Thursday, July 17, 2008

Upcoming : Movie is Movie / Rough Cut


Release date : 11 September 2008


Sekali lagi menanti dengan penuh kesabaran, keterujaan, kesopanan dan ketatasusilaan

Penantian satu penyiksaan
;p

Sinopsis : Pelakon nak jadi gengster, gengster nak jadi pelakon

































'spread the love'

Credit pics soompi

Ok kita story sket pasal citer ni. Projek terbaru Kang Ji Hwan selepas drama Hong Gil Dong. Projek beliau kali ini berupa sebuah filem aksi bersama So Ji Sub (Aigoo keduanya jantan kendo yeww huhu) Saya agak mengikuti perkembangan citer ni dari mula hingga akhir. Almaklum kekasih hati berlakun haha. Dan heroin dia antara yang saya tak berapa berkenan. 2nd heroin drama Sangdoo yaa, let's go to school. Ingat tak?

Shooting HGD memakan masa 8 bulan (hanya 10 hari saja dibenarkan pulang ke rumah oleh pengarah) kemudian bersambung pula dengan shooting pilem M&M ini. Sungguh kerja keras sekali ya pojaan hati saya ini huhu. I ols juga terkena tempias atas kerajinan, kesungguhan dan kepenatan beliau bekerja. Aura dan feel dia sampai ke sini...hahaha

Apa yang best mengenai perfileman Korea ialah peminat yang jauh beribu batu dapat mengikut sesi penggambaran dengan agak mudah. Internet maa. Citer ni baru selesai shooting seme selama lebih kurang 4 bulan dan tarikh kompemesen tayangan telah ditetapkan pada 11 Sept 2008 di pawagam di Korea. Macam glamer je tarikh tu huhu. Bulan Sept masuk pawagam. Kemudian lazim nya 3-4 bulan baru akan berada di pasaran gelap (torrent, CB dll) huhu. Dan ini bermakna awal tahun depan baru dapat menonton citer ni. Kita tengok eh nanti bila citer ni akan dapat saya tonton. Betul tak seperti calculation saya. Unless jika i ols punya tahap piawai ketidaksabaran tinggi lantas terus terbang ke Korea bulan Sept nanti semata-mata mahu menonton citer ni muahaha. Tapi tahap mereng terlampau belom capai lagi...ekekeke. Tak pe sabar separuh daripada iman. Mari kita bersabar berjemaah ya.

Judul asal 'Movie is a Movie'. Judul pasaran antarabangsa ialah 'Rough Cut' katanya. Pengarah dia protege kepada Encik Kim Ki Duk (3 Iron, Samaritan Girl, Time, Breath) dan filem ini diproduce oleh Encik Kim Ki Duk.

No comments: