Thursday, April 24, 2008

Makan & bintang


Semalam saya dan beberapa rakan pergi makan malam di restoren Cheng Ho kepunyaan Amy Search yang terletak di Wangsa Maju. Ramai orang u. Kena amek nombor. Giliran menunggu nomo 3. Dengan semangat yang berkobar-kobar dan nafsu makan yang membuak kami tunggu juga. 'as sobru minal iman'. Dah alang-alang sampai, biar dapat makan. Kami tiba dalam kol 9.15 malam dan restoren ditutup jam 10.30 malam. Sambutan begitu menggalakan sekali. Almaklum kedai artis mesti ramai mau datang hehe Walaupun artis nya tak de kat kedai.

Bagi yang mahu pergi ini alamat dia
Cheng Ho Islamic Seafood Restaurants
No.15 & 17G, Jln Wangsa Delima 10
Block 3B, Titiwangsa
Wangsa Maju 53300 KL

Harga makanan berpatutan dan tiada govt & service tax.
Dan ada beberapa perkara saya rasa kena perbaiki. Tapi nanti la cakap. Niari tak de mood tulis panjang.


dari luar restoren...


dalam restoren...







ayam lemon lazat...



ni tomyam...sorry to say sangat hazab...apa yang hazab u all try la sendiri...mungkin we all pi time dah nak tutup kedai kot jadi rasa dia tak berapa nak sedap...kot kot time u all oder rasa dan bau dia tak hazab mcm we all...kot chef lain ke yg masak kan...



ni sutun goreng gajus...sedap...



ni sizzling prawn...sedap juga...



butter prawn...aik prawn lagik...ye sebab kitorang mintak ikan...ikan dah kehabisan...sungguh laris ikan di hari semalam...



ini air bandung soda meletop...tapi ini bukan di Cheng Ho tapi di Graven dekat petonas Ampang...lepas Cheng Ho ke Graven sbb tak puas makan hahaha...petonas yang ada McD drive thru...siap ada bintang lagi...

Rupanya nak jumpa bintang di bawah ini hehe. Siapakah bintang ini? Bintang dari seberang.
Ni dia vokalis kumpulan Matta yang popular dengan lagu 'Ketahuan' yang akan di nyanyi kan oleh Aliff AF6 sabtu ni.
Masa ni dia tengah makan lepak dengan bakal menantu Datuk Usop Aslam. We all sampai kat Graven nampak la kelibat Diana yang dok facing ke arah we all. We all mengambil tempat duduk di belakang meja dia.
Sekali member cakap 'eh Diana dengan penyanyi Matta'
'Apaaaa matta...?' Sambil terbeliak kan mata
'Eh alamak...kang dia nak balik kita jupa dia ek'
Tak pepasal amek gak gambo dengan dia sebab saya minat lagu Ketahuan itu. Tak kose tau nak amek gambo ngn artis kat public haha Dan tak ramai juga band seberang yang berjaya menawan hati ku ini. Tak de kimia. Tetiba yang ni bisa dong. Masuk blog tanda ada kimia la tu muahaha Kimia tak kimia dok meja sebelah lagi kan. Skrg ni tengah ada kimia plak ngn Ihsan Indonesian Idol 3. Nak pi cari CD dia lah.



Tanya nama dia sapa haha nama pon tak tahu. Tahu Matta je. Nama dia Sunu. Lama dia kat KL dari APM. Atau AF jemput dia tak untuk kejutan. Salam kenal ya Sunu.


Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan. Kali ni ke area Bukit Bintang pula sebab ada member nak beli majalah di Sleven. Ondaway ternampak billbod di bawah ini buat pertama kali. Macam ku kenal itu orang. Eh tapi macam lain. Eh ye ke.


Sekali btol daa Takuya Kimura. Model Moving Rubber Gatsby. Awat nampak lain kan...veri de hahaha

Utube iklan Gatsby

Lastly mari kita baca teks dan subs tek lagu Ketahuan ni


Matta - Ketahuan
Dari awal aku tak pernah
Percaya kata-katamu
Karena aku hanya melihat
Semua dari parasmu

Terakhir kau bilang padaku
Kau tak akan pernah selingkuh
Tetapi ternyata dirimu bermain dibelakangku
(yg ni Alff kena pusing belakang tala kat kak Ogy...tala la pape...kepala ke badan ke)

Saat ku melihatmu
Kau sedang bermesraan
Dengan seorang yang ku kenal

Oo..Oo..
Kamu ketahuan pacaran lagi
Dengan dirinya teman baikku

Tapi tak mengapa
Aku tak heran
Karena dirimu
Cinta saatku
(lirik yang last ni best seolah mcm 'eh aku tak heran la dgn ko..berambus la nko..mcm cun sangat)

Lagu ni sambil tido pon bole nyanyi. Yang best kat melodi dia. Saya suka intro muzik dia. Kalau tak bleh nyanyi gak lagu ni saya cadang bebudak AF ni bagi depa lagu ni
'pok pok bujang lapok' atau 'doremi tiga orang sahabat' atau 'aci aci bukak pintu'

P/S : Malam ni Kang Ji Hwan bertanding kat Baeksang Awards u...nerves nye haha

Photobucket
for Capital Scandal...

No comments: