Tuesday, May 05, 2009

Boys Before Flowers - Episode 23


Lagi 2 episode mau habis kat TV


Sambung aktiviti outing di zoo negara. Junpyo amat kawatir akan kondisi teman wanita nya. Dia bimbang ibunya akan buat sesuatu terhadap Jandi


Ni kes ni tak paham ambe. Ga Eul susah payah cari tempat ni sebab nak cakap ailabyu kat Yi Jung sunbae atau nak tolong represhkan memori Yi Jung akan kenangan silam dia suatu masa dulu?? Di tempat dan waktu yang sama pukul 7 pagi. Nak kena tunggu matahari terbit baru nampak "Yi Jung, I love you"


Mana kala Ji Hoo, Haraboji dan Jandi togede-gede pergi memancing di tepi tasik. Tapi Jandi tak mancing. Jandi tukang masak. Dan Ji Hoo sangat gembira menikmati masakan Jandi yang seumpama masakan ibunya hingga menyebabkan Ji Hoo sunbae tersenyum lebar


Part ni. Aisemen kacau daun betul. Tetiba henfon berbunyik plak. *Telefon, telefon berbunyik. Telefon, telefon berbunyikkkkkkkk.* Wonder pet ni kacau betol la. Time ni la mak Ga Eul nak telefon. Sepanjang 22 episode tak de plak mak Ga Eul telefon kan? Rosak program tol kekeke


Halmoni bersimpati dengan nasib Junpyo yang hanya menurut kata ibunya. Halmoni mahu Junpyo bersikap seperti lelaki sebab Junypo telah dilahirkan menjadi lelaki. Junpyo hanya menunduk sedih mendengar kata-kata Halmoni itu. Bangkit la Junpyo, bangkit lah. Ayoh dong. Kekeke


Untuk gelpren-gelpren Ji Hoo sunbae di luar sana. Hehe


Junpyo terkejut beruk melihat Jandi datang rumah nya. Jandi ajak Junpyo pergi bermain. Main teng teng atau main ram ram bret kot. Kekeke


Rupa nya pergi pantai. Mereka pon pergi bermain di tepi pantai yang indah sambil feeling-feeling romantika di amor.

"Jandi, tak penah aku dengar kau cakap suka kat aku. Asek aku je yang cakap suka kat ko. Apa kau tidak sukak akan aku Jandi? Cuba cakap aku mau dengar sekali"

"Sekarang dengar aku nak cakap, Gu Junpyo. Dua tiga kucing berlari. Mana nak sama di kucing belang. Dua tiga boleh ku cari. Mana nak sama Gu Jun Pyo ku sorang. Aku sukak kepada mu Junpyo. Puas hati?"

Junpyo pun tersengih-sengih


Rupanya ada udang di sebalik mee. Jandi jumpa dengan mak Junpyo untuk tidak lagi menyusahkan kawan-kawan nya. Bila tak dapat ganggu Jandi, mak Junpyo telah mengganggu kehidupan orang di sekeliling Jandi seperti atok Ji Hoo dan bapak Ga Eul. Klako sebenarnya part ni. Orang tua ngn budak sekolah pon nak sakit hati hahaha.


Jandi pon mengucapkan selamat jalan romeo kepada Junpyo sebab dia sudah berjanji dengan mak Junpyo tidak kan jumpa Junpyo lagi

Bek ground muzik Selamat Jalan Romeo

*jangan coba merayu lagi..tak kan ku ulangi bertemu dengan mu...jangan coba menggoda lagi..takkan ku ulangi berchenta dengan mu*


Menangis la Junpyo bila dengar bek ground muzik itu. Tinggal la dia seorang diri di tengah jalan sebab Jandi dah naik bas


Pose merana ditengah jalan raya akibat kena tinggal kekasih


Jandi pon pergi balik kampung dan tinggal bersama mak nya


Manakala Junpyo kesasauan di tinggalkan Jandi dan terpaksa dok dalam lokap sekejap. Wae? Wae? Junpyo ah. Bunga bukan sekuntum. Ashie ada, ruha ada, ambe pon ada. Kekeke

No comments: