Sunday, January 04, 2009

Thank You!


Rutin tahunan setiap kali menjelang tahun baru. Bagi kad ucapan "Terima Kasih" pada bos-bos saya. Kerana saya mempunyai trio bos besar yang sangat baik dan tidak bersikap taik idong masin. Sebagai tanda ucapan terima kasih yang tidak terhingga sepanjang 365 hari di tahun 2008, hanya kad Memory Lane ini saja yang mampu diberikan. Terima kasih yang tidak terhingga kerna memberi bonus *ehem ehem* bulan (tidak dapat nyatakan berapa bulan sebab melebihi paras normal). Memberi itu, memberi ini pada setiap staf nya sebagai tanda penghargaan pada staf. Seumpama kalau mati hidup balik, kemudian mati balik pas tu hidup balik, saya tidak mungkin akan dapat bos-bos seperti mereka ini. Selain dari memberi itu dan ini, mereka juga telah menunjukkan attitude, disiplin, akhlak yang berhemah yang sepatutnya ada pada seorang bos kepada anak buahnya. Banyak telah saya belajar daripada mereka. Sangat rasa bersyukur.

Ini tahun ke-empat saya memberikan kad Terima Kasih kepada mereka setiap kali. Itu pun selepas mendapat ilham daripada seorang kawan sewaktu kami sedang bersembang mengenai bos masing-masing. Kerja sini dah nak masuk 10 tahun. Mei 2009 ni genap 10 tahun. 6 tahun yang sebelum tu tak bagi kad. Kalau berdepan memang kelu lidah nak berkata 'Tima kasih bos. Saya amat terharu. Saya akan buat yang terbaekk'. Cakap jugak la tapi gitu-gitu je. Oleh itu kad ini dilayangkan sebagai pengganti diri dan hati ini. Juga limpa dan peparu semua lah. Orang kata personal touch tu lebih bermakna. Dengan harapan dan hint, tahun 2009 ni bagi la lagi. Hehe

Cerita sikit mengenai bos-bos besar saya. Mereka terdiri daripada bekas Tentera. Sorang ex-Navy dan 2 orang ex-Army. Kept (B), Mej Jen (B) dan Kol (B). "Kept" dan "Kapt" lain ya. "Kept" pangkat dalam Tentera Laut yang sama pangkatnya dengan Kolonel di dalam Tentera Darat. Manakala "Kapt" adalah pangkat dalam Tentera Darat yang bawah dari Mejar. Tapi bila tulis English jadi "Capt" sama. Tatapi hakikatnya Captain Tentera Laut lebih besau pangkat daripada Captain Tentera Darat.

Moral of the entri, sapa-sapa ada sanak saudara atau sepupu sepapat yang nak jadi Tentera, bagi la mereka galakkan. Saya memang berkenan dengan kerjaya Tentera ni sebab bos-bos saya telah mempotraykan contoh yang baik untuk kerjaya sebagai Tentera dan bekas Tentera ini. Tapi kena la kerja dengan betul. Di landasan yang betul. Insya Allah boleh sukses. Masuk tentera sampai dapat pangkat besau tau. Jangan main-main. Disiplin paling penting. Disamping bersih, cekap, amanah, pantas dan cepat. Tapi Tentera sekarang ramai yang ada masalah disiplin yang agak mengecewakan saya. Harap-harap dapat ditangani dengan segera.

Pape pong majulah Tentera untuk keamanan negara!

Kepada bos-bos terchenta ku, "Saranghae" *sambil buat aksi saranghae* hehe

Selamat tahun baru juga kepada pembaca blog waiem. Blog yang tidak seberapa ini. Semoga 2009 lebih baik dari 2008 buat kita semua. Selamat meng-carry forward azam-azam tahun lepas. Terima kasih di atas kunjungan anda. Saranghae :)

No comments: