Nampaknye chentar waiem telah beralih arah selepas menonton episode seterusnya ahaksss

Bersambung di parti. Jun Pyo kekuciwaan melihat Ji Hoo berdancing sama Jandi lantas membawa dirik ke kolam renang dan kemudian beliau terjatuh di dalam kolam dan tak tahu berenang. Jandi pergi la rescue Jun Pyo dan memberi bantuan CPR...

Kemudian disekolah 3 dara kaknam itu tunjuk kat Gun Pyo video teman tapi mesra Ji Hoo dan Jandi kepada Jun Pyo untuk mengobor-oborkan Jun Pyo dengan harapan Jun Pyo akan membenci Jandi

Jandi membawa hati yang lara bersama Jun Pyo selepas menyaksikan adegan romantis Ji Hoo bersama unni di dalam bilik. Lepas tu Jandi tingtong selepas terlebih minum dan Jun Pyo membawa nya pulang ke rumah nya

Keesokan harinya sapa tu cekgu besar sekolah datang ke rumah Jun Pyo dan F4 gubra sebab Jandi ada di dalam rumah ketika itu. Macam mana nak kaber line nih

Ada sesi lelong di rumah Jun Pyo dan salah satu barang ialah gogel Park Tae Hwan, yang menang pingat mas kat olimpik Beijing. Jandi amat teruja bila nampak gogel PTH dilelongkan tapi apakan daya. Harapkan dompet, pitih tak dok. Tapi nanti Jun Pyo hadiahkan gogel itu kepada Jandi

Kemudian Jandi berjumpa unni dan merayu agar tidak meninggalkan Ji Hoo kerana unni yang bisa bikin Ji Hoo tersenyum. Ji Hoo tercuri dengar perbualan Jandi dan unni

Tunggu punya tunggu Jandi tak muncul-muncul. Setelah 3 jam baru nampak batang hidung Jandi. Dan kemudian mereka terkunci di dalam tower sebab pakgad dah balik tidur tak pasan ada orang di dalam
*hoiii sapa di luar oii...aku di dalam*

Esoknya Jun Pyo rebondingkan rambut nya sebab beliau terngiang-ngiang kata Jandi "your stupid curly hair"...haha

Kemudian di sekolah gempar dengan berita tergempar. Gambar Jandi bersama seorang lelaki dalam pose yang mengaibkan Jandi tersebar di internet

Bagaimanapun 2 orang budak F4 itu mahu membantu Jandi membersihkan nama nya dan mahu mencari siapakah jantan kaberet itu. Kalau tengok logik ada pihak ketiga yang rakam gambar itew

Akhirnya Jun Pyo dapat tahu jugak bahawa Jandi telah dipitenah oleh kawan nya sendiri aka pihak ketiga itu yang iri hati Jun Pyo rapat dengan Jandi
*credit WITHS2
No comments:
Post a Comment