Dari EP13 kita undur ke EP03 hahaha. Rasa nak ribiu episode by episode plak citer ni sebab banyak gambo makanan.
Mari kita layan Episode 3. Episode 1 & 2 later kalu rajin
Ada delegasi dari Korea Utara datang ke restoren. Depa mai restoren ni sebab dengar nya restoren ni adalah yang terbest di Seoul. VVIP yg belah kiri tu pon oder sup taufu yang dikatakan best. Ketua chef lain gerun nak masak untuk VVIP ni kerana beliau mempunyai tekak yang cerewet. Chef Sung Chan menyahut cabaran dan volunteerkan diri untuk masak.
Sup tauhu telah siap di masak dan enak di makan. Malang sekali sup itu tidak menepati standard tekak VVIP itu dan telah sedikit kuciwa dengan tahap makanan yang disediakan oleh restoren itu.
CEO restoren panggil 3 chef untuk di-post motem kenapa sup itu tidak sodap. CEO itu mengerahkan siasatan dilakukan dari aspek kualiti bahan yg digunakan, cara simpanan makanan etc etc...
Chef ini tidak puas hati kerana sup yang dia masak tidak memuaskan pelanggan VVIP itu. Sambil surf net mengenai VVIP itu, chef hantuk kepala di CPU sebagai tanda geram pada kegagalan masakan sendiri
Tak cukup hantuk pala kat CPU itu, dia hantukkkan pala kat meja plak dan kemudian ditenangkan oleh asisten nya
Kemudian Chef bergegeas keluar selepas membaca maklumat di dalam internet tadi. Kemudian bertembung dengan che kak ini. Chef hampir nak langgar che kak iteww dan che kak itu telah memarahi chef kerana cuai memandu "Choe song hamnida, saya nak cepat tadi. Ampunkan kami penunggu gua..." kata chef itu
Kemanakah chef itu pergi? Ya dia pergi ke hotel VVIP itu menginap. Dia minta diberi peluang kedua untuk masak semula sup tauhu tu tadi. Kali ni dia dah dapat tip-tip untuk masak sup itu dengan lebih lazat. Sebab sebelum tu dia telah masak menggunakan kaedah yang salah. Cara potong tauhu tu tak berapa betul. Sebagai chef yang bertanggungjawab dia mahu setiap pelanggan nya puas hati dengan masakan nya. Jika tidak kehidupan chef nya tidak ada ketenangan
Sup tauhu siap di masak. Tips yang dia dapat ialah tauhu itu tidak boleh dipotong dengan pisau. Sebalik nya kena guna tangan sajor untuk mengekalkan keaslian rasa tauhu itew. Sila lihat tauhu ini dan tauhu di atas. Tauhu yang ni hancur rupanya sebab dikupas dengan jari jemari
Sung Chan kemudian dipanggil ke dewan makan untuk diberi pujian di atas kejayaan kedua nya masak sup itu hingga licin di makan oleh VVIP itu. Chef sangat gumbira kerana dia telah sukses membuatkan VVIP itu kembali senyum lepas makan masakannya
Chef ini pula sedang bercinta dengan seksitari CEO restoren. CEO tu bapak dia. Dan Sung Chan merupakan adik angkat dia.
Hari gumbira kerana kegagalan telah berjaya ditebus
Yang ni pula hidangan set dinner yang di-oder oleh bakal wartawan. Dia blom sepenuhnya wartawan sebab lom pass exam lagi
"Kenapa saya oder fishi cake ni tapi takde rasa fishi?" tanya Jin Soo pada pekerja restoren itu. Nama wartawan itu Jin Soo
Jin Soo kemudian mahu interview Sung Chan sebab berita Sung Chan masak sup kat VVIP itu keluar dalam akhbar tapi tidak di layan oleh Sung Chan
Ajusshi itu telah pecahkan mangkok mahal chef. Mangkok itu harus digunakan oleh pertandingan masak akan datang
Jin Soo cuba mengambil hati Sung Chan dengan membelikan beberapa mangkuk baru. "Kamu simpan aja mangkuk-mangkuk ini untuk buat hantaran kawin kamu nanti" kata Sung Chan yang masih lagi kecewa sebab mangkuk dia pecah
Pertandingan masak. Pertandingan ni untuk mencari bakal pengganti CEO yang akan bersara kelak. Sepatutnya by default anak CEO itu yak itu chef yang tengah tu yang akan ambil alih restoren bapa nya. Tapi bapa nya mahu pertandingan masak di adakan. Sapa yang masak paling best, ada originality dan sedap akan menang dan sekaligus mewarisi restoren itu. Yang ni pusaingan kedua. Pusingan pertama dalam EP02 di menangi oleh Sung Chan. Sebenar nya bapa itu bias kat anak angkat nya iaitu Sung Chan. Dia nak naikkan Sung Chan dengan cara yang proper ikut saluran yang betol
Dia ni merupakan cucu kepada tukang masak terkenal tapi dah mati. Lepas tu dia dibesarkan oleh CEO itu. Pertandingan dah mula
Chef ini dengan masakan sashimi ikan buntal
Sashimi ikan sudah menjadi sashimi burang merak daaa. Sayang lah mau makan
Ini namanya 'honggaetang' sebab guna ayam hitam. Kalau guna ayam putih nama dia 'samgaetang'. Ni macam sup ayam la gitu dimasak dengan ginseng, halia dan buah ala kurma tu. Ada taruk abalon kot tu
Taraa ini namanya kimci salad yang di masak oleh Chef Sung Chan. Konsep masakan dia ialah "food that doesn't cost money" tapi sedap dimakan. Kimci saja la murah. Alas kimci itu dibuat dari tauhu goreng...nyam nyam tengok gambar. Rasa sebenar belom tentu nyam nih hahaha
Tempayan yang dipecahkan tadi tu dia buat mangkuk kimci salad sebab mangkuk mahal dia telah dipecahkan oleh juri rambut putih itu. Sebenarnya ada sebab mangkuk mahal itu dipecahkan. Juri itu terdengar Sung Chan nak masak makanan yang tidak memerlukan kos tinggi. Oleh itu ko nak masak makanan doesn't cost money kena taruk dalam mangkuk yang doesn't cost money oso. Baru la ngam hoo
No comments:
Post a Comment