Episode 2 - bertukar pasangannnnn *ikut suara doremon*
Sapa yang daun terup dia matching, mereka akan jadi pasangan untuk 1 minggu. Daun terup matching J & Q
Yang kapel atas tu matching dua orang. Yang bawah depa 4 orang tu tinggal sama floor di tingkat atas. Mereka selalu lepak kat luar tu. Makan2, chit chat, luahan perasaan, luahan masalah. Dia pon mengadu yang dipanggil presiden dan mungkin akan dibuang kerjaan. Presiden tu merangkap bakal pak mentua dia, tapi tak jadi
So mereka pon ber-dating. Yang lelaki tu seorang kemraman. Dia pon snap-snap gambo pompuan tu. Gambar pose berdiri, baring, mengiring semua ada. Kemraman nak dapat mood dan angle yang baik untuk gambar
*bek ground muzik penyu menangis sapa lah tahu*
Mamat dua orang ni dok meraung sebab makwe masing-masing diangkut masuk ke dalam rumah oleh pakwe baru masing-masing. Makwe yang belah kanan tu dengan jurugambar. Manakala makwe yang belah kiri yang bawah ni. Bukan makwe, tunang dia ekceli. Tunang yang belah menanti retak
"Apaaaaa??" Katanya dengan nada cemburu. Kalau boleh dengan tin tu pon dia nak telan
Kemudian dia pergi lepak kat swimming pool. Berjumpa dengan jiran dia yang tengah berenang-renang di tepian.
Sambil pose ala ikan duyung ayu gitu dia tanya jiran dia "Ko berenang sebab nak turun kan berat badan eh? Jeles la aku. Aku dah tak boleh berenang sebab dah kerempeng. Nanti aku pi renang, makin kerempeng, waiem lari kang. Aku dengar gosip sekarang dia ada affair dengan Toma. Cesss"
Minah tu dah selesai berenang dan dia nampak hidung lelaki iti berdarah. Kesan makan sup tetel hahaha
Dating lagik. Mereka bersembang mengenai seks percuma di kalangan wanita. Pompuan tu bukak citer mengenai suami dia yang curang. Sebab tu dia pun nak curang jugak. Pompuan tu pakwe asal dia kemraman tu. Ala-ala anak ikan dia la
Lepas makan mereka lepak di kelab. Kemudian pak hitam atas tu carik pasal. Bertekak punya bertekak, sekali pak hitam tu kata "Kalau kau anak jantan mari kita bertarung snooker. Kita jangan ribut-ribut sini. Cakap banyak pon tak guna. Setakat badan macam kau ni, sekali aku bekhen je tersungkuq hang tau"
Dorang pon lawan snooker. Lelaki Jepun tu masih tak puas hati. Dia nak smash jugak pak hitam tu "If you come here to randomly pick up women, then go back to your own country"
Kan kena smash sekali. Ada hati nak buat hal kat negara orang
Lawan punya lawan, seperti biasa hero menang. Menang mempertahankan wanita itu. Kalau tengok behind the scene memang betul dia nih terer main snooker. Tumpang bangga kejap hoho
Episode ni tak berapa memberangsangkan sangat. Ya jangan putus asa. Berusaha lah sinchan. Sinchan sekarang suara dah pecah. Tak best dah tengok. Sedey.
No comments:
Post a Comment