Wednesday, April 22, 2009

Story of a Man - Episode 1 & 2


Udah menonton episode 1 & 2. Moral of the episode, jangan pinjam duit Along sebab Along bersama kroni-kroni nya seperti Angah, Uda, Achik, Ucu akan cari keluarga anda hingga ke lobang cacing untuk menuntut hutang.




 

Park Yong Ha sebagai Kim Shin. Abang dia seorang bisnes man mengusahakan perniagaan keluarga turun temurun iaitu kilang 'mandu' (dumpling) dan telah pinjam duit Along sebab duit tak cukup nak kembangkan perniagaan. Kemudian kilang mereka di khianat orang yang mahu melihat kilang mereka gulung tikar dan terpaksa ditutup.


 

Adik dan abang. Adik seorang yang degil lagi pemalas. Unta padang pasir pon takde pemalas macam dia daa. Abang dia bebel dan bebel hari2. Lapan lagi.


 

Bila kilang tutup, abang Kim Shin mengalami gangguan emosi yang dahsat. Abang nya telah di serang dengan kata-kata kesat di internet. Biasalah kan kat sana salah satu punca gangguan emosi, tekanan jiwa dan stress ialah membaca sumpah seranah dan komen negatip di internet. Tidak mengira apa profession. Celebrity lagi la kan...


 

Adik plak marah abang sebab kisahkan komen-komen negatif di internet. Ada komen sumpah seranah suruh abang nya bunuh diri sebab jual mandu tidak berkualiti. Kalau nak bunuh diri jangan terjun ke Sungai Han sebab akan mengotor sungai itu. Bunuh diri cara lain. Kekeke sempat lagi tu bagi idea. Dan penaip komen itu semua telah diupah untuk membakar emosi abang Kim Shin.


 

Gandingan yang boleh lah. Terpaksa lah kata boleh sebab nak tengok


 

Dan abang Kim Shin pon mati di langgar motokar. Pom pom pom keceper pak mat tempe di langgar motokar. Bila abang mati maka Along pon datang tuntut hutang hingga ke tanah perkuburan. Punya tak sabar-sabar nak duit balik. Tapi nak bayar dengan apa? Sebab mereka semua dah bengkrap. Satu sen wang pon tak de. Insurance pon tak boleh claim sebab kes bunuh dirik


 

Si adek pon telah gali lubang tutup lubang. Dia pinjam wang dengan Along B yang lain untuk membayar hutang Along A. Mungkin Along Bukit Beruntung hehe. Lepas dia buat pinjaman dengan Along B, Kim Shin masuk penjara atas tuduhan cobaan membunuh. Siapakah yang dia hendak bunuh? Gambar atas sekali tu. Dia nak bunuh wartawan yang buat fitnah mengatakan mandu kilang mereka dibuat menggunakan bahan-bahan tidak berkualiti sehingga jualan mandu kilang mereka merosot mencecah ke paras sifar. Bab ni macam klako sikit. Macam mana dia boleh masuk ke konti berita dengan mudah. Mungkin dia menggunakan ilmu ghaib barangkali


 

Masuk la dia ke penjara. Hukuman 3 tahun kerja berat. Dalam penjara Kim Shin telah dengan tidak sengaja terbelasah ketua mafia sebab pada masa itu dia sangat sedih di atas kematian abang nya. Dan seperti biasa anak buah mafia tu membalas dendam bagi pihaknya. Kim Shin dibelasah di dalam penjara dengan kijam.


 

Dia ni sapa ni..jap. Nama dia Chae Do Woo. Dipendekkan cite dia ni la yang menyebabkan kilang mandu itu bengkrapsi. Sebab dia ada main saham apa benda tah. Lepas tu dia nak rampas kilang mandu itu. So dia ni watak negatip la dalam cite ni.


 

Kim Shin menjadi takut dan tanya apa petua yang perlu dibuat supaya tidak kena bedal lagi pada mamat tu


 

"Yahh! Kemane!! Pikio!! (main belasah je ejaan) Maksud dia tu la "Hoi berhenti. Minggir minggir!!" Kim Shin di belasah lagi dan lagi. Lapan lagi


 

Ni dia. Along, Angah dan Ucu mencari kakak ipar Kim Shin untuk tuntut hutang sebab tak dapat Kim Shin. Kim Shin dah masuk penjara. Kakak ipar dia dah pindah dok kampung ulu mana tah. Dapat jugak carik. Tanpa belas ehsan walau mendengar tangisan kanak-kanak, Along, Angah dan Ucu tetap nak duit balik. "Don't let this ahjumma run away again. Arassoo?!"



 

Kim Shin rasa dia juga perlu mati sebab tiada guna nya dia berhidup lagi. Bagaimana dia mahu meneruskan 3 tahun di dalam penjara yang seperti neraka jahanam itu. Ottoke. Aigoo. Bersambung la cerita. Tema cite ni ialah dendam sebab nanti adik akan menuntut bela atas kematian abang nya dan juga menuntut bela di atas penutupan kilang mandu keluarga nya. Citer revenge ni best jugak layan.

"Mandu" tiada kaitan dengan memandu kereta yach atau pemanduan berhemah ke ye. Hehe. Mandu ialah dumpling dalam bahse korea.*credit d-addicts
p.s *wink wink kat kipas susah mati Park Yong Ha*


No comments: