Thursday, June 07, 2007

Filem : 200 Pounds Beauty (2006)

Synopsis

Hanna is a lip sync vocalist for Amy, the famous Korean pop singer. Even though she is always ignored because of her appearance, she has been a bright and lighthearted girl until Amy humiliates her in front of Sang-jun, her secret love. At last she makes a decision of a lifetime to have plastic surgery all over her body. Her unrequited love gets any return?

 

Starring : Kim Ah Jung , Joo Jin Mo

Director : Kim Yong Hwa

Credit : Hancinema





Ala Cinta Kolestrol versi Korea


Versi Hong Kong Love on a Diet

Versi Thailand Cholesterol Teerak lom tengok laie

Citer mengisahkan Hanna, seorang yang tersangat gemuk dan hodoh tetapi mempunyai suara yang begitu lunak. Keje part time belah malam dia di dalam bidang phone sex. Keje full time di siang hari dia plak sebagai penyanyi. Bukan penyanyi di hadapan tabir tetapi di belakang tabir. Bagaimanakah itu? Suara nya diguna pakai oleh penyanyi terkenal bernama Amy untuk miming di atas pentas masa buat konsert. Sikit punya ligat Amy punya showmanship atas pentas tetapi hanya miming. Yang menyanyi adalah Hanna. Penonton seme tertipu gamak nya. Bayar teket konsert memahal hanya dapat menonton persembahan miming. Al-kisah suara Hanna juga digunakan pakai untuk buat album Amy. Amy seorang yang cantik lagi seksi tetapi tidak mempunyai bakat nyanyian. Bak kata pepatah lembu punya susu tapi sapi dapat nama


hero citer Fashion 70s ngn Game of Love...lepas tgk dia dalam citer ni terus kalut nak tgk citer Fashion 70s yg dvdnya dah berkurun beli dan juga Queen of Game hahaha



Suatu hari Hanna terdengar perbualan di antara Amy dan producer album Amy. Depa mengata Hanna bahawasanya Hanna hanya dipergunakan untuk melariskan album Amy. Hanna pun rasa sedih dan rendah diri. Yang buat Hanna bertambah sedih ialah kerana producer yang mengata itu plak jejaka idaman Hanna. Lantas Hanna berpikir mahu membunuh diri tetapi tak jadi. Lawak tang dia nak bunuh diri hahaha sebab diganggu oleh pemanggil phone sex tetap dia.

Tak jadi bunuh diri. Kemdian Hanna pon pergi la ke spital untuk melakukan pembedahan plastik dan menghilangkan diri selama setahun. Album Amy pon terpospon dek ketiadaan Hanna. Lepas dah cantik dan slim river Hanna ke syarikat rakaman itu untuk jadi penyanyi dengan identiti yang baru.

Bagaimanakah seterusnya? Adakah cinta Hanna yang telah slim river itu diterima oleh producer yang encem itu? Mengikut dialog yang ada dalam citer ni, lelaki itu sebenarnya tidak suka pada pompuan yang mempunyai tubuh badan yang pelesu hasil dari pembedahan plastik sebagai gelpren nya. Adakah Hanna kembali gemuk kan badan dia semula?

Semuanya akan terjawab bila anda menyaksikan citer yang musti ditonton ini. Mesti tengok sebab hero dia taste...muahahahaha

Moral of the stori citer ni, orang gemuk suara mesti sedap hahaha Telah terbukti di mana-mana pertandingan menyanyi

Moral lain yang dapat dilihat dalam citer ni ialah perbezaan layanan bila kita cantik dan tidak cantik. Veri de bias.

Bak lirik lagu Insan 'kita sama sahaja...beza nya cuma amalan kita'

Citer asal dari Jepun oleh Suzuki Tumiko 

No comments: