Friday, April 17, 2009

Tajwid : Bacaan Isymam


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari ni ambe ingin berkongsi satu lagi ilmu tajwid pada anda sekalian.

Nama hukum tajwid itu ialah bacaan Isymam. Isymam dipetik dari sini

Al-Isymam, iaitu mengisyaratkan dengan mulut akan bentuk baris hadapan ketika menyebut huruf nun yang bersabdu. Dimana hanya akan diketahui oleh orang yang boleh melihat dan tidak bagi orang yang buta.


 

Bacaan Isymam ini hanya terdapat dalam 1 surah saja seperti yang diberitahu Ustaz iaitu di dalam Surah Yusuf ayat 11 seperti gambarajah di atas. Dia ada tanda macam berlian situ. Bacaan dia kena muncungkan bibir. Ini macam ya saudara saudari,

"Laa tak mam naa a'laa yuu suf.."

Bukan

"Laa tak man naa..."

"Man" jadi "Mam" ye

Dekat "mam" tu bibir nya di muncung kan sedikit ya. Untuk demo yang betul silalah rujuk pada Ustaz atau Ustazah berdekatan anda. Kat sini waiem tak boleh tunjuk demo. Tak nampak. Hehe



Tugasan seterusya cuba baca ayat di atas dalam satu nafas dengan tajwid yang betul. Ayat ni tak banyak hukum tajwid. Jadi senang je nak baca tapi dengan satu nafas ya. Tak boleh stop dan curik nafas. Cuba try test. Ambe baca 20 kali baru lulus. Ayat tu dari Surah Yunus ayat 92.

Yang baik itu datang dari Allah jua. Selamat membaca Al-Quran :)

14 comments:

Aisyah Jane said...

terima kaseh....

waiem said...

Sama sama

Anonymous said...

ada lagi kat surah hud.

Majre ha

ayu

waiem said...

Mesti tengok Ustaz Don semalam

nananurfa said...

assalamualaikum...nk tny skit..dlm al fatihah ad x hkum isymam..??

waiem said...

Waalaikumsalam nana nurfa,

Al-Fatihah tak ada bacaan Isymam.

Boleh rujuk video utube Ustaz Don di bawah topik "Hukum istimewa dalam Al-Quran"

Anonymous said...

Maaf ana yg jahil:
anonymous, majre ha dlm surah hud namanya imalah bukan isymam

Sebenarnya ada isymam dlm surah fatihah pd ayat nasta'in (perlu muncung mulut pd wakaf kalimah tersebut) tp menurut riwayat hafs kta boleh pilih samada utk isymam atau pn tdk

Wallahu a'lam

Ustaz Sofi

waiem said...

Terima kasih Ustaz Sofi atas pencerahan. Baru tau Surah Fatihah ada isymam.

Anonymous said...

Sama-sama, moga mendapat manfaat kepada semua. amin

Ustaz Sofi

Unknown said...

Terima kasih

fazliana said...

terima kasih ust kongsikn ilmu=)

cahaya said...

Jazakallahu khair

Unknown said...

assalam..saye yg jahil ini ingin bertanya..ade artikel yg kate cara bacaan diatsa adalah MA-nu-NA..nu di muncungkan dan tak disebut.. Dan bukanlah MAM-na seperti diatas..

http://ituakuyangkaucari.blogspot.com/2011/03/4-tempat-bacaan-unik-dalam-al-quran.html

Mohon pencerahan ye.

cekgu man said...

Al fatihah ada isyman.. nastain....nu