Petua & Misteri Mambang Kuning
Maseh lagi citer mengenai mambang kuning. 2 hari lepas jadi mambang kuning belalang kunyit sat. Satu badan lumur dengan serbuk kunyit bercampur garam atas saranan seorang rakan untuk hilangkan kegatalan
"Ko kena lapar garam nih. Sapu badan ngn serbuk kunyit taruk garam sket"
"Binatang afa lapar garam?"
Dia pon eksplen. Adek bradek dengan 'jilat hantu'.
First time dengar penyakit ni. Erkkk di jilat hantu kah? Seram nyee
Selain daripada melumur badan dengan serbuk kunyit babas (atau jenama lain ikut suka anda), bagi me-nyah-kan kegatalan dengan lebih pantas, lumur dan gosok juga badan anda dengan daun mambu seperti gambar di bawah ini :
Petua
Alkisah daun mambu ni mujarab digunakan bagi pengidap campak (kes saya ni juga lebih kurang campak...cuma tak demam). Jika badan terasa gatal dek bintik-bintik merah seperti terkena gigitan nyamuk, garuk tempat yang gatal itu dengan daun mambu itu. Sebab kalu anda garok menggunakan kuku, dikuatiri ianya akan meninggalkan kesan hitam di tubuh badan atau bakal meninggalkan kesan seperti duit syiling 5 sen di tubuh yang kelihatan hodoh sket ya.
Khasiat daun mambu boleh baca di sini
Kejadian berlaku pada hari Sabtu malam lepas selepas pulang menghadiri besday party seorang rakan di Seremban. Antara juadah party yang dilantak terdiri daripada laksa penang, mee siam udang besar, naget, sotong ball, cream mushroom, garlic bread, karipap, cheese kek stoberi yang sedapss, air buah-buahan pelbagai buah.
Selepas 1-2 jam makan di rumah beliau, terasa gatal di bahagian belakang badan. Eden pon garu dan garu. Ingat cuma kegatalan biaso. Mungkin ado alahan sikit sobab makan udang kot.
Setibonyo kek ghumah den jam 12.00 tengahmalam, bertukar pakaian lantas kelihatan bintik2 merah mula menular di bahagian perut dan peha. Oh syiok nya menggaru di saat itu. Ala jadi kera kejab. Hehe. Kat perut rupa dia ala-ala merah kayap gitew. Anda pernah kena kayap? Saya penah.
Sambil tido sambil menggaru. Saya saspek sebab makan sotong ball tu kot. Sebab tak pernah lagi alahan sebab makanan sebegini gatal dan menyenyam. Setakat ni boleh saja bedal semuanya jenis makanan yang halal.
Pagi Ahad pergi klinik. Klinik feveret tutup pulak. Cari klinik lain. Dokter kata alahan. Doktor bagi ubat tahan alahan.
Maseh tiada perbezaan selepas makan ubat klinik (klinik 1). Kegatalan makin mengganas. Mintak bantuan Oltromen (aka my best fren).
"Chomengg arrr..."
Oltromen datang sebelah malam menghantar daun mambu dan serbuk kunyit. Operasi meng-kunyitkan badan pon berlangsung menggunakan masker serbuk kunyit bercampur garam diikuti dengan beberapa petua dari Oltromen :
1. Hendaklah tido di atas daun mambu itu untuk lekas mujarab. Senang citer masukkan daun-daun mambu itu di dalam baju bawak tido. Bila terasa gatal gosokkan daun mambu itu di badan. Agak seksa juga nya.
2. Hendak la mandi bersama campuran serbuk kunyit dan daun mambu itu. Sebelum mandi, campuran itu hendak la di-embunkan terlebih dahulu mengikut kata Oltromen. Mandi dalam jam 2-3 pagi. Tapi den mandi kol 6.30 pagi sebab tak larat nak bangkit jam 3 pagi.
Pagi Isnin tiada berbezaan ketara juga. Cuma bekas merah gatal diperut telah susut sikit. Singgah bukak opis sat lepas tu cakap ngn bos nak MC. Pergi pula ke klinik 2 aka klinik feveret. Klinik feveret ni menjadi pilihan sebab saya amat serashi dengan ubat2an nya. Tapi malangnya klinik feveret ini tutup pada hari Ahad sebab tu pi klinik 1. Di klinik 2 terima satu suntikan. Dokter di klnik 2 juga saspek alahan makanan. Dapat MC 1 hari.
Alhamdulillah, pada hari Selasa ini kegatalan semakin berkurangan. Cuma kepala senoneng sket sebab kena habiskan ubat tahan alahan ni.
Misteri
Kita beralih ke bahagian misteri plak. Hehehehe
Bila bercakap pasal 'jilat hantu', saya reverse balik bibit-bibit perjalanan kami ke Seremban pada malam Sabtu itu. Sebelum ke rumah besday party kawan itu, kami telah lalu di sebuah rumah yang orang kata berhantu di area rumah kawan tu pada waktu senja. Rumah itu menurut citer telah lama ditinggalkan dan tiada pembeli mahu beli sebab fengshui dia memang suwey. Rumah itu terletak di bawah tanah. Orang Cina kata "belom mati sudah duduk bawah tanah maaa" Kalau dari tepi jalan memang tak nampak rupa rumah tu macam mana. Cuma nampak atap Minangkabau nya saja.
Apakah? Adakah? Iyakah? Bab-bab misteri ni jangan amek pot sangat ya. Cuma nak citer saja.
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.
Sekian ribiu mengenai mambang kuning. Sekiranya anda terkena penyakit ini, boleh lah cuba try petua-petua di atas tu ya. Insya Allah, dengan izin Allah boleh sembuh. Mambang kuning dah jadik mambang coklat. Back to normal. Hehehe
No comments:
Post a Comment