Sunday, May 31, 2009

Cinta terakhir di hujung minggu






1. Lagu ni sedang terngiang-ngiang di telinga. Drive ke Melako 3 kali terdengar. DJ radio siap puji-puji Aiman. Sekarang ni lagu ni tengah hit lah, ramai orang mintak lagu lah. DJ radio Melaka kot. Drive balik dari Melaka 2 kali terdengor gak. Paling tak larat masuk keta dari Sunway Piramid lagu ni jua keluar. Sampai kat rumah terngiang-ngiang di telinga. Aishh dia ni nak suh apdet kat blog la ni. Lantas dengan pantas ambe apdet blog sebelum lagu ni hilang haha

2. Dengar kan Cinta Terakhir dari Aiman. Aiman finalis Akademi Nasyid. Kalau tak ingat gak, satu lagi klue. Beliau yang pakai baju ada ular tedung di Anugerah Juara Lagu yang lepas. Orghe Klate deh? Come mu...hehehe

3. Seperti yang diplan dengan izinNya, Sabtu semalam ke Melako umah Cik Rozie, pembaca tegar blog waiem haha. Pertemuan kali kedua. Kali pertama masa adek beliau nak pi Korea. Tiba-tiba kontek ambe mintak tips macam ambe duta pelancongan Korea...hahaha. Last ambe pi Melako masa bawak pelancong Korea pi Taman Buaya 2 tahun lepas kot

4. Ada kenduri doa selamat di rumah beliau. Nak tengok gak macam mana kenduri di Melaka. Sampai lebih kurang jam 8 malam. Alhamdulillah tak sosat dengan sekali penerangan. Lepas Hospital Melaka ko belok kiri, lepas tu trapik pertama straight, lepas tu trapik kedua himpit kanan dan belok kanan. Nampak pencawang TNB, lepas tu nampak simpang pertama belok kanan. Nampak kuarters TNB, terus masuk dalam, dalam, dalam lapan lagi.

5. Majlis telah bermula. Salam bonda beliau dan masuk ke dalam bilik. Jumpa Cekgu Skolah aka G'ja. Gossip-gossip sikit pasal Korean Entertainmen ahaks. Kemudian mengambil tempat di satu sudut sambil senyum dan duduk bersimpuh. Kemudian Amin-kan doa.

6. Wah meriah nya makanan. Gulai lemak labu seperti gambo di atas, sambal tumis udang petai, gulai lemak daging, ayam goreng, ikan sepat masin, ulam-ulaman, sambal belacan, kuih muih 4 jenis dan air sunkist tropika. Wah lagi. Sedapnya. Semua sodap. Suasana lebih kurang macam kenduri kat tempat ambe la di JB.

7. Ahad tengahri lepas Melodi bertolak pula ke KL. Kol 4 ada appointment gak dengan pembaca blog yang tak pernah jumpa dari Singapura iaitu Kak Yati. School holiday bawak anak-anak ke Sunway Lagoon. Ada accident sikit kat hiway area Seremban. Seperti biasa yang accident nya jalan sebelah, jalan yang tak accident pon tumpang sekali jem. Hopefully jam 4 sampai Sunway Piramid.

8. Sampai Sunway Piramid kol 4 dan cari parking. Tetiba Kak Yati call. Dalam hati cakap, sabar kak sabar, tengah carik paking ni. Tau je la kan, parking kat Sunway Piramid cam aram sket kalu weekends. CP3 penuh, CP4 penuh, CP5 penuh. CP6 ada kosong. Sipi-sipi (CP) tak de gak parking kat CP6.

9. Angkat call Kak Yati,

"Hello, waiem kat mana? Bla bla bla, credit card akak hilang ni. Macam mana nak report ni.."

"Jap kak tunggu saya datang"

10. Al-kisah henbeg dia kena toreh masa menunggu ambe. Dompet berisi 2 credit card, IC dan cash Sing Dolar 400 hilang. Aigooo ottoke. Cian nya. Ambe speechless sebab tourist datang tempat kita kena kerampokan. Kejadian berlaku di LG2 Sunway Piramid, dekat-dekat ngn Giant. Masa tu kat situ ada jualan lelong orang ramai.

11. Sila imajin sebab tiada gambo. Kemra lupa bawak (Material beg dia macam kanvas, pisau tajam zasss menoreh sisi depan tepi henbeg. Henbeg telah dikepit dengan kemas tapi berjaya juga di toreh di dalam kesibukan orang ramai. Mesti pencopet ni pro dah biasa toreh dan menang wang tunai)

12. Try call bank Singpore nak cancel kad tapi tak tembus plak. So kita pon ke lobby hotel suh call kan bank.

13. Kemudian naik ke bilik hotel dan berkenalan dengan parents Kak Yati serta anak-anaknya. Kak Yati merupakan peminat drama Korea jua. Selalu sembang thru emel dan YM saja. Kali ni dapat bertentang mata jua akhir nya.

14. Kepada Kak Yati, bersabar ye dan maaf jua kejadian seumpama itu berlaku di tempat kite. Kita doakan pencopet tu nanti kena langgar dengan mat rempit

15. Kepada ibuk-ibuk, cik kak-cik kak, hati-hati la bila pi shopping di tempat yang ramai orang. Especially yang suka pi Jusco Sale. Time tu la best dia ambek kesempatan. Pastikan barang / dokumen berharga tak bawa sekali.

16. Kepada Rozie dan Kak Yati, terima kasih atas semuanya. Kamsahamnida. Arigato gozaimas. Andai ada sumur di ladang, boleh kita berjumpa laie.

17. Oh satu lagi poin. Menurut Kak Yati, BOF sekarang tengah tayang kat S'pore. Lepas ni masuk Mesia la. Selalu nya macam tu. Tayang kat S'pore dulu lepas tu baru Mesia ambek. Tapi nama watak seme tukar cina. Hahaha. Apa lah nama Junpyo gaknya

No comments: