembarangan. Tiba-tiba masalah terjadi bila mana warna merah bertukar menjadi hitam pada keesokan hari. Seperti yang diberitahu dalam episode yg lepas, ada pihak menteri yang tak suka depa ni melukis potret Raja. Maka mereka telah merosakkan warna itu. Warna merah adalah warna yang terpenting sekali sebab baju Raja warna merah. Kena cari warna merah yang betul-betul serupa. Yun Bok minta pertolongan abangnya untuk membuatkan warna merah baru tanpa pengetahuan sesiapa.



Dipendekkan citer abang Yun Bok mati selepas membuat warna merah untuk Yun Bok. Proses nak buat warna tu berisiko tinggi sebab asap nya beracun dan boleh membawa maut jika tidak menggunakan peralatan yang betul. Disebab kan adik punya pasal, abang Yun Bok tidak hiraukan risiko itu dan terus memasak warna merah. Gambar dah siap dan abang mati. Emosi terganggu.



Esok pagi semua masuk mengadap untuk melihat hasil potret di raja dan bagi komen. Pak-pak menteri ampas semua telah sepakat nak kritik dan smash habis-habisan potret itu. Senyuman pon ko kritik kan


Setiap kritikan dijawab oleh Cekgu Dan Won dengan tenang dan sabar


Last sekali, oleh kerana semua kritikan, smash dan kondeman dapat dijawab oleh pelukis itu, pak menteri nak gunakan isu warna plak. Depa tahu warna merah tu bukan warna asal. Prang preng prong depa bertelagah mengenai warna merah. Yun Bok tidak dapat menahan emosi nya bila hasil titik peluh abang nya dipertikaikan dengan kijam


Sebab kerana warna merah tu abang dia mati.

Tiba-tiba petir berdentum-dentum di langit dan muzik saspen kedengaran. Yun Bok mendapat kekuatan dalaman impak maksimum seperti terkena rasukan ablasa kekdahnya hik dan tampil kehadapan lantas mengoyakkan potret Raja itu sebab kesedihan yang amat. Terkoyaklah 2 gambar itu. Aigoo. Terkejut tengok adegan ni. Tindakan nya itu telah dianggap menghina Raja dan berdosa sangat. Beliau pon ditangkap dan dihukum. Cekgu pun sekali kena hukum.


Cekgu kena hukum lesen melukisnya di tarik balik manakala Yun Bok dihukum pancung. Aigoo. Sebab dia yang koyakkan potret tu


Cekgu merayu dan terus merayu lapan lagi agar hukuman Yun Bok diringankan. Cekgu mengadap Raja sekali lagi dan terangkan hal sebenar yang berlaku dari kisah warna merah bertukar warna hitam hingga hal abang Yun Bok mati. Tanda ada konspirasi mahu potret Raja tidak berjaya disiapkan. Raja murka mendengarnya. Dengan kebijaksanaan, Raja pon pasang strategi dia. Keesokan hari Raja panggil pak-pak menteri untuk mengadap. Kat tangga nak naik istana dia bentangkan potret yang koyak tu


Raja tanya sapa yang pijak gambar potret itu. Cip menteri bawah ni cakap semua menteri pijak sebab potret tu tidak sah sebagai potret diraja dan 'bukan potret diraja'


"'Sekarang aku akan pancung leher kau" kata tukang pancung itu

Op op belum boleh pancung lagi

Yun Bok terselamat dari dihukum pancung sebab gambar yang dia koyakkan 'bukan potret diraja' seperti jawapan pak menteri itu. Hangin lagi pak-pak menteri tu semua. Rencana mereka gagal lagi

*kita nak buat dia marah...balik balik kita yang marah* :P


Bapak Yun Bok kuciwa dengan Yun Bok dan Yun Bok dijual kepada orang tu. Yun Bok menetap dengan orang itu. Dia bukan menteri tapi ala-ala YB jugak la


Tugasan baru dari Chona (Raja). Cari potret ayahanda beliau yang hilang. Rahsia yang Raja nak bagi tau tu. Misteri kehilangan potret ahayanda beliau


Dipendekkan citer lagi, mereka dapat mencari potret ayahanda Raja tapi tak complete. Ada satu bahagian lagi kurang iaitu bahagian dagu. So sekarang misi mereka cari bahagian dagu tu. Ada kat sapa


Cek punya cek gambar bahagian dagu ada disimpan oleh sorang pak menteri yang memang tak suka Yun Bok dan cekgu nya. Yun Bok terpaksa menyamar pakai hanbok pompuan untuk curik gambar bahagian dagu itu.

Berjaya kah dia? Tak berjaya. Gambar atas Cekgu kena tangkap sebab curik gambar dagu itu

Bagaimana kah nasib mereka berdua? Terbongkarkah rahsia wanita Yun Bok?

Terbongkar daa sebab dah masuk fasa terakhir drama. Hehe. Bersambung episode 16-20

*credit d-addict

Episode 1-5

Episode 6-10

No comments: