Monday, September 18, 2006

Filem : Il Mare (2000) & The Lake House (2006)



Synopsis

The title, Il Mare, means 'The Sea' in Italian, and is the name of the seaside house which is the setting of the story. The Korean title, siworae is the transliteration of "ζ™‚θΆŠζ„›," meaning "time-transcending love." The two protagonists both live there two years apart in time, but are able to communicate through a mysterious post box.

Starring : Lee Jeong Jae, Jeon Ji Hyeon

Il Mare Wikipedia

Fenin mek tengok citer ni dedua sekali gus haha. Sebab nak tengok citer Lake House makanya kena tengok citer Il Mare dulu sebab Lake House diremake dari citer Il Mare. Seswatuh gak la kan Hollywood nak remake citer Korea. Nak tengok apa sama dan tak sama.

Citer ni kisah cinta 'pelik' yg bisa buat anda pusing pala dan tak mungkin berlaku di alam nyata yang menarik untuk ditonton. Mereka boleh berkomunikasi dan bercinta pada masa dan tahun yang berlainan melalui peti surat misteri. Rasa macam citer hantu misteri fantasi pon ada daaa. Jangan biar hidup anda diselubungi misteri. Oleh itu kita perlu terjah apa yg hendak disampaikan oleh pengarah melalui citer ni haha. Brilliant gak idea dia wat jalan citer ini machiem. Kot pas ni Prof Razak nak wat remake versi Melayu lak :P

Hero lakonan Lee Jung Jae juga plakon citer
Typhoon sebagai Sung Hyun mana kala heroin Jeon Ji Hyun sebagai Eun Joo plakon citer My Sassy Girl juga The Uninvited (dah tgk lom sempat citer) juga Winstruck (pon dah tgk) juga Daisy juga drama Happy Together.


Citer mengisahkan Eun Joo keje sebagai pengalih suara tok siri kartun telah berpindah ke umah baru. Sebelum tu dia tinggal di sebuah rumah di tepi laut yang di bagi nama 'Il Mare'. Il Mare ni bermaksud laut. Sebelum meninggalkan umah lama dia telah menulis kad krismas untuk penghuni baru umah tersebut dan letakkan di dalam peti surat di depan umah. Antara isi kandungan kad tersebut,

'Kehadapan tuan umah baru Il Mare yg dihormati, kalu ada incik posmen hantar surat untuk saya, mohon jasa baik kamu pos kan surat tersebut di alamat sekian sekian sebab saya sedang menunggu surat penting dari seseorang. Yang benar Eun Joo, 11 Sept 1999'

Kemdian dalam tahun 1997 Sung Hyun seorang kontraktor berlatar belakang pendidikan arkitek telah berpindah masuk ke Il Mare dan telah membaca kad krismas tersebut. Lantas Sung Hyun rasa pelik sebab tarikh nya adalah 2 tahun kehadapan. Maka dia pon membalas kad tersebut lebih kurang berbunyik

'Ahnyong haseyo Eun Joo Shi, salam perkenalan. Kamu sedang bermimpi kah atau ada error typo kah dalam tulisan kamu. Sekarang ini tahun 1997 la. Sila lihat kalender kamu dengan jelas atau perbetolkan kaca mata kamu sekiranya perlu. Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. Yang menulis Sung Hyun 01 Ogos 1997'

Nanti Sung Hyun dengan moskel dan tak pueh ati telah pergi ke umah baru Eun Joo berpandukan alamat yang telah diberikan oleh Eun Joo dalam kad krismas. Bila sampai sana ternyata umah tersebut masih dalam pembinaan...haha.

Maka bermula dari hari itu mereka pon saling menulis surat, membalas surat dan 'berdeting' untuk mencerita sebenarnya di tahun mana mereka berada sekarang dan siapakah yg tidak berpijak dibumi yang nyata lantasan mereka saling jatuh cinta.

Yang menarik cara mereka 'berdeting' dengan cara tidak berhadapan. Ye la cemana mau berdepan sebab mereka hidup di tahun yg lain.

Apa kah yg berlaku seterusnya? Dapatkah mereka berjumpa dan bersemuka? Kenalah saksikan citer ni selanjutnya.

Filem : The Lake House (2006)



Sandra Bullok sebagai dokter. Keanu Reeve sebagai arkitek.

Mek rasa Keanu Reeve ni cam tak kena lak ngn watak ni hehe.

Dari segi emosi dan touching, versi Korea la best...ahakss.

Dari segi umah, mek suka umah The Lake House sebab cantik di buat dari kaca. Hehe.

Sinematograpi yg cantik bagi keduanya.

P/S : Ya sila amek nomo sapa mau pijam Il Mare :B

No comments: