Wednesday, March 12, 2008

Filem : Epitaph (2007)


AWAS : Ada gambar seram dibawah


Synopsis

Dr. Jung Nam finds a photo album dating back to his days as an intern at the Ansaeng Hospital. He thinks back to those days where he part of his soul died. In 1942, as a young medical intern, Jung-Nam's arranged marriage ends when his fiancee (whom he has never met) commits suicide. Later he is assigned to monitor the morgue late at night. There he falls in love with a corpse, that turns out to be his deceased fiancee. Soon other mysterious events take place in the hospital, involving a young girl haunted by ghosts and a serial killer targeting Japanese soldiers.


Dalam bahse Korea ' Epitaph' adalah 'Gidam'. Kalau bahse melayu dia mungkin 'Godam' kot. Hehe.

Citer ni pernah ditayang di GSC tahun lepas dengan judul The Last Breath.

Kisah hantu seram ini (juga kisah cinta seram) berkisar di sebuah hospital bernama Ansaeng Hospital pada tahun 1942 iaitu di masa penjajahan Jepun di Korea. Bukan hospital lama yang dihuni berhantu tetapi mayat-mayat di hospital itu bangkit sebagai hantu dan berlegar-legar di ruang legar hospital itu. Hantu-hantu tersebut mempunyai misi dan visi. Misi nya adalah untuk membunuh tentera Jepun pada masa itu. Apa kaitan hospital, doctor dan tentera Jepun, agak meng-konpius kan saya sebab ada 3 kisah yang berlainan di dalam citer ni. Pelbagai soalan timbul. Antaranya, hantu ni nak bunuh siapa sebenarnya? Apa pula kaitan si anu dengan si ani nih? Apa pasat tiba-tiba orang ni plak yang kena bunuh? Dan seterus terusnya...

Citer ini di buat dalam bentuk flash back di mana seorang dokter veteran sedang membelek sebuah album lama. Waktu itu zaman dia muda bertugas di hopstial itu dan kenangan silam terimbau di kotak fikiran dokter itu apabila menatap beberapa keping gambar di dalam album itu.
Dan kisah pon bermula....


Kisah 1
Dokter itu sewaktu mudanya kena bertugas di bilik mayat hospital untuk membuat autopsy. Bedah siasat mayat. Satu hari ada mayat wanita cantik. Disebabkan boring membuat kerja seorang diri, dokter itu pon bersembang lah dengan mayat itu sehingga terjatuh cinta dengan mayat itu. Siapa tak jatuh cinta dengan pompuan cantik kan. Kemudian berlaku beberapa insiden yang aneh selepas dokter itu berbual dengan mayat itu sehingga lah mayat perempuan itu menarik dokter itu masuk ke dalam tempat simpanan mayat dan mereka berfantasi berkahwin. Bila dokter itu tersedar dan kembali di alam nyata, dia melihat wajah mayat perempuan itu dipenuhi dengan banyak siput (spt dlm gambar entri bawah)




Kisah 2
Seorang budak perempuan yang mengalami kemalangan teruk dibawa ke hospital itu. Kemalangan kereta telah meragut nyawa ibu dan bapa tiri budak itu. Semasa berada di dalam wad, budak itu asyik menjerit dan meracau-racau seperti terlihat hantu. Bila dokter tanya budak itu, dia tidak mahu cerita. Setelah dipaksa baru lah kisah benar diketahui. Alkisah budak perempuan itu cemburu dengan mak dia sebab bersuami baru kerana budak itu jugak syiok sama bapak tiri dia daa. Omo. Yang dia terjerit terpekik tu adalah kerana 'mak' dia datang melawatnya di hospital.


'yuhuuuu anakku...' sapa makhluk dibelakang itu


'kenapa dikau menangis'...

'tidakkkkkkkkk....'


Kenapa dia menjerit?

Kerana dia ternampak sesuatu...

Apakah yang dilihatnya...

Jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
oh rupanya 'mak' dia datang melawat...

(tak jadik taruk gambar close up...nnti ada yang ngigau kang heheh)


Kisah 3
Kisah suami isteri yang mana isteri itu menjelma sebagai suaminya yang telah mati dan membunuh orang. Kisah 3 ni saya ada sedikit konpius. Mungkin sebab tak tekun menonton sebab ada gangguan. Jiran datang umah. Hehehe.

U all tengok la sendiri citer ni yach.

No comments: