Wednesday, September 27, 2006

Sekolah Al-Quran


Orang selalu bilang dalam dunia ini mana ada benda yang 'free' atau 'percuma'. Mau ke tandas awam juga dibayarin 20 sen atau 30 sen. Hari ini saya mau berkongsi sesuatu yag percuma buat anda semua.




Tak perlukan bayaran sama sekali. Yak itu tempat saya blajar hukum tajwid dan baca Al-Quran. Mungkin ada sesapa yg berminat boleh turut serta bersama disamping tulun ustad promosi kan tempat ni.

Tempat nya di Tingkat 7, Wisma Heritage bersebelahan Hotel Sheraton Kuala Lumpur.

Nama sekolah nya ialah Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur. Menurut sumber yayasan ini dibina oleh seorang dermawan yang identitinya dirahsiakan yang berniat mahu beramal solleh supaya warga Kuala Lumpur khasnya celik Al-Quran. Saya doakan Hamba Allah tersebut terusan dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dan kurnia dari Allah s.w.t.

Butiran lanjut boleh baca di sini pengalaman seorang ahkak otai yg telah terlebih dahulu menimba ilmu Al-Quran di sana dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd ahkak tersebut kerna berjaya menghasut dan mengheret saya menimba ilmu di sana hehe. Nak buat benda balik ni kan kadang ada je halangan nye kan...hehe sebab binatang yg bertanduk hebat² belaka pangkat nya berada di kiri kanan depan belakang kita sentiasa berbisik supaya berkata 'tidak' pada ajakan ke arah kebaikan.

Kepada akak², abang², mokcik², pokcik² tu jangan malu jangan segan sertai kelas ini sekiranya ada masa supaya bacaan Al-Quran kita akan lebih tartil, tertib dan cukup semua syarat. Kelas dia 2 kali seminggu selama 1 jam ikut waktu lapang kita.

Rasullulah ada bersabda 'tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad'.

No comments: