Episod 17
Harini 27 Ogos dah episod 17. Tu je apdet. Hahaha.
Jangan mara aaa...
Episod 13
Iwan kena tembak sewaktu pulang dinner bersama Karissa. Aik takkan mati kot. Tak aci men.
Part paling tak larat tengok hingga saya terpaksa tukau channel. Part si Dibah terjah masuk opis Iwan marah sebab halau mak ngn pak mentua dia. Ko JAKSA pendamai ke hapa? Hahaha. Orang cam Iwan ni jangan marah dia. Lagi kita marah lagi dia suka. Biar kan dia terjun dengan labu-labu nya. Sekali marah cukup. Marah dan saiko dia skali.
Cakap ngn dia macam ni,
"Tak pe kita lihat sejauh mana Abg Iwan boleh pergi dengan rezeki yang diperolehi semacam ni dengan membuang mak dan ayah yang selama ni membesarkan Abg Iwan. Ambek seme harta ambekkkk. Dasarrr tak sedar dirik. CEO konon. Pi rahhhhhhhh"
Pada pendapatan saya Ridzwan bukan si Tanggang. Ridzwan adalah anak hantu sebab dari remaja dia dah menyetan. Dari remaja dah menyetan jadi tak heran la bila dah besar dia berganda-ganda setan nya. Kalau lihat Tanggang versi Normadiah & Jins Samsudin, dari kecik dia baik. Bila dah kawin dengan orang kaya baru dia berubah kan.
"Akukah Tanggang?" Bukan, ko bukan Tanggang. Kau adalah setan...setan gondol cik
Episod 10
Iwan bersanding dengan Karissa. Mak Yah dan Pak Hamid datang tanpa dijemput sekadar mahu melihat Iwan bersanding dan bukan mahu makan. Tengah syok-syok bersanding di atas pelamin, Iwan ternampak Mak Yah dan secepat kilat Iwan turun dari pelamin dan menghalau Mak Yah
"Halau pompuan giler ni keluar"
Tetengah majlis ko boleh halau orang tua. Apa punya manusia la ko ni. Yang orang kiri kanan seme jadi patung cendana saje
Episod 9
Iwan menumbuk Umar 2 kali kerana tuduhan mengganggu Karisa dan bersubahat dengan Datuk Hisham dan Umar di pecat.
Ok dah tak larat nak ribiu citer ni. Pi mai pi mai kot tu jugak. Cuma nak tengok Rizwan saje huhu. Yang pasti Dato' Jalaluddin dari dulu sampai sekarang intonasi belakon sama aje kan. Rocckeyyyyyyyyyyyy...muahahaha
Episod 8
Pak Yah...eh Pak Hamid meninggal
Episod 7
Rizwan bersanding. Mak Yah dan Pak Yah datang dan dihalau oleh Rizwan. Yang si keluarga Datuk pon takkan tak curiga langsung pompuan giler 2 kali datang umah. Pasang la spy siasat siapa pompuan giler tu. Dalam episod 9, 3 kali dah Mak Yah datang umah. Takkan tak berdetik langsung nak curiga. Kot-kot ada point nak kenakan Rizwan balik. Aigooo
Episod 6
Di mulakan dengan Mak Yah berjalan sorang diri di jalan raya dengan wajah yang kusam dan muram. Mungkin ada kaitan dengan epiosde 5 yang saya ketinggalan. Jalan punya jalan Mak Yah tersandung batu ditepi jalan dan Mak Yah mengalami luka di bahagian kepala. Suami Mak Yah lantas lantas menerpa ke arah Mak Yah dan membantu Mak Yah.
"Dia takkan makan kueh yang dibuat oleh orang miskin macam kita ni" kata suami Mak Yah
"Nanti suruh Dibah bawak kan kueh itu ke umah Iwan"
Di rumah Mak Yah gusar samada Iwan sudah makan kueh nya atau belum. Ke hulu ke hilir Mak Yah memikirkan nasib kueh nya samada sudah dicekik oleh Iwan atau belom. Adakah Dibah sudah menyampaikan kueh bakarnya nya pada Iwan atau belom. Jika Iwan sudah makan kuih itu kenapa Iwan tidak menelefon nya? Adakah Iwan sudah melupai nombol telefon umah sendiri? Mak Yah kemudian meneruskan weng-nya sebab ingat kat Iwan hingga terlupa masak nasik untuk Pak Hamid.
Dibah ke umah Abang Iwan nya untuk menghantar kueh Mak Yah. Iwan tiada dirumah. Kueh itu dikasi pada orang gaji Iwan
"Makcik tolong kasik kuih itu pada Abang Iwan ya. Katakan dari adik dia" pesan Dibah kepada orang gaji Iwan
Di rumah Mak Yah. Mak Yah masih lagi di dalam mode gelisah resah sambil mata nya terpandang-pandang ke arah telefon. Menunggu panggilan apa lagi.
"Kring kring kring" bunyi telefon berdering. Jawabbbbbbb lah kata Pak Nil.
Lain yang ditunggu lain yang telefon. Dibah beritahu Mak Yah bahawasanya kueh Mak Yah telah sukses memasuki perkarangan rumah Iwan. Dan Dibah beritahu lagu bawah kueh itu di-pass pada orang gaji.
Mak Yah kemudian bernostalgia menyuap Iwan makan kueh bakar itu di zaman persekolahan Iwan.
Kemudian scene seterusnya Iwan tersandar duduk di meja di tepi kolam di luar rumah. Karissa (bini Iwan) pula sedang memberi ikan koi nya makan. Kemudian datang orang gaji membawa hidangan minum petang. Hidangan minum petang termasuk kueh pemberian mak Iwan. Iwan dengan pantas mahu ngap kueh itu mungkin kerana udah lama tak makan kueh bakar itu. Sebelum sempat kuih itu dingap, Karissa telah bertempik dengan suara rempit nya hingga terkeluar semula kueh itu dari mulut Iwan yang belum sempat digigit lagi.
"U makan kueh apa tu sayang? Mak Jahhhhhh (nama samaran org gaji) mana dapat kuih tu?"
"Tadi ada orang hantar kueh ni. Katanya adik Encik Iwan"
"Adik Encik Iwan???? U takde adik kan sayang?"
"Aaaa I mana ada adik" balas Iwan
"Mak Jah lain kali jangan senang2 terima kueh dari orang kita tak kenal. Tah2 dia ada taruk racun ke hapa ke. Ingat ye. Dah buang kueh tu"
Iwan melihat kueh itu berlalu dengan kempunan tapi tidak ditunjuk pada isterinya.
Bab Datok Hashim plak. Datuk Hashim bangun lambat pada pagi itu kerana mahu membalas dendam setelah sekian lama asek bangun awal saja. Sekarang Datuk Hashim nggak ributan mahu kekantor kerana beliau udah melantik Iwan sebagai CEO menggantikannya.
Di kantor keadaan agak ributan kerna Iwan bertindak memecat beberapa staf di bahagian akaun. Iwan menuduh mereka nngak efisien menjalankan tugas. Hal di telah sampai ke telinga Datuk Hashim setelah diberitahu oleh sepai nya iaitu Umar
["Saya kalu tak de perempuan saya tak boleh berlakon tuan. Haaa Umar ada. Umar boleh jadik perempuan"]
Selingan tamat.
Umar merupakan rakan sekelas Iwan sewaktu di sekolah. Sekarang mereka rakan sepejabat pula. Datuk Hashim menyuruh Umar melapurkan segala tindak tanduk Iwan di kantor.
Pekerja yang dipecat bergossip sesama sendiri mengenai Iwan
"Kalau tak kerana kita semua syarikat tidak menjadi seperti sekarang ni. Sukahati menuduh kita tak efisien"
"Baru jadik menantu Datuk dah nak berlagak"
Kemudian kedengaran dialog latar dari luar TV
["Tu belom jadi menantu PM lagi tu. Kalau tak cemana gaknya dia punya lagak"]
Huhu.
Kemudian Iwan, Datin dan Karissa pergi shopping barang di Emkop Mall. Ye di Emkop Mall sebab I ols kenal pekerja itewww.
Dibah yang ofisnya dia Summit USJ pergi ke Emkop Mall juga. Mungkin mahu jumpa Abg Poii kots. Ahakss. Tapi Abang lain yang dia terjumpa iaitu Abang Wan.
Kemudian bersambunggg...
Episod 5 - Tiada ulasan
**********************
**********************
Mari kita menonton drama ini beramai-ramai yuk haha
Tapi AMARAN dari waiem belokspot. Barang sapa yang peknen i ols tak galakkan menonton drama ni sebab tahap kurang ajar tanggang ini terlampau. Kang takut terkenan kat bayi bahaya. Kalau terkenan muka hero tak pe lagi huhu. Takut terkenan peel tanggang.
Letih sebenarnya nak tengok tema jalan citer sebegini anak kuang ajo ngn mak bapak. Tapi terima lah kenyataan bahawasanya ia nya telah menjadi dari sebahagian dari 'budaya' kita. Mengerikan u ols. Kalau takde kaitan dengan budaya takde la orang nak buat drama ye tak. Biasanya drama akan ada kaitan dengan budaya negara drama itu dibuat. Ye ke tak? Kalau tak, takde la anak Melayu paling ramai merempit, ye tak? Merempit dan kuangajo ngn orang tua sedikit sebanyak ada hubung kait. Bak kata Bang Bil, lu pikir la sendiri. Femes sungguh tagline Bang Bil ni ya. Terbaru pelajar sudah berani merokok di dalam kawasan sekolah secara terbuka *salah kita kah...salah takdir kah*
Waktu siaran :
TV3 4.30 petang Senin Kamis
TV9 8.30 malam (ulangan)
Info menarik perhatian mengenai drama ini :
Pengarah : Hitler Zami
Penulis skrip : Sharifah Abu Salem
Penerbit : Hajjah Ziela Jalil
Pelakon : Adi Putra (tak lain dan tak bukan huhu), Fasha Sanda, Fauziah Nawi, Wan Hanafi Su, Datuk Jalal, Aida Rahim
Penyanyi lagu tema : Yg ni i ols terkasimaa dengar...jengjengjeng...Adi Putra...komposer lagu pun dia. Serba boleh nampak nya beliau ini
Tajuk lagu : Opening (Warna Dunia) / Closing (Kelahiran)
Episod 1 - Tiada ribiu sebab tak tengok
Episod 2
Iwan seorang anak derhaka pada mak bapak dia. Dah la anak sorang derhaka plak tu. Dugaan sungguh ya. Gambar di atas sempat dirakam sewaktu Iwan mahu menetak ayahnya dengan parang kerana buang barang baek Iwan yang telah menyebabkan Iwan naik hantu.
Iwan, pelajar tingkatan 5 juga merupakan seorang samseng dan suka ponteng sekolah (dari zaman sekolah ko dah samseng Iwan..aku pengg ko karang baru taw Iwan) Samseng Iwan seperti mencuri kambing pak lebai, mencuri barang kemas mak kawan dia dan mengganggu aweks sekolah dia. Aweks itu ialah Fasha (dah takde aweks lain ke nak digandingkan ngn Adi huhu) Macam biasa aweks ini anak orang kaya yang mana bapak dia ialah Datuk Jalal.
Walaupun Iwan selalu ponteng sekolah tetapi markah ujian dia tinggi. Kemudian cekgu besar panggil mak bapak Iwan ke sekolah tetapi mak bapak Iwan malu untuk berdepan dengan cekgu besar sebab dah banyak kali mereka dipanggil oleh pihak sekolah di atas tingkah laku samseng Iwan.
Kemudian Iwan mahu lari dari umah sebab tak tahan kena leter ngn mak dia (Pojiah Nawi). Asal balik umah kena leter. Asal kena leter mesti time dia balik umah. Oleh itu Iwan fedap. Iwan mahu berambus dari umah nya...(bersambungg)
Jangan lupa saksikan kisah selanjutnya Iwan si Tanggang
P/S : Nampak nama Iwan tingat memori daun pisang *siku makencik* muahahaha
Episod 3
Iwan kata dia mau berambus dari umah tapi tak jadi di dalam episod ni. Mak Iwan terus membebel bagai mesin gan
"Kau ni apa nak jadik Iwan? Kenapa buat mak ngn bapak ko macam ni? Bertaubat la Iwan"
"Taubat esok-esok pon boleh mak. Nanti Iwan dah tua, Iwan taubat laa"
Kemudian Iwan hadir ke sekolah setelah seminggu cuti panjang. Cuti digantung skolah. Tiba di sekolah datang cekgu kelas yang cantik manes menasihati Iwan. Iwan seperti biasa buat dek dengan nasihat cekgu.
Kemudian Iwan berkata "Cekgu tugas cekgu adalah untuk ajar saya sampai pandai bukan untuk berleter"
"Baik lah Iwan saya akan ajar awak sampai pandai" kata cekgu manes itu
Dipendekkan citer Iwan kebas henbeg cekgu nya yang terletak di atas meja dan lantas melarikan diri ke Amerika
Selepas 10 tahun
Akibat dari pengajaran cekgu manes itu yang mengajar Iwan sampai pandai, Iwan telah menjadi pandai dan telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Amerika. Tah masa bila Iwan belajar dan di ajar lepas kebas henbeg cekgu dia, tau-tau 10 tahun berlalu dan Iwan sekarang belajar di Amerika (tulunnn bang brahim...nak teruskan ke idak tengok citer ni)
Selama 7-8 tahun Iwan sudah tidak menjejakkan kaki di rumahnya. Kini selepas 10 tahun Iwan akan kembali ke tanah air. Pabila Mak Yah, mak Iwan mengetahui bahawa Iwan akan pulang ke Mesia, Mak Yah begitu seksited mahu menyambut kepulangan anak nya di KLIA dengan membawa bekal pengat pisang dan lauk pauk kesukaan Iwan di dalam mangkuk tingkat. Oh ya berita kepulangan Iwan ke KL telah masuk harian metro kerana Iwan telah berkahwin dengan Fasha di New York. Bapak Fasha pula adalah usahawan yang berjaya dan terkenal hingga berita kepulangan menantunya keluar di dalam akhbar.
Mak Yah tak jadi ke KLIA sebab diberitahu oleh Dibah anak sedara Mak Yah bahawa flight Iwan terawal 2 jam. Flight terawal pon keluar dalam surat khabar. Oleh itu Mak Yah dan suami telah divert perjalanan mereka terus ke umah mertua Iwan dan menanti Iwan di sana bersama para wartawan di luar rumah. Menanti kepulangan anak kesayangan dengan penuh debaran. Debaran kerana sudah tidak bertemu dengan anaknya selama 7-8 tahun. Rindu teramat menusuk qolbu.
Kemudian Iwan sampai bersama isteri dan pak mak mertua nya. Para wartawan berasak-asak menanyakan soklan panas lagi cepumas. Kecoh dia mengalahkan nak tahu harga minyak naik ke tak esok hiks
"Betul ke Datuk mahu menyerahkan Hashim Holdings kepada menantu Datuk?"
"Oh itu kabar angin saja. Tidak betol"
"Tunggu keputusan rasmi keluar esok dari pejabat kami"
"Iwannnnnnnnnnnn..." jerit Mak Yah dicelah-celah keributan para wartawan di hadapan pintu pagar Datuk
Iwan terkasimaaa melihat Mak Yah berlari-lari anak menuju ke Iwan
Kemudiannnn......
Bersambunggg daaaa
Episod 4
Moral episode ini, kalau ibu tu memang la ibu ya. Tak kira macam mana anak buat sekali pun.
Apabila Iwan melihat akan kelibat Mak Yah yang memanggil nama Iwan, Iwan memanggil pula Pak ke Bang Leman, pak gad umah Datuk Hashim. Bang Leman kot terlupa plak
"Bang Leman, bawak keluar orang gila ni. Mak aku dah mati" tempik Iwan dengan derhaka nya
Mak dan ayah Iwan dihalau keluar dan lantas pulang ke umah
Mak Yah menangis di luar pintu pagar dan dipujuk oleh bapa Iwan
"Awak dengar apa dia kata tadi? Dia dah tak mengaku kita mak bapak dia. Dah mari kita balik"
Elo mana cik cik wartawan yang tadi kalut interview Datuk & famili kat luar pintu pagar umah. Tamau tulis ke kes dalam akhbar. Baik punya tajuk berita. 'Menantu Datuk Hashim menghalau tetamu warga mas dengan zalim' huhuhu.
Nanti binik Iwan boleh maki wartawan huhuhu
Bapak Iwan apakenama pakcik ni berkata pada Mak Yah di rumah "Sudah la Yah mulai dari saat ini terima lah kenyataan kita dah tak de anak. Dia dah buang kita"
Bagi menyedapkan hati Mak Yah mengatakan gad umah datuk yang tak bagi jumpa dengan Iwan. Bukan Iwan yang tanak jupe dengan dia.
Dengan erti kata lain, Mak Yah sudah hampir mau gila sebab terlalu rindukan Iwan. Mak Yah mula bercakap sorang-sorang, memuji-muji Iwan anak dia. Iwan itu Iwan ini.
Dengan sedih Mak Yah berkata
Apabila Iwan melihat akan kelibat Mak Yah yang memanggil nama Iwan, Iwan memanggil pula Pak ke Bang Leman, pak gad umah Datuk Hashim. Bang Leman kot terlupa plak
"Bang Leman, bawak keluar orang gila ni. Mak aku dah mati" tempik Iwan dengan derhaka nya
Mak dan ayah Iwan dihalau keluar dan lantas pulang ke umah
Mak Yah menangis di luar pintu pagar dan dipujuk oleh bapa Iwan
"Awak dengar apa dia kata tadi? Dia dah tak mengaku kita mak bapak dia. Dah mari kita balik"
Elo mana cik cik wartawan yang tadi kalut interview Datuk & famili kat luar pintu pagar umah. Tamau tulis ke kes dalam akhbar. Baik punya tajuk berita. 'Menantu Datuk Hashim menghalau tetamu warga mas dengan zalim' huhuhu.
Nanti binik Iwan boleh maki wartawan huhuhu
Bapak Iwan apakenama pakcik ni berkata pada Mak Yah di rumah "Sudah la Yah mulai dari saat ini terima lah kenyataan kita dah tak de anak. Dia dah buang kita"
Bagi menyedapkan hati Mak Yah mengatakan gad umah datuk yang tak bagi jumpa dengan Iwan. Bukan Iwan yang tanak jupe dengan dia.
Dengan erti kata lain, Mak Yah sudah hampir mau gila sebab terlalu rindukan Iwan. Mak Yah mula bercakap sorang-sorang, memuji-muji Iwan anak dia. Iwan itu Iwan ini.
Dengan sedih Mak Yah berkata
"Iwan kenapa buat mak macam ni? Apa dosa mak? Apa salah mak? Balik la Iwan"
Bapak Iwan pula berkata di scene yang lain "Kalau ko tak suka aku tak pe Iwan aku tak kisah. Tapi jangan buat mak kau macam ni"
Iwan mulai bekerja di Hashim Holdings. Datuk Hashim mahu Iwan bantu uruskan kompeni nya yang hampir bengkrap. Iwan yang lupa diri itu diminta uruskan Hashim Holding yang hampir bengkrap itu. Molek benar la tu.
Datuk dah kenal Iwan selama 8 tahun. Uik moskel ni. Adakah lepas Iwan kebas henbeg cekgu sekolah dia, Iwan pergi menetap di umah Datuk Hashim dan kemudian diterima jadik menantu Datuk? Misteri sungguh bab ini.
Mak Yah tak senang duduk di umah. Mak Yah telah tinggalkan sekeping nota di bawah tudung salji kepada bapa Iwan
"Abang maafkan Yah. Yah nak pergi jumpa Iwan. Petang karang Yah balik"
Mak Yah dengan semangat keibuan yang tinggi pergi ke KL mahu berjumpa Iwan.
Bersambung la lagi...
Oh Mak Yah gunakan la kuasa keibuan mu itu. Sumpah aja Iwan jadi peti ais ke, mesin basuh ke atau batu lesung ke. Hik hik.
Nak tengok bila laa balasan orang yang sakitkan hati ibu nya sendiri diterima. Harap-harap balasan diterima cepat sikit la ya.
Bukan apa saya pon ada ekspirien melawan cakap ibu hehe Mungkin u ols pon ada pengalaman macam saya. Antara yang saya ingat (antara maknanya banyak la ni huhu) yang saya bole relate kan dengan dosa yang telah saya lakukan. Ketika itu saya ter-sakitkan hati mak jam 5.00 petang. Almaklum masa tu darah panas orang muda waktu zaman dahulu kala hehe. Jam 5.10 petang saya dapat pembalasan si pitung. Lepas bertekak ngn mak saya keluarkan kereta dari garaj, terlanggar tiang garaj yang kalu ikut logik tak mungkin akan langgar tiang tu. Terus I ols tersentap. Pintu keta pon dah kemek. Dalam masa 10 minit dah dapat balasan tunai.
Don play-play bab sakitkan hati mak ni ya. Tuhan pon murka. Ingat tu adek-adek ku sekalian
Ini Iwan 10 tahun relek je. Tak boleh jadik men. Sebab tu kalau saya menonton citer cam ni, rasa macam alamak tak lojik nye. Interm of dia punya pembalasan tu. Mungkin niat pengarah dan penulis skrip nya baik.
Sebab tu orang kata bila kita ditimpa musibah macam henpon hilang ke, barang kemas hilang, kena saman ke etc etc etc jangan cepat melenting. Mungkin ada buat salah ngn mak ke ngn ayah ke bagi yang masih punya mak dan ayah. Sama-sama lah kita baiki apa yang terkurang ya.
No comments:
Post a Comment