Friday, September 08, 2006

Filem : Water (2005)




Synopsis

Water is a controversial 2006 film directed and written by Deepa Mehta. It is set in 1938 and examines the plight of impoverished widows at an ashram in Varanasi, India. The film is also the third part of a linked trilogy by Mehta, preceded by Fire (1996) and Earth (1998).

Director : Deepa Mehta


Citer ni telah menimbulkan kontrovesi di India dan diharamkan tayangan di sana. Maklumat lanjut boleh baca di sini, sana dan sinun. Dengan lain perkataan citer² pengarah ni banyak yg mencetus kontrobesi. Tapi nak kontrobesi apanye kalu betol.

Tema citer ni mengingatkan saya pada ideologi di zaman jahiliyah yang menanam anak perempuan idop² kerna di percayai akan membawa siyal kalu di biarkan idop. Siyal kunun. Yang melahirkan ko plak sapa (org lelaki bingai yg gali kubur tersebut) Yanadei

Citer ni berlatar belakangkan tahun 1938 di India. Kanak² pompuan dikahwinkan sewaktu kecik lagi. Bila somi dia mati, maka dia akan dibotakkan pala dan dihantar ke penempatan janda² malang sebab isteri tersebut katakan telah membawa suwey hingga menyebabkan kematian somi dia. Di sana mereka akan menghabiskan masa² janda mereka hingga la nyawa yg terakhir tanpa boleh berdeting dan berkahwin semula mengikut budaya Hindu pada masa tu. Mana mungkin tak boleh kawin lagi dong. Itu sudah melanggar norma-norma sebagai seorang manusia. Karut punya pemikiran.

Pakaian mereka pula hanya sari putih sepanjang masa.

Tambah hina lagi bila janda² ini terlanggar bahu dengan orang awam sewaktu diluar, orang awam tersebut kena mandi tolak bala, nak beli goreng pisang pon payah kemdian bayang² janda tersebut tidak boleh terkena sesapa saja. Dalam citer ni ada bayang² janda tersebut hampir terkena pasangan pengantin. Tok sami tu bagi amaran suh pergi jejauh. Jangan dok dekat pengantin. Nanti pengantin tersebut bakal menerima nasib malang.

Dalam pada status janda ni dipandang hina, ada plak kaum bapa yang melanggan janda tersebut sebagai pemuas napsu. Budak kecik pon ko nak ngap labu. Cilakak.

Citer lain John Abraham sorang loyer telah tangkap cintan sama janda Lisa Ray dan ingin mengkahwini beliau. John tak kisah status janda Lisa sebab hati sudah sukak. Kemdian John nak bawak balik Lisa utk diperkenalkan pada keluarga. Dipertengahan jalan naik sampan Lisa nampak umah John, Lisa suh patah balik. Lisa bilang pospon la pi umah. John pon kata ok. Hari berikutnya, Lisa didapati mati bunuh diri. Sebab apa kerana bapak John sebelum ni penah melanggan Lisa. Makanya takkan dia nak kawin sama John plak kan.

Tu la dia janda tak boleh kawin lain tapi boleh dilanggan oleh jantan yg bergelar somi orang lagi dan lagi lapan lagik.

DVD bole di beli di tingkat bawah Semua House KL. Mahal sket la sebab tak de yg Malaysia copy.

Kepada kaum wanita jaga la maruah dan kehormatan diri dengan sebaiknya. Perlihara apa yg boleh diperlihara. Jangan mudah tertipu daya dengan janji² manes lelaki samada yang bermisai atau pon tidak hik hik. Martabat kaum wanita harus dijaga. Jangan bergado tarik² rambut kat pasaraya, pukul orang dengan kasut tinggi kat pub, bertepok tampar di tepi swimming ful sebab merebutkan jantan. Apa raa. Jantan tu tanak carik je jantan lain. Kalau jantan tu sayang kat kita dia tak akan main kayu tiga ampat lima dan anam dibelakang kita. Ye tak Abang Sudin? Jawab bang jawab...huhuhu

Tapi kalau rebut John Abraham saya paham kenapa sebab dia memang sangat ensem :D

Ribiu lain :


No comments: