Thursday, August 07, 2008

Gourmet EP16


Ok puan-puan hari ni kita belajar memasak makanan Korea. Mari kita lihat apa yang chef ini masak di dalam episod ini. Masakan dia very de simple. Main campak-campak saja dan yang pasti makanan ini tidak menggemukkan kerana tiada santan dan kurang penggunaan minyak.

Mula-mula kita siang ikan


Kemudian rebus air di dalam periuk dan masukkan bahan perencah yang rasanya terdiri daripada bawang dan ikan bilis yang telah dikisar atau tumbuk


Kemudian kita campak kan ikan-ikan yang telah di siang


Kemudian masukkan pula ketam. Hoh ikan bercampur ketam. Apa gak nya rasa dia



Kemudian kita campak kan pula sayur-sayuran yang telah dipotong oleh chef di belakang itu


Kemudian masukkan pula cili boh dan digaul bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk


"Oitt ko jangan taruk banyak sangat cili boh. Kang pedas kang"


Ini la rupa masakan sup cili boh ketam dan ikan. Bole la imajin bau dia sebab tiada bahan yang ditumis. Saya udah terbau dah...hahaha



Kemudian masak pula 'pan cake' ala 'lempeng dahlan' versi JB


Selepas kenyang kita petik pula buah peach


Keesokkan pagi chef bangkit awal untuk memetik sayur-sayuran di belakang rumah untuk di masak sarapan pagi


Pucuk daun direbus. Daun apa tatau. Ala daun salad kot


Kemudian campak sedikit garam kasar. Agak dah melecur dikit sayur itu diangkat


Masakan seterusnya tuang sedikit minyak di dalam kuali


Campak sedikit garam kasar di dalam kuali


Kemudian garam kasar itu digoreng kejap bersama minyak. Hoh goreng garam dulu kah. Bole try test nih kat umah. Tatapi garam kasar berapa banyak ko campak daa. Berapa punya masin nanti


Kemudian masukkan sayur


Chef yang begitu serius memasak


Sayur apa tah ni. Jadi puan-puan bole guna sayur ikut suka puan-puan ya


Seterusnya kerabu kangkung. Kangkung direbus terlebih dahulu


Kemudian masukkan cili boh barang sesudu dua. Ikut tahap kepedasan masing-masing


Kemudian masukkan kacang tumbuk, almond tumbuk ke, daun bawang dan daun sadri yang telah dihiris


Kemudian gaul-gaul dia menggunakan jari jemari


Kemudian ngap sikit untuk rasa ok ke tak ok


Next main dish. Berteraskan sup jugak


Pastikan sayur-sayur disusun atur sedemikian ropa supaya kelihatan lebih lazat


Taraaaa sudah siap breakfast



Para pemakan mengambil tempat masing-masing


Ini la rupa masakan main dish itew


"Aigoo banyak nya makanan" kata makcik itu


"Kwenchanseumida (tara papa makcik) saya memang suka memasak. Sapa kawin dengan saya memang beruntung" kata chef sambil siku orang sebelah


"Ini kerabu kangkung makcik" chef memberitahu makcik itu


"Yang ni apa pula?" tanya makcik.
"Oh ni sambal ikan bilis makcik. Makan dengan nasik lemak pon sedap" kata chef


"Aigoo makcik sungguh terharu dipagi yang hening ini kerana dihidangkan masakan yang lazat-lazat sebaik saja membuka mata dari tidur"


"Minta maaf. Makcik tidak dapat menahan kesedihan ini. Izinkan makcik mengalirkan air mata sebantar. Sung Chan kamu memang taww"


Kemudian Sung Chan dipanggil pulang oleh aboji nya kerana ada masalah melanda. Masalah apa tatau sebab takde sarikata

Kita berjumpa lagi di episode seterusnya. Ahnyeong.

No comments: