Synopsis
"The House" is inspired by the true story of three horrible murders that happened to three women in different times but they are all connected to a particular house. We see the horror through TV reporter Chalinee who is sent on a special mission to shoot a documentary about a murder that happened six years ago in which a doctor's wife was killed. As the investigation progresses, she finds out about the two other murders and that all the victims lived in the same house at one point in time.
Starring : Inthira Chaloenpura, Chamanun Wanwinwasara
Director : Monthon Arayangkoon
Website : http://www.banpeesingthemovie.com/
"The House" is inspired by the true story of three horrible murders that happened to three women in different times but they are all connected to a particular house. We see the horror through TV reporter Chalinee who is sent on a special mission to shoot a documentary about a murder that happened six years ago in which a doctor's wife was killed. As the investigation progresses, she finds out about the two other murders and that all the victims lived in the same house at one point in time.
Starring : Inthira Chaloenpura, Chamanun Wanwinwasara
Director : Monthon Arayangkoon
Website : http://www.banpeesingthemovie.com/
Citer hantu seram dari Thailand menampilkan heroin Sumo-lah sebagai pendokong utama. Kali ni kisah rumah berhantu. Disebalik hantu ada misteri. Misteri rumah tua. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Tapi kali ni bukan hantu kacau manusia tetapi manusia yang kacau hantu. Terbalik kot plak.
Kisah bermula bila seorang wartawan bernama Shalinee bersama rakan sekerja nya membongkar kembali satu kes lama kes pembunuhan yang ditutup begitu saja. Apa yang menarik dan misteri di sini ialah kes bunuh itu serupa yak itu melibatkan professional iaitu dokter dan professor dan kejadian berlaku di rumah yang sama. Professor bunuh isterinya. Dokter membunuh misi nya sendiri. Harapkan tin, tin makan beskot. Orang yang rapat sendiri membunuh. Apa kejadahnya semua ini.
Kenapakah dokter itu tergamak membunuh jururawat nya sendiri? Adakah cinta dokter terhadap nurse itu tidak berbalas, maka dokter itu mengambil jalan membunuh nurse itu? Alang-alang aku tak dapat, biar boipren ko pon tak dapat, mungkin dalam hati dokter itu berkata. Adakah isteri profesor itu curang ada skandal dengan profesor lain? Dan apakah kaitan nya pula dengan The House itu? Adakah The House ini ada kaitan dengan Semua House di Jalan Masjid India? Semua nya akan terjawab bila anda menyaksikan citer ini sampai habis.
Bukan 1 pembunuhan tetapi ada 3 pembunuhan berlaku dalam rumah itu oleh 3 penghuni yang berbeza sehingga menyebabkan rumah tersebut tiada orang awam yang mahu menyewa lantas di diami oleh puak-puak hantu saja. Pembunuhan dilakukan secara kejam di mana mayat mangsa (ketiganya perempuan) dikerat-kerat dan organ dalaman nya di ambil. Al-maklum la pembunuh nya merupakan seorang dokter. Bila ada 3 pembunuhan maka ada banyak la hantu berlegar-legar di dalam rumah usang itu sebab roh-roh si mati tidak tenteram. Ada hantu rupa macam orang minyak. Kepala botak badan hitam.
Ekceli citer ni roh hantu tidak bangkit membalas dendam. Dia dok dendiam je kat dalam umah itu buat hal sendiri. Dan hantu ada bagi amaran pada manusia supaya jangan mendekati rumah itu. Tapi kita manusia biasa la kan. Semakin ada amaran, semakin kita tidak endah kan. Rasain loh.
Citer ni idak le berapa seram bagi saya walaupun banyak menggunakan muzik latar belakang seram yang melampau. Citer seram Thailand suka mengejutkan orang dengan kesan bunyik seram yang kuat sangat utk buat orang takut dan berdebo-debo. Cettt.
Then citer ni ada meminjam sound effek Bollywood. Bunyik guruh dan petir muahaha. Pas keluar bunyik guruh, hujan turun dan suasana black out menanda kan hantu nak mai. Streotype sangat.
Moral of the stori, kepada para dokter di luar sana, cukup la dengan jumlah penjenayah yang ada. Tak payah la u ols pon nak penjenayah/pembunuh jugak. Kalo tak nanti penjenayah nak keje apa huhu.
Kadang-kadang bukan musuh kita yang berniat membunuh kita tetapi orang rapat rakan baik di sekeliling kita sendiri yang ada niat jahat pada kita. Musuh dah tentu la jahat kan. Nama pon musuh. Ini yang teman rapat dan ahli keluarga sendiri pon berniat jahat. Dah tu sapa je lagi yang tinggal yang atas muka bumi ni yang bole diharapkan.
Apa yang ingin disampaikan dalam The House yang saya paham ialah, rumah adalah tempat tinggal manusia bersama keluarga tersayang dan keluarga yang menjadi tempat pergantungan dan perlindungan. Rumah ku syurga ku. Jika berlaku tragedi disebaliknya, maka rumah itu bertukar lah menjadi neraka jahanam. Wat de hell.
Oleh yang demikian, hargai la Rumah anda. Ingat lah yang tersayang. Anda mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment