Thursday, February 28, 2008

Filem : Anak (2008)



"Saya tidak gila dokter. Saya tidak gila. Kenapa bagi saya ubat ini"

Ermm nasib baik ada dokter kendo penyelamat keadaan :P

Semalam kami berempat pergi menonton filem ini GSC Midvalley. Panggungnya agak besar dan selesa. Sebelum masuk ke panggung saya menjamu selera di Medan Selera. Saya memilih makanan Barat iaitu Italian Fetuccini kerana di waktu itu saya sedang berselera mahu memakan makanan itu. Bukan kerana saya adalah penyokong bolasepak Itali maka saya memilih untuk memakan Italian Fetuccini itu. Tidak ya. Itu bukan faktor utamanya. Faktor utama nya ialah saya lihat gambar makanan itu sungguh menggiurkan dan lantas saya pon meng-oder makanan itu. Disebabkan perut saya rasa teramat lapar, maka saya mendapati makanan itu sungguh lazat.

Kemudian datang pula kawan saya adun bebas cawangan Emkop Mall bersama donutnya. Apa kenama donutnya saya lupa. Yang pasti bukan Dunky Donut. Oh ya baru saya teringat. Saya ada simpan supik donut itu. Kejap saya pi tengok. Ok nama donut itu ialah Apple Donut. Sungguh lazat donutnya. 3 ketul RM6.00. Dengan kotak dan plastiknya yang cantik itu amat berbaloi la 3 biji donut berharga RM6.00. Disebabkan supik / plastik donut itu menarik hati saya, maka saya pon menyimpannya di dalam henbeg saya sebab saya rasa begitu sayang mahu membuangnya. Kemudian rakan saya itu berkata kalau beli 6 biji donut di dalam satu kotak berharga RM9.00 sahaja. Tapi kalau beli 3 + 3 biji donut secara berasingan kotak, jumlah harga nya menjadi RM12.00. Beli banyak ada dapat diskon RM3.00. Jimat ya.

Kueh donut itu sungguh sedap sekali terutama yang inti coklat itu sebab saya adalah penggemar coklat. Nyam nyam. Selepas ini saya mahu mencuba J.Co (betol ke nama ??) donut ek yang mana queue nya sungguh panjang sekali. Kalau mood saya rajin dan baik saya akan beratur untuk membeli nya. Jika tidak, tidak mengapa la. Tunggu sampai ada keluar kedai donut baru dan J.Co donut itu tiada lagi tumpuan ramai orang, mungkin saya akan pergi membeli nya dengan aman dan damai tanpa perlu menunggu lama. Bagus jugak ya bisnes donut sekarang ini.

Kemudian setelah selesai membedal 2 biji donut secara berkongsi dengan kawan itu, kami bergerak ke McDonald pula kerana di situ ada 2 lagi teman adun bebas sedang menanti. Kabarnya ada sorang artis realiti akan turut serta menyaksikan Anak, tetapi malangnya tidak dapat hadir kerana katanya sedang bergaduh dengan teman lelakinya iaitu teman kitorang juga merangkap jurugambar professional itew. Oh malang sekali tidak dapat bertemu dengan artis itu. Lain waktu barangkali.

Jumlah donut yang dibeli adalah 3, sudah makan 2 maka ada baki lagi 1 donut kan. Saya pon memberikan kepada rakan kami jurugambar itu dan memaksa dia makan habiskan walaupun dia kata sudah kenyang makan McDonald sebab dah alang-alang tinggal 1 donut lebih baik dihabiskan saja. Alang-alang membeli biar makan sampai habis. Dengan sekali ngap donut itu berjaya dihabiskan. Dan diketika itu la saya mengambil plastik donut itu. Lipat elok-elok dan simpan di dalam beg. Nasib baik kotak donut itu kelihatan kotor akibat kesan coklat cair, jika tidak...hmmm nasib baik kau panas, kalau tak panas dengan kau pun aku kebas. Ini kalu jual pon ada rege daaa.

Lepas bergosip lite-lite di McDonald, lebih kurang jam 8.50 kami pon berangkat menuju ke panggung wayang. Semasa di pintu masuk kami terserempak dengan beberapa artis tanah air iaitu Ning Baizura dan Ida Nerina. Mahu menonton Anak juaga barangkali. Erra Fazira tiada pula. Engku Emran pon tiada.

Selesai mengambil tempat duduk masing-masing, kami pon menanti Anak dengan penuh teruja.

Kemudian...

Eh kejap nnti sambung

IKLAN. Speaking of donut, kenalkan duta Mister Donut Nippon marey (muahahaha)

Photobucket

http://www.youtube.com/watch?v=GEzekBhzi9g&feature=related


Photobucket

Photobucket


Mister Donut tanak bukak cawangan ke kat Malaysia? Saya nak apply mintak keje bahagian marketing dan iklan yang berurusan dgn duta nya saja. Saya demand yg tu saje, gaji saya tak demand :P

**********************************************

Berbalik pada citer Anak ini, ianya mengisahkan seorang sepupu yang berprofession sebagai artis bernama Kay yang telah membinasakan kehidupan sepupunya yang bukan artis bernama Nita kerana mengamalkan ilmu kecantikan hitam yang sesat. Artis itu telah mengupah 3 orang pemuda harapan bangsa untuk merogol sepupunya di rumah artis itu. Kat sini dah bole saspek beberapa klue yang mendatangkan tanda tanya oleh mangsa rogol itu kalu dia cerdik sikit mahu membela nasib diri dia sebagai mangsa rogol yang dianiaya.

Kejadian rogol di dalam rumah. Saya percaya artis seperti Kay tidak duduk di kawasan perumahan yang mudah dimasuki oleh orang awam sesuka hati dan waktu. Di sini CCTV boleh diharapkan oleh mangsa rogol. Nita tidak sedar dirogol. Nita bole recall balik apa yang dia makan sebelum tidur hingga tidak kesedaran dirogol 3 orang lelaki jahanam itu. Mungkin Nita telah disuntik dadah atau sebagainya.

Selepas dirogol Nita hamil. Kay mencadangkan Nita pergi aborsi (pengguguran) kerana menurut Kay anak luar nikah tidak ada masa depan. Tambahan lagi anak luar nikah hasil dirogol. Tanpa pengetahuan Nita, Kay telah mencurik janin anak luar nikah Nita dan pergi membawa janin itu berjumpa dengan mak bomoh bernama Mak Mek untuk tujuan perubatan kecantikan Kay supaya hilang kedutan di muka dan juga seri wajah naik sewaktu foto shoot. Tapi Mak Mek ada bagi syarat. Syarat nyo yolah bayi itu mu keno letok berhampire denge ibunya. Pah tu gak bayi itu mu keno bui daroh tiap bule. Kalau mu tok ikut syarat aku, aku te mu. Pengeras jangan lupo bui deh. Haa lagu tuh.

Pah tu demo adek kakok sumo, kawe nok seru pakat jange ikut mace Kay nih deh. Syirik blako.

Selepas melakukan pengguguran, Nita pindah rumah baru untuk memula kan hidup baru. Di rumah baru Nita dihantui oleh lembaga kanak-kanak bersama back ground muzik "pok amai amai, belalang kupu-kupu.." Tiap kali kanak-kanak persis Ju-on tu hadir, maka lagu tema itu akan berkumandang.

Kemudian Kay sarankan Nita menjalani rawatan baik pulih mental sebab Nita kata dia nampak hantu yang orang lain tidak nampak. Dokter Amar kendo kata Nita depressi dan perlu banyak rehat. Karut seme hantu-hantu ni. Dari situ hubungan Dokter Amar dan Nita berputik secara tidak sengaja. Bila hantu kanak-kanak itu datang rumah Nita, Nita akan mendail nomo telefon Dokter Amar untuk me-rescue-kan dia. (Asal dalam citer hantu suka buat keje dalam gelap. Nita sebanyak 2 kali tidak bukak lampu sewaktu tengah buat keje bersama laptopnya diruang tamu. Contoh citer seram lain citer Thai The House)

Dipendekkan citer rahsia terbongkar dan Kay mengaku bahawa dia lah master mind kejadian rogol itu. Kemudian Kay bunuh diri dengan terjun bangunan.

Akhir kata,

Sebagai percubaan pertama pengarah mengarah dan menerbit filem, ok saja la bagi saya. Jalan cerita sudah ada. Elemen seram seperti kesan bunyik kena lebih lagi sebab saya tidak rasa keseramannya. Biasalah kekurangan sana sini. Saya menonton sebab genre filem nya. Bukan sebab Era Fazira. Era Fazira lagi. Masih tiada beza. Intonasi pegang watak polis ka, minah rempit ka, anak orang kaya ka, perempuan depresi ka, sama saja. Tidak berapa hidup. Rakan saya memberi komen yang Era hanya hafal skrip bulat-bulat kot. Tidak kreatif mengeksploit kan dialog itu. Sebab itu lontaran dialog dia kedengaran begitu skema seperti bacaan novel. Saya terbayang jika Nasha Aziz jadi Nita mungkin feel sedih, kasihan, teraniaya akan sampai pada penonton. Kemudian kawan saya plak memilih Cheryl Samad untuk watak Nita. Saya tidak pernah lagi konsentret ngn lakonan Cheyrl Samad. Mereka sajes saya menonton drama Ghost di 8TV. Apa lagi watak boleh diberi pada Era Fazira gaknya. Mungkin Era bole cuba bawak watak yang lagi mencabar seperti watak negatif ibu tiri yang garang atau watak kupu-kupu malam ke. Tak penah lagi kan.

Moral of the stori, makan la tempe banyak-banyak untuk kelihatan muda dan kulit wajah tegang sentiasa. Tak perlu susah-susah pakai bomoh segalak. Contoh dalam filem ini bila jumpa bomoh banyak perkara mungkar yang kita akan buat hingga membinasakan orang lain yang tidak bersalah. Upah orang rogol, pas tu gugurkan anak, pastu jumpa bomoh, pastu nak kena cari darah tiap bulan, pastu bunuh diri pulak, kan ke banyak keje tu. Tapi bila anda memakan tempe, anda tidak melibatkan orang lain yang tidak bersalah. Jadi share dosa anda tidak banyak meleret-leret. Makan sahaja tempe. Mudah, murah, lazat, tidak memerlukan banyak keje dan berkesan. Satu lagi pastikan anda sapu krim tempe di leher jua. Sebab nanti tidak sekata. Pipi nampak tegang tetapi leher kelihatan berkedut seribu.

Oleh itu undilah tempe untuk awet muda sentiasa :)

No comments: