Wednesday, February 11, 2009

Boys Before Flowers - Episode 7&8



Ok sebelum tu. Dah tengok lom video klip ni bagi penonton BBF? Kalau belom tengok boleh tengok sekarang. Veri derr kreatif gilos depa nih kan. U all yang lain yang tak follow cite ni pon boleh tengok sama sebab tiada kaitan dengan jalan cite drama



http://www.youtube.com/watch?v=AOZX-8r2xdM&feature=related
Seorang peminat buat trailer movie seram ni menggunakan beberapa adegan komedi dalam drama BBF. Dia cantum-cantumkan adegan yang sesuai dan taruk muzik latar seram maka jadi lah seperti trailer movie seram u ols haha Requiem versi Boys Before Flowers (english subs). Lagi seram dari Anak Betung. Kagum kagum



Bersambung apa ek...oh Ji Hoo dan Jandi akan dibuang sekolah dan kemudian datang superwoman menyelamatkan Jandi. Superwoman itu ialah Miss Kim Million Dollar Quest kekeke...Miss Kim itu ialah kakak kepada Jun Pyo yang sangat ditakuti oleh Jun Pyo sebab kakak dia garang macam singa

Ahli mesyuarat tingkap kena tarik telinga hehehe

Kemudian mereka berlima bersidang dirumah Jun Pyo. Persidangan ini idea kakak Jun Pyo untuk menyelamatkan Jandi dan Ji Hoo dari dibuang sekolah. 3 pertandingan diadakan. Kalau tiga2 pertandingan itu Jun Pyo menang, maka Ji Hoo dan Jandi akan disingkirkan dari sekolah tapi jika sebalik nya maka Jun Pyo tewas dengan arahan dirinya sendiri

Pertandingan pertama, kaki pasang kuda-kuda. Eh bukan. Berlumba kuda. Dan pusingan ini dimenangi oleh Jun Pyo sebab kuda Ji Hoo bernama 'Rui' tidak dapat perform dengan baik pada hari itu.

Pusingan kedua, pertandingan kereta racing. Pusingan ini merupakan kelemahan pada Ji Hoo sebab dia pobia bawak kereta kerana eksiden masa kecik dan mak dia mati. Tetapi cabaran disahut dan akhirnya beliau menang dalam pusingan ini sebab dia ada pemangkin iaitu Jandi. Jandi didakap di depan Jun Pyo dan ini telah mengganggu konsentrasi pemanduan Jun Pyo di litar hingga menyebabkan Jun Pyo hilang tumpuan memandu. Keputusan berkesudahan seri 1-1

Pusingan ketiga pula iaitu swimming. Pusingan ini pula merupakan kelemahan Jun Pyo sebab beliau plak pobia air dan tidak boleh berenang. Adakah Jun Pyo tewas di dalam pusingan ini? Oh tidak. Beliau diganti dengan 2 lagi geng iaitu Woo Bin dan Yi Jung. Mana kala Ji Hoo plak bergandingan dengan Jandi togede-gede berenang. Apakah keputusan nya? Ting ting ting...

Oh part ni sebelum acara renang diadakan. Jun Pyo pi jumpa Jandi dan cakap
"Just one word...say that you like me"
Cakap satu ayat ni semua perkara boleh setel. Tetapi Jandi menolak sebab dia nak berenang jugak. Sebab dia dah ada gogel Park Tae Hwan tu kan. Excited la nak berenang hehehe

Selepas acara renang selesai, Jun Pyo tingat dulu dia ada hutang dengan Ji Hoo akibat jahanamkan robot kayu kesayangan Ji Hoo

Lepas acara renang itu, Jun Pyo rasa hutangnya yang lalu terhadap Ji Hoo telah setel. Kesalahan Jun Pyo merosakkan robot Ji Hoo telah ditebus

Kemudian Ji Hoo ajak Jandi ngedate. Dan mereka menunggang 'Rui' togede-gede

Jun Pyo dapat tahu Ji Hoo dan Jandi keluar bersama dan dia pon follow pasangan itu sebab jiwa dia kacau Jandi keluar bersama Ji Hoo. Gambar tak selari dengan ayat. Tengok sendiri lah ye...hehe

Kekeke...adegan ni sejibik macam dalam cite Ali Setan. Ali purak-purak sakit di hospital dan Asmidar pun cemas tidak terkata dan menangis sebab ingatkan Ali nak mati...hehehe...Hah sapa ciplak sapa ni? :P

Jun Pyo...congmalll


Kemudian Jun Pyo berkunjung ke rumah Jandi untuk bermalam disitu

Adegan ni saya sangat suka...sangat lucu...mak bapak Jandi ala-ala lemah jantung gitu bila Jun Pyo memanggil mereka 'mak & bapak' (refer pada mak mentua & bapak mentua)...hehehe

Mereka berlima pon tidur di dalam master bedroom berjemaah
Hehehe


*credit subs WITHS2

No comments: