Thursday, March 27, 2008

Filem : Akhirat (2008)


Bayangkan situasi ini :

Anda pergi menonton wayang gambar itu kerana mahu menonton pelakon kesukaan anda yang dikenali sebagai "si dia" (bukan nama sebenar)

Kemudian anda lepak di mahkamah makanan (food kot da) sambil bersembang dengan kawan anda sementara nak tunggu masa masuk panggung

Tiba-tiba tetengah sembang...

*bek ground latar bunyik guruh berdentum pinjam bunyik guruh dlm citer ni menanda kan sesuatu yang saspen sedang terjadi...banyak unsur pilem industan lam citer ni...sampaikan ibu fauziah nawi pon saya nampak mcm mak shahrukh khan dlm kuch kuch hota hai dr segi anting² dan pakaian dia*

Eh kat mana tadi.. ok sambung...tiba-tiba "si dia" dengan memakai topi dan spek bingkai oren feveret nya itu muncul di hadapan anda dan lalu pula di sebelah anda sebab dia nak pi area belah sana.

Apakah reaksi anda seterusnya selepas ternampak "si dia"?

A. Tergamam, kelu lidah, kancing gigi, nebes dan biarkan saja dia berlalu. Lepas tu tak senang duduk dibuatnya, terteleng-teleng kepala mencari beliau dengan harapan dan doa dia patah balik ke area tempat duduk anda

B. Men-selambakan diri mengekori beliau untuk bersalam dengannya lantas memperkenalkan diri dan berkata 'awak tau tak saya tengok citer ni kerana semata-mata nak tengok awak'

C. Menjaga martabat dan tatasusila kaum wanita supaya tidak mempoyo kan diri dikhalayak ramai dengan mengejar artis lelaki di tempat awam. Tambahan lagi dia bersama isterinya di ketika itu.

D. Anda terpaksa biarkan dia pergi begitu sahaja kerana anda tertinggal kemra di rumah. Kalau tak poyo diri jugak tu. Hik hik. Tambahan tak de geng yang minat "si dia" pada waktu itu. Segan seh sensorang haha

E. Anda menyesal kerana tertinggal kemra di rumah dan sekarang anda sedang frust menonggeng sebab tak dapat nak abadikan gambar nya di dalam blog

F. Tambah malang enpon kemra tak berfungsi. Almaklum enpon cap ayam kejap okke kejap tak okke

G. Dalam pada malang itu, anda gembira juga kerana anda dan "si dia" ada kimia. Dalam banyak-banyak hari anda pilih hari ini untuk menonton Akhirat lantas terserempak dengan beliau. Kekekeke.

Komen citer :
Sungguh pun citer ini bukan genre komedi tetapi ia sungguh lucu sekali. We ols gelak sampai sakit kepala dibuatnya terutama bila mendengar watak-watak patung cendana membaca skrip dengan satu napas.
Sorang pompuan sungguh berani pegi hutan sorang-sorang dirik untuk mengambil gambar.
Tak de penyakit cari penyakit nama nya itu, bak kata orang tua-tua.
Dan akhirnya dapat la dia penyakit AIDS.

Ulasan :

No comments: