Tuesday, December 09, 2008

Guangzhou - Hari 4

Bersambung kembali.

Hari keempat. Deligasi perabut masih meneruskan pencarian perabut mereka. I tell u 5 hari tidak cukup untuk menjelajah 20,000 buah kedai yang kedapatan di Furniture City itu. Hari ni depa ke Lamp City katanya. Tak saba nak pergi berkunjung ke rumah sorang-sorang especially ada sorang akak tu yang berjiran dengan Ad* Putr*. Tak saba nak tolong cat pagar rumah dia. Dengan pagar jiran sebelah aku cat sekali kang (sambil cat sambil skodeng ke rumah jiran iteww) kekekeke

Jam 9 pagi kami bertiga pergi ke tempat textile. Kali ni memang betul tempat itu. Kemudian tanya dengan Mr. Beh mana tempat jual jam. Mr. Beh pon tulis dalam bahse cina tempat jual jam.

Bangunan textile yang pertama. Yang ni we masuk dari pintu F1. Dia ada F1-F6 kalau tak silap. Betapa punya besar daa. Ada 6 tingkat. Memang tak larat jalan. Kita pi sampai tingkat 2 sajor


Come and visit...jangan malu-malu






Kalau penat jalan kaki, boleh naik beskal dalam bangunan



Contoh kain fabrik atau perca yang di display di tepi koridor. Bagaimana kah ianya berfungsi?



Anda selak-selak mana sampel kain yang anda berminat. Kemudian ambil satu kad seperti gambar di atas kemudian baca address kedai dan mulakan pencarian kedai sampai dapat. Ala amazing race. U will find ur next clue bila jumpa kedai tu hehehe. Bila dah jumpa kedai, tengok pulak kedai tu ada tak jual kain ela per meter atau kena beli satu kodi kain. Kalau nasib anda baik, kedai tu ada kain seperti sampel kain itu dan boleh terus potong mengikut berapa meter atau yard yang anda perlu. Jika tidak, cari la kedai kain yang lain pula yang ada jual kain potong siap untuk dibeli itujam jugak. Dan sampel kain yang kat atas tu anda boleh bawa pulang ke tanah air sebagai suvenir sebab tokei kedai itu akan bagi.

Problem yang menimpa kita ialah kat sini kurang jual china silk. Cuma ada 1 kedai yang kami jumpai. Mesti china silk city ditempat lain yang tak sempat we all nak pergi. Sebab we all macam pelik, eh kita kata kat china tapi susah nak jumpa kedai jual sutera cina yang meletop. Kat mana yach port jual china silk? Nantikan trip Guangzhou yang kedua (kalau ada) hehehe

Disebabkan kita telah memborong beberapa ela kain (kain buat seluar, kain buat blous, kain buat baju kurung raya tahun depan), kami pon pulang ke hotel untuk simpan barang-barang sebab tangan dah takde ruang untuk pegang barang di lokasi seterusnya. Simpan barang dan rehat sekejap dan perjalanan diteruskan. Sorang member tu telah berasa amat lapar dan kami bertiga telah sepakat di kampung hai pening lalat untuk mencari tempat makan halal yang gempak sikit untuk memuaskan napsu makan yang telah terkurang makanan berzat 3 hari yang lepas. Member tu ada satu nama hotel di area Guangzhou yang menyediakan makanan halal. Sebelum kita proceed ke hotel itu, kami telah ringan mulut tanya front desk kot-kot dia tahu any muslim restaurant yang berdekatan. Sekali dia pon keluarkan majalah ada senarai nama-nama muslim restaurent daa. Aisemen kita telah terlambat tahu info itu. Kalau tahu 1st day dah pinjam & copy list of muslim restaurant itu. *menyesal aku menyesal* (intonasi bapak azizah dalam penarek becha)

Kemudian kita tanya lagi budak front desk itu, dalam banyak-banyak restoren ni mana yang dekat dengan tempat jam yang kita mahu pergi. Dia pon sajes restoren ini.

Yipeee kita bertiga dengan penuh teruja menahan teksi menuju ke restaurant muslim di bawah


Taraaaaaaaa kita telah oder ini


Dan ini juga. Lazat tidak terkata. Di mana kah tempat ini?


Ottoman Turkish Restaurant. Kita saspek tokei kedai ni mesti ada bau-bau stoking dengan Oltroman Tiga kekekeke. Lokasi nya agak jauh juga dari hotel we all sebab tambang teksi dia 24 Yuan. Kalau tambang teksi cecah 20++ Yuan maknanya jauh sikit lokasi nya. Selesai makan dan boleh kenyang untuk 2 hari rasa nya, kita pon menuju puncak eh menuju ke lokasi terserusnya iaitu Jam City.


Sementara menunggu teksi. Self service bank. Macam mana bank ni operate gak nye ek? Client amek duit kira sendiri ke apa ek...hehe


Destinasi seterusnya Watch & Clock Town. Turun teksi semua orang tergamam dan terkasima. Bukan terkasima sebab ada aktor china kendo di depan, atau ada Jay Chou ke kat depan atau ternampak Lin Dan
ke tatapi kerna melihat akan bangunan ini



Tulisan tu berbunyi Welcome to China Internatinal Exhibition Clock & Watch Town. Lebih kurang tu la. Tak bape clear plak



Clock & Watch City. Disyaki designer watch di pasang di sini



Watch watch watchaa


Suasana amat hingar bingar seperti di pasar borong


Pak itam ni turut shopping jam di sini. Bukan untuk dipakai tapi untuk di jual sebab dia beli many many. Ada sorang pak itam sebelah we all yang persis Didier Drogba tera cakap cina u ols. (Eh eh Drogba cakap cina yew) hehe Ternganga kita tengok dia cakap cina tawar menawar rega jam. Ni baru satu bangunan. Sebelah ada 2 bangunan lagi yang we all tak masuk sebab konpius tengok jam-jam ini. Jam mahal ke murah ke, waktu sama je kan. Tapi i tell u kualiti jam dia bagus di sini. Dari jam kanak-kanak hingga ke jam warga mas semua nya ada. Yang jadi tanda tanya dan ingin tahu ialah kemana kah mereka eksport jam-jam yang berkoyan-koyan ini?


Sudah finalise nama kedai jual krok. Kredit pada elf & juga eyyla

"Kang Waiem Krok de'GZ Enterprise"

Sudagar krok. Krok diimport dari Guangzhou. Jualan tunai sahaja. Penghantaran percuma sekitar Lembah Klang

Tagline 'Krok krok, makin dikerok makin dipakai makin menjadi'

Dua tiga buaya berlari
Mana nak sama buaya de'krok
Dua tiga ku nak beli krok
Mana lagi kalu bukan di Kang Waiem Krok de'GZ Enterprise

Lagu tema...siap ada lagu tema jangan marah ahakss. Sebab kot nanti nak masuk iklan kat TV & Radio

"Krok Krok Kendo" (lagu asal lagu Dato Siti Nurhaliza Kurik Kurik Kendi. Mintak izin ngn Dato Siti nnti nak guna melodi dia)

:D

No comments: