Friday, January 23, 2009

Filem : Maut (2009)



Pertama sekali ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pengarah filem ini yang telah memberi saya sesuatu melalui filem ini. Tahniah juga kerna ada inisiatif membikin sebuah filem bergenre agama sebegini. Penceritaan yang hendak disampaikan, sampai pada saya.

Kedua, terima kasih kerana filem ini telah memberi saya laluan untuk menyampaikan beberapa komen yang terpendam. Cewahh

Ketiga, ribiu ini bukan ribiu Maut semata-mata. Ada ditokok tambah sikit beberapa isu yang kupas melalui dialog-dialog yang kedapatan di dalam filem ini. Isu mengenai persediaan yang harus kita lakukan sebelum ajal tiba. Ingatan untuk diri sendiri jugak yang sering lalai dan leka dalam kehidupannya.

Pembuka pilem ini dimulakan dengan petikan dari surah As-Sajadah ayat 11

"Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat maut Yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)"

Filem ini mengingatkan kita mengenai kematian. Malaikat maut pasti akan mencabut nyawa kita pada hari yang kita sendiri tidak tahu bila. Tidak sapa tahu bila dia akan mati. Yang pasti dan nyata kita harus berhidup dengan menyembah Allah s.w.t., beribadah, beramal, amal maakruf nahi mungkar bagi menyediakan bekalan yang secukupnya untuk berada di alam kematian kelak. Mudah-mudahan kita semua mati di dalam Islam. Amin. Melainkan jika kita memilih untuk menolak Islam siang-siang, tak dapek den nak nolong eh. Dan kadang kala penolakan ini tidak berlaku secara terang-terangan. Itu yang sangat merbahayakan.

Bila mengingati akan mati, kita juga jangan purak-purak lupa asal usul mengapa kita dijadikan di atas muka bumi ini dan sebab apa kita berhidup di atas muka bumi ini.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu" (Surah Al-Zariyat ayat 56)

"Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu, yang menciptakan kamu dan orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa kepada-Nya" (Surah Al-Baqarah ayat 21)

Filem ini ada 3 kisah kematian yang tidak berkait antara satu sama lain. Kisah yang berlainan macam dalam Cinta dan Sepi

Kisah pertama, kisah di bulan Syaaban. Kisah roh tidak aman yang bangkit minta pertolongan

Liyana Jasmay dan Raja Farah sebagai osmet dan masih menuntut di sebuah universiti. Satu malam Liyana pulang ke rumah menaiki bas. Dalam bas Cuma ada 2 orang perempuan. Dia dan sorang lagi budak pompuan. Di rumah sewaktu Liyana sedang mentelaah pelajaran kedengaran orang memberi salam dari luar gate. Dipendekkan cite orang yang memberi salam itu ialah pompuan terakhir dalam bas. Beliau kemudian menumpang tido dirumah Liyana sebab dah malam nak pergi ke rumah makcik nya di Bukit Kemboja, Cheras. Dipendekkan cite lagi, pompuan itu telah mati dan memberitahu Liyana bahawa mayat dia berada di Bukit Kemboja dan tolong lah kebumikan mayatnya dengan cara yang betul. Pokok kemboja kan selalu dikaitkan dengan tanah perkuburan kan. Mayat pompuan itu berada di tanah perkuburan Kristian dan disyaki mati dirogol. (Sapa la pembaca berita sedih itew)

Komen di dalam kisah ini. Cara Liyana kunci mangga kat rumah nya mengundang bahaya. Mangga di letak di belah luar. Bila nak bukak mangga itu tangan akan berada diluar pintu grill. Katakan ada orang jahat yang lama dah aim nak rampok atau buat tak elok, sekali dia ngap tangan yang tengah bukak mangga tu dan rampas kunci umah, tak dapek den nak nolong. Sila ubah kedudukan mangga anda supaya berada di belah dalam sebagai langkah keselamatan.

Kisah dua, kisah di bulan Ramadan. Kisah mati sementara

Mengisahkan seorang pramugari mengahwini omputeh. Taste dia omputeh dan kehidupan rumah tangga nya ala kebaratan. Saya tingat telemovie Tetamu Allah lakonan Ziana Zen itu. Selalu sangat dah ada cite macam ni. Mabuk-mabuk lepas tu insaf. Setelah puas melupakan Allah, pramugari itu mendapat hidayah pada satu hari. Begitu la Allah terhadap pada hambaNya. Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sewaktu mahu menunai kan solat Subuh disebuah masjid, dia telah pingsan dan diselamatkan oleh Diana Danielle dan dibawa ke hospital. Semasa berada dihospital beliau mimipi telah diseksa dengan siksaan amat dahsat.

"Akak mimpi kena seksa dik" kata pramugari itu dengan nada kool

Dalam mimpi itu rambut beliau telah terbakar, muka nya hangus. Kemudian datang ular tedung, kala jengking untuk menggigit beliau.

Selepas sedar dari mimpi beliau insaf dan lantas memakai tudung dan pergi mencari kembali suaminya. Dengan harapan agar suami nya insaf juga satu hari nanti dan sama-sama menjadi hamba Allah yang soleh.

Dan dalam kisah ini, ramai yang tidak puasa. Diana dan kawan-kawan nya masing-masing tidak berpuasa. Tuhan dah bagi kamu wajah yang cantik-cantik, tak nak puasa ye kamu.

Kisah tiga, kisah di bulan Syawal. Kisah di hari raya. Kisah mati di dalam kesesatan pengikut black metal. Tapi siapakah yang bersalah menyebabkan beliau sesat dan menyertai black metal? Ibubapanya barangkali. Sebab masa dia kecik ibubapanya tak bagi dia solat.

"Jamil, buat apa kau nak solat semua ni? Tak payah, tak payah" kata ibubapa Jamil

(Asal nama Jamil mesti ingat Tipah :P)

Keluarga Jamil (Que Haidar) sedang menyambut hari raya. Jamil seorang pengikut black metal bersama 3 lagi rakan beliau. Pada malam hari raya beliau telah pergi ke konsert black metal.

(Sedih sebenarnya melihat adegan ni sebab terfikir senario realitinya di mana musuh-musuh Islam sedang bertepok tangan melihat anak-anak bangsa kita mem-black metalkan diri mereka)

Kemudian balik dari konsert Jamil telah singgah di tandas awam. Keluar dari tandas beliau meludah dan terkena seorang lelaki tua berpakaian putih yang kebetulan sedang lalu di situ. Pak aji lah kita panggil dia. Pak aji itu mahu menegur Jamil tetapi sebaliknya Jamil pula yang marah pak aji itu sebab lalu di situ.

Dan adegan ini saya rasa terlalu cepat sangat di mana Jamil tanya buku apa yang pak aji itu bawa. Sebab pak aji tu bukan nak jual buku pon kat Jamil. (Atau ada scene yang kena potong masa nih barangkali) Jamil pon kepoci nak tahu buku apa yang dibawa oleh pak aji itu

Antara dialog lebih kurang begini :

"Buku apa tu? Kau tipu duit orang dengan buku-buku ni"

"Ini kan ayat-ayat Al-Quran...wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhamad"

"Aku tak percaya.." sambil buat memek muka mengejek (dan penonton ketawa)

"Melainkan jika awak orang Islam" bilang pak aji itu

Kemudian Jamil mengambil duit pak aji di dalam plastik beg dan buang wang tu dan kemudian Jamil pon blah. Semasa beliau buka pintu kereta, beliau menoleh ke arah pak aji itu semula dan pak aji itu tiba-tiba lenyap dari pandangan nya. Ala-ala macam mejik gitu. Plingggg. Pak aji itu ghaib.

Di dalam kereta Jamil masih terkedu melihat adegan mejik pak aji sebentar tadi. Dipendekkan citer, kereta dia eksiden dan Jamil ke masukkan ke wad ICU. Semasa di sana, di flash back zaman Jamil kecil.

Jamil bersama nenek (Fauziah Nawi)

"Jamil, mari rasa ni Mil" nenek memanggil Jamil suruh rasa madu rasanya

"Sedap tak?"

Jamil angguk

"Ketahui la Jamil, kesedapan dan kesenangan itu adalah milik Allah. Kita harus mempercayai Allah"

Tapi ironi nya nenek tidak menutup aurat sewaktu berkata "Kita harus mempercayai Allah"

Setakat mana kepercayaan kita terhadap Allah ya? Ada peringkat-peringkat kah? Benda ni kita kena percaya Allah. Benda tu kita tak percaya Allah. Nauzubillah. Bab sedap kita percaya Allah. Bab menutup aurat kita tak percaya Allah.

"Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan yang ragu-ragu" (Surah Al-Baqarah ayat 147)

Sering kali bab menutup aurat kita akan dengar jawapan-jawapan stended seperti contoh :

"Belum bersedia" (sedia apa lagi...dah pergi haji dah pon menunaikan rukun islam ke-5...contohnya)
"Belum sampai seru"
"Alaah pakai tudung hati busuk pun buat apa"

Ini bukan isu belum bersedia atau belum sampai seru atau hati busuk atau tidak bila memakai tudung. Itu isu nombor dua. Isu nombor satu ialah patuh dan mengikut suruhan "Big Bos" kita yang di atas. Macam kita ditempat kerja yang kena patuh dengan arahan bos. Kalau tidak ikut arahan bos kita mungkin dikenakan tindakan disiplin atau mungkin dibuang kerja.

Tapi Alhamdulillah kita masih ada pekerjaan dan dilimpahi dengan rezeki berlipat ganda setiap tahun.

"Adakah tidak terfikir oleh orang yang membuat kebohongan dengan nama Allah tanggungjawabnya pada hari kiamat. Sesungguhnya, Allah penuh kurnia kepada manusia; namun kebanyakan mereka tidak mahu bersyukur" (Surah Yunus ayat 60)

Tetapi rugi la orang itu kalau dia memakai tudung tetapi tidak dapat mendidik hati dan nafsu nya supaya tidak menjadi busuk. Dan yang pakai pula tetapi tidak sempurna seperti contoh tidak menutup dadanya, atau jambul tersembul keluar

Jadi saya sarankan bagi la jawapan lain supaya akidah dan kepercayaan kita tidak terpesong.

Mungkin boleh ubah jawapan kepada "Ok saya akan pakai tudung satu hari nanti" Titik.

"Katakanlah, "Patutkah kamu memperolok-olok Allah, ayat-ayat dan Rasul-Nya" (Surah At-Taubah ayat 65)

"Jangan kamu mencari alasan kerana kamu telah kufur sesudah beriman" (Surah At-Taubah ayat 66)

Dan kita juga kerap dengar jawapan sebegini, "Alah kubur lain-lain"

"Ya benar kubur lain-lain. Jika kubur lain-lain, bila ko mati nanti pastikan semua buat sendiri. Mandi mayat sendiri, sembahyang jenazah sendiri dan tanam diri ko sendiri"

Jadi kita harus kembali semula kepada asal usul kenapa manusia ini diciptakan Allah. Jika kita terlupa.

Saya juga ingin menyentuh sikit bab apabila fatwa yang dikeluarkan oleh ulama. Di mana fatwa menjadi senda. Di masa ini kita boleh lihat ramai yang akan berlagak seperti dia la Tuhan.

"Aku dah tertahun yoga, tak tukar agama pun"

"Apa salah nya exercise aje. Tak terpesong pon akidah"

Ulama mewakili Nabi, Nabi pesuruh Allah. Tolak ulama bererti tolak Nabi, tolak Nabi bererti tolak Allah.

"Adakah mereka tidak menyedari bahawa orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, diancam Neraka Jahanam, serta kekal di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar" (Surah At-Taubah ayat 63)

Kenapa kita mesti tolak Allah? Ulama keluarkan fatwa bukan sambil minum-minum kopi di kedai mamak atau sambil memancing tetiba feeling-feeling nak keluarkan fatwa. Lupakah kita, kita hanya menumpang di bumi Allah ini sahaja. "Menumpang buat la cara menumpang" (dialog ini akan kedengaran bila orang menumpang rumah orang) Ada hati nak kritik lagi. Dah cukup baik Allah bagi kita udara untuk bernafas, bumi untuk dipijak, bagi kita rezeki, etc etc. Seeloknya kita patuh dan akur saja. Sungguh sedih ya perkara ini berlaku dikalangan umat Islam sendiri.

Berbalik pada dialog pak aji itu "Melainkan awak orang Islam" Jika kita orang Islam, kita wajib percaya semuanya tanpa banyak soal dan songeh.

Sama-sama la ya kita memperbaiki diri kita dari masa ke masa untuk menjadi insan yang taat akan perintah Penciptanya. Benda ni simple je. Jangan komplikatedkan kehidupan kita dengan hujah-hujah yang tak sepatutnya. Selalu la ingat akan kematian dan asal usul kejadian kita supaya kita tidak ego dan megah diri. Dan kuat melawan hasutan syaitan yang direjam.

"Jangan kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan jangan pula kamu sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya" (Surah Al-Baqarah ayat 42)

Sekian. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. Salah silap bersama diperbetulkan.

P/S : Err American Idol kena boikot ke tak?

No comments: