Thursday, March 26, 2009

Pertama kali...



Pertama kali pergi Jusco kad member sale. Pertama kali. Ya hari ini dalam sejarah hidup. Sebab tak de kad jusco dan kurang minat shopping kat tempat yang ramai orang macam ni lah. Bukan eksyen tapi mengenangkan parking akan payah (sbb darah boleh naik), queue panjang kat kaser (cashier) dan bersesak-sesak serabut, maka hasrat bershopping sempena JJ kad member sale di delete kan saja dalam kehidupan ini.

However hari ni hari outing geng opet. Salah sorang opet nak bershopping. So 'I follow'

Sms

"Kol 10 ke 11?"

"Aku tengah shopping heaven ni. Pukul 8 JJ dah bukak"

(Hahaha gelak)

(Sabar je la kol 8 emporium dah bukak ek. Tak tahu pong)

"Aku lambat sket. Ada benda nak setel jap"



Sampai-sampai JJ Bukit Raja ada ambulan. Laa ada orang pingsan tengah shopping apa. Tengah carik parking sempat snap gambo ambulan. Owh parking free ek time JJ sale



Masuk dalam. Aigoo aigoo ramai nya manusia



Kan beratur panjang. Ni yang tak gemor ni



Happy hour lagi 80% diskon. Migrain. Bukan tengok diskaun. Tengok ramai orang



Tak henggat akak ni borong henbeg. Tak cukup tangan. Kagum kagum



Pakcik ni pon sama sibuk berhappy hour



Sorang opet sedang bershopping sakan

"Eh lawa tak beg ni?"

"Tak lawa, tak lawa. Tak worth it la rege mahal. RM39.90 mahal tuu"

(Psstt padahal ok sebenarnya tapi kena cakap mahal)

Misi berjaya. Henbeg tak berjaya di beli lebih dari 1 oleh orang itu. Hahaha. Jangan mara aa Abg Poii

Alhamdulillah. Tidak dikurniakan nafsu shopping terlampau. Buat tak nampak je diskaun 70%, 80%. Akhirnya tak beli apa-apa. Yayyyy. Bukan apa, sebab semua dah ada. Takutkan shopping-shopping ni. Takut terbeli barang yang tak sepatutnya. Murah memang murah. Oleh itu elakkan pembaziran.

Lepas Bukit Raja ke Sunway Piramid plak masuk studio...

"Eh tinggi lagu nih"

"Alahh kau falsetto kan je dia. Tak pon saprano kan"

Kekekeke

No comments: