Monday, January 21, 2008

Filem : A Love / Sarang (2007)



Synopsis

Chae In Ho (Ju Jin Mo) is tough on the outside and soft on the inside. It took him seven years to confess his love to Min Joo (Park Si Yeon), whom he swore to protect no matter what the circumstances may bring. That promise is put to the test when Min Joo is left defenseless in the hands of a notorious gangster. In Ho puts his own life in danger by stabbing the gangster, only to have Min Joo disappear. Fearing for his life, In Ho sells his soul to Yoo, one of the most influential businessmen in Busan. As fate would have it, Min Joo reappears before In Ho in the arms of his boss. Tired of living his life in vain, In Ho takes on the ultimate challenge in the name of love.

 
Cast : Joo Jin Moo, Park Shi Yeon, Kim Min Joon

Director : Kwak Kyung Taek


Cinta itu buta
Cinta bisa membuatkan manusia menjadi penjenayah
Cinta bisa membuatkan manusia rela masuk penjara
Cinta bisa jadi pemangkin untuk manusia meneruskan kehidupan
Cinta juga bisa membuat manusia membunuh diri (cett sikit-sikit mau bunuh dirik)


"Sarang" atau Love atau Cinta ini mengisahkan seorang remaja lelaki bernama In Ho yang telah jatuh cinta pandang pertama kepada rakan sekolah sekelasnya tetapi tidak sempat meluahkan perasaan chentar nya kerana cinta pertamanya itu telah berpindah ke tempat lain dan mereka terputus hubungan. Cinta pertama itu bernama Mi-Ju.

Kemudian selepas beberapa tahun mereka berjumpa secara tidak sengaja di sebuah kampung. In Ho begitu gembira dan ceria dan senyuman nya berbunga-bunga kerana dapat bertemu kembali dengan Mi Ju. Tetapi percintaan mereka tidak mudah dan tidak seperti yang diinginkan oleh kedua belah pihak kerana latar belakang kehidupan keluarga Mi Ju tidak berapa normal dan tragis.

Mi Ju mempunyai seorang ibu dan seorang abang. Abang Mi Ju itu agak gengster sikit mana kala ibu Mi Ju seorang perokok tegar dan peminjam duit Along.

[back ground muzik] * tidak perlu form J...tidak perlu penyata bank simpanan 6 bulan...tidak perlu gerento atau cagaran...kami mahu menolong andaaa*


Cam biasa la nak dijadikan jalan citer ibu itu tidak mampu bayar balik duit Along. Kemudian satu hari abang dan ibu Mi Ju bertengkar. Abang Mi Ju hilang pertimbangan lalu membakar ibu nya dan kemdian membakar diri nya sama dan mereka pon mati la. Tinggal la Mi Ju sebatang kara.

Datang la In Ho sebagai hero menghulurkan bantuan dan berjanji mahu menjadi pelindung Mi Ju buat selamanya.

Belom sempat mereka bercintan cantun, Mi Ju telah diculik dan dirogol oleh ketua Along sebagai bayaran wang hutang mak Mi Ju yang belom langsai lagi. In Ho cuba menyelamatkan Mi Ju tetapi Along itu lebih berkuasa, gagah dan ramai. In Ho gagal menyelamatkan diri nya dari dibelasah oleh geng-geng Along walaupun In Ho merupakan juara judo di sekolah nya. In Ho ditangkap polis kerana telah menimbulkan huru hara di stesen bas lantas dimasukkan ke penjara selama beberapa tahun kerana bersabit dengan kesalahannya.

Selepas In Ho keluar penjara, Mi Ju didapati hilang dan In Ho tidak dapat mengesan di mana Mi Ju menetap.


Kemudian beberapa tahun berlalu.

In Ho sekarang merupakan bodyguard peribadi dan seksetari kepada seorang bisnesman yang terkenal. Bila seorang lelaki sudah bergelar bisnesman, usahawan, hartawan yang makan dipinggan dan minum dicawan dan banyak wang, kebiasaan nya mereka akan ada pompuan simpanan walaupun sudah berkahwin dan beranak pinak. Paling sikit pon sorang pompuan simpanan. Ye atau tidak? Saya bagi jawapan ya. 2 orang bos saya, we all kat opis ni saspek depa ada pompuan simpanan kerana tingkah laku agak misteri yang we all dah lama perati hahaha Mungkin mengisi masa lapang dia kot.

Kemdian satu hari bos In Ho menghadiri majlis makan malam bersama ahli-ahli korporat yang lain. Sewaktu menjemput bos nya balik, In Ho telah terlihat kelibat seseorang yang sangat dirindui nya selama ini berdiri bersebelahan bosnya. In Ho menampar pipi nya sendiri samada dia bermimpi atau tidak. Tidak bermimpi sama sekali. Orang yang sangat In Ho rindui itu sekarang merupakan perempuan simpanan bos nya itu. Huh apaaaaa???? Kwang kwang kwang. Ayomma.


In Ho seorang pekerja kesayangan dan orang kepercayaan bos nya. Bos nya itu pula menganggap In Ho sebagai anak lelaki nya kerana In Ho pernah menyelamatkan bos nya itu dari dibunuh penjahat. Manakala pompuan simpanan bosnya merupakan cinta awal dan akhir In Ho.

Bagaimanakah In Ho menghadapi situasi ini?

Antara orang yang paling In Ho hormat vs kekasih hatinya?

Bagaimanakah kisah "Sarang" di antara In Ho dan Mi Ju?

Adakah In Ho masih bersarang di hati Mi Ju?

Adakah kisah cinta mereka kembali bersarang seperti dahulu kala?

Saksikan la citer ini untuk mengetahui ending nya. Ending nya agak ampeh sket. Mencikkk.



Lain-lain komen / info :

1. Dalam citer ni JJM bercakap style dialek orang Busan / Pusan sebab citer ni berlokasi di Busan kebanyakan nya. Dialek yang intonasi cakap dia lain sket dari orang Seoul.

2. Busan terletak di selatan Korea. Dari Seoul ke Busan 1 jam perjalanan kapal tobang. Dari Busan bole naik feri pegi Jepun - Fukuoka (tengok TARA 2 hehe)

3. Heroin saya kureng sket. 2nd heroin My Girl.

4. Ada terbaca artikel kat mana tak ingat. JJM terbaca skrip citer ni, kemdian dia cakap ngn kawan dia kalu dia tak dapat blakon citer ni, dia akan bunuh diri. So kepada peminat JJM jangan ketinggalan menonton citer ni. Agak lain dari watak-watak dia sebelum ni. Kalau tak de citer ni, JJM mungkin dah tak de atas muka bumi ni sebab dah bunuh diri. Jika JJM mati saya mungkin akan melakonkan aksi seperti dibawah ini dengan syahdu dan penuh perasaan sekali :P (kekekeke)

5. Next project JJM - drama Bichunmoo & sebuah pilem period tema gay apaketajuk lupa sebagai maharaja (ala The King & Clown). Duet gay dia ialah Jo In Sung (hero Memories in Bali). Saspennyee mau tgk pilem ni..kui kui 

No comments: