Monday, March 23, 2009

Boys Before Flowers - Episode 11 & 12


Dalam episode 11 Jandi bertemu dengan pakwe baru seorang model yang jahat. Model itu diupah oleh mak Jun Pyo untuk menculik Jandi. Dalam masa yang sama Jandi bizi mencari kerja part time untuk menampung keluarga nya. Eh banyak betol keje dia buat ek? Bila masa belajo nya?


Jandi pergi ke Enjoy Entertainment. Dia disuruh salin baju rebit untuk fotoshoot. Senang cite Jandi disuruh memakai baju separuh bogel oleh 2 bapak hayam tu. Kemudian Jandi diselamatkan oleh sorang hero. Tak jadi posing separuh bogel


Di sekolah pulak. Ni dia hero nya yg telah menyelamatkan Jandi dari posing separuh bogel. Ha Jae nama nya. Aksi Jandi kat atas macam Nodame plak nampak kan. Saya rasa Jandi lebih pada Nodame dari Makino. Sikit punya jauh dapat hidu bau megi hahaha


Kemudian Jun Pyo ajak Jandi dating makan ketam kat Hokkaido. Jauh nya makan ketam. Jandi menolak sebab dia ada projek lain dengan Ha Jae. Ya Projek A. Jun Pyo pon bengang sambil cekak pinggang ajakan dia ditolak oleh Jandi. Scene makan ketam ni tingat kat Chiaki-senpai belikan Nodame ketam kat Hokkaido jugak kan. Hehe


Projek A Jandi ialah fotoshoot untuk cover majalah pelam. Ha Jae tu carikkan Jandi kerja part time di agensi modelling beliau. Cik kak bawah tu by the time saya menonton episode ini beliau telah pon mati bunuh dirik. Beliau bunuh dirik dipercayai sebab beliau dipaksa melakukan hubungan sek dengan beberapa VIP dalam industri entertainment. Dia kena lakukan hubungan sek jika mahu sukses di dalam industri lakonan. Beliau ada listkan 10 nama VIP dalam sekeping nota sebelum bunuh diri dan masih dalam siasatan pak polisi. Aigoo


Yg sebelah tu Ha Jae versi Hana Yori Dango. Nak enterpremkan jugak hehe


Majalah pon tersebar di sekolah dan Jun Pyo hangin satu badan bila melihat cover majalah pelam itu.


"Oh patut ko tanak ikut aku makan ketam. Ini projek kau ya. Ko ingat ko dah hot jadi model majalah pelam? Setakat majalah pelam ko jangan nak ekk ngn aku" marah Jun Pyo sambil mencekak kolar baju jandi. Yang sebenar Jun Pyo masih terkilan tak dapat makan ketam. Jun Pyo aah, meh sini waiem belanja Devil Crabs kat USJ. Sedap woo.


Kemudian dipendekkan cite Jandi dapat kad merah dari F4. Jandi anggap Jun Pyo terlalu marah pada nya sehingga dia dilayangkan kad merah sekali lagi. Dulu bila dapat kad merah Ji Hoo sunbae yang selamatkan dia. Kali ni Ha Jae itu yang selamatkan dia. Best nya jadi Jandi, asek kena angkat je kan...keke


Kemudian Jandi hilang dan operasi mencari Jandi dijalankan secara besar-besaran. Jun Pyo pula menerima surat misteri yang menulis "Datang sorang kalau nak selamatkan Jandi"


Jun Pyo pon datang la sorang diri untuk menyelamatkan Jandi yang diculik oleh Ha Jae. Dush dush Jun Pyo kena belasah dengan kuncu-kuncu Ha Jae. Kemudian F4 yang lain datang juga dan menunjukkan skill dush dush di tempat kejadian


Di scene yang lain mak Jandi jumpa mak Jun Pyo untuk minta maaf di atas kesalahan beliau mencurah garam ke mak Jun Pyo dalam episod yg lepas. Mak Jandi terpaksa mengabaikan harga diri sebentar dan minta balik wang yang mak Jun Pyo offer tempoh ari. Keesokkan hari Jandi pulangkan balik duit itu


Jandi kuciwa sebab mak dia terpaksa melutut dengan mak Jun Pyo untuk pinjam duit lantas beliau ke rumah Ji Hoo. Ji Hoo masakkan Jandi pancake untuk mengobat hati Jandi yang telah robek akibat hal duit itu. Ji Hoo menunjukkan cara-cara membuat pancake yg lazat berkrim


Episode seterusnya, Jun Pyo hadiahkan Jandi rantai. Loket berbentuk seperti di atas.
"Aku menjadi bintang, manakala kau adalah bulan nya"
"Kenapa kau bintang dan aku bulan? Wae?"
"Sebab sekarang aku adalah superstar bintang terkenal. Ko kan suka makan, ko jadi moon cake dah lah"
"Oh ok hamba setuju"

(Jun Pyo ahh, meh sini nuna tolong ketipkan kuku. Bakpo hero kuku panje gitu mo )



F4, Jandi dan Ga Eul berpergi bercuti di tempat skii. Ga Eul diselamatkan oleh Yi Jung sunbae sewaktu hampir dilanggar oleh peluncur skii


Rantai pemberian Jun Pyo hilang dan Jandi minta maaf pada Jun Pyo sebab rantai telah hilang tetapi Jun Pyo tidak dapat memaafkan Jandi sebab ini kali kedua Jandi hilangkan barang pemberian Jun Pyo. Yang sebenarnya rantai Jandi telah dicopet oleh 3 ekor tu


Manakala Ji Hoo datang tangkap pencopet itu dan hangin pada pencopet itu sehingga terbeliak mata beliau marah. Jandi pula pergi naik bukit bersalji itu untuk cari rantai sampai dapat. Sikit punya besau tempat macam mana nak jumpa. Jun Pyo yang amaroh tadi sbb rantai hilang, sejuk hati (sbb kawasan bersalji) bila dapat tahu Jandi sendirian daki bukit salji sorang diri di waktu malam. Jun Pyo pon pergi lah rescue Jandi


Lepas rescue Jandi dan Jun Pyo lepas di bilik sauna untuk memanaskan badan. Wah memang panas...kekeke


Rantai dipulangkan ke tuan empunya diri dan sebagai balasan menyelamatkan Jandi, satu lunch box dibikin untuk Jun Pyo.


Lunch box tidak sempat diberi kepada Jun Pyo sebab Jun Pyo dah naik kapal terbang ke Beijing sebab bapak dia tiba-tiba jatuh sakit. Kesedihan la Jandi


Jun Pyo sms dari dalam flight,

"Geum Jandi, saranghanda. Wait for me"

Naa du saranghanda. Pegi Beijing baik-baik naa. Jaga diri, hiasi peribadi. I wait u poreber

No comments: