Friday, July 07, 2006

Final ITALY (huhu)




Bagaimanakah perasaan anda jika pasokan pilihan anda ke final Piala Dunia?

Tidak tergambar kegumbiraan ala² Grosso (gambar di slide) tatau apa mau cakap bila menjaringkan gol kemenangan Italy masa bertemu German tempoh hari huhu

Entri terakhir pasal bola sebelum final Piala Dunia 2006 berakhir Senin nanti. Samada ini blog akan bakar mercun dan bunga api atau berkabung kui kui. Lepas ni tawon 2008 plak cakap pasal bola sempena Euro Cup sebab saya layan 2 game bola ni saja.

Peluang Italy menang 50-50. Apa saja boleh berlaku dalam perlawanan bola sepak. Tapi of kos la kan kalu kita sokong sebuah tim tu kita mau tim tu menang walaupun negara tu tak de kena mengena ngn kita. Tak naik gaji pon kalu Italy menang haha. Sesuka jek 4 tawon skali layan bola walaupun tak reti men bola. Bukan selalu. Mau tunggu Malaysia beraksi di Piala Dunia berjanggut la tunggu.

Mula mengenali Italy Piala Dunia 1994. Piala Dunia sebelum tu tak tengok sebab sekolah lagik. Ramai dah sokong Brazil maka saya sokong Roberto Baggio la...ahakss. Berakhir ngn kuciwa sbb Brazil menang Piala Dunia 1994 melalui tendangan penalti. Memang saspen giler tengok. Masa tu kat hostel ITM Kelantan.

Piala Dunia 1998. Italy tetap pilihan nomo 1. Italy kecundang masa suku akhir ditangan France melalui tendangan penalti 4-3.

Perlawanan paling diingati England-Argentina, David Becham dilayangkan kad merah sebab mengkasari Deigo Simeone huhu Tim kedua mek sokong pas Italy ialah Argentina yach sebab masa tu Argentina ada Gabriel Batistuta...ahakss

Piala Dunia 2002. Italy masih lagi pilihan nomo 1 dan sampai Piala Dunia bebila kots. Italy kecundang lagi ditangan Korea masa round of 16...ces ces ces haha. Nama Ahn Jung Hwan akan disebut berulang kali sebagai wira menewaskan Italy menerusi golden goal dia tiap kali Piala Dunia. Musti nye. Ces lagik.

Ini akan berterusan sampai cucu cicit Ahn Jung Hwan tu men bola. 'Ya itu dia cucu Ahn Jung Hwan...tok wan dia dulu dalam tawon 2002 telah membuat seluruh rakyat Italy kuviwaa wa wa dengan jaringan golden gol nye' Pape pon saya tak marah kat Korea sebab itu kira pencapaian terbagus depa di Piala Dunia dan berjaya melakar sejarah sendiri (kalau aku marah pon depa pedulik hapa kan hahahaha)

Perlawanan lain diingati Argentina bertemu England skali lagi. Kali ni Micheal Owen 'dijatuhkan' diri lam kotak penalti. England dapat penalti dan Argentina bungkos balik kampung. Waktu tu negara Argentina sedang mengalami krisis kemiskinan terlampau ke hapa dan sangat menghampakan seluruh rakyat jelata Argentina.

Piala Dunia 2006. Saya suda ada blog sendiri. Bole membebel kat blog pasal bola yayyyy. Italy berjaya pi final plak yayyyyyy.

Ketiadaan penyerang Cristien Vieri (tiada lam gambar) yang tidak dapat beraksi piala dunia kali ni sebab cedera tidak mengganggu langsung permainan Italy.

Ketiadaan pertahanan Nesta (sila lihat gambar di slide) yg juga cedera dalam 2 perlawanan sebelum nya juga tidak dirasai kekurangannya sebab penggantinya Metarazzi (gamba ada di slide) juga bagus. Syabas buat Metarazzi walupun ko aritu dapat kad merah masa lawan Australia. Yang lelain bagus dan menten di posisi memasing hehe

Kesimpulannya Italy tidak bergantung pada pemain tertentu tok men bagus hohohoho.

ITALY vs France. Dedua tim pulang awal masa Piala Dunia 2002. Dan keduanya pas teruja banget mau menang ini Piala Dunia 2006.

Italy dengan semangat mau membalas dendam ke atas France sebab Italy tewas ngn France dengan sepakan penalti di suku akhir 1998. Italy mempunyai rekod buruk tendangan penalti (1994 dan 1998). Sebab iteww saya takot game Italy vs German berakhir ngn penalti huhuhu

Hopefully tarikh 060606 yg dalam 100 tahun hanya sekali memberi tuah buat saya dan Italy. ITALY juara Piala Dunia 2006. Hahahaha. Dah alang² masuk final kasik la terus jadik Juara. Lamo den nunggu nih haa.

Owh satu lagi nostradamus, tahun Anjing ini tawon membawa tuah pada ITALY. Kira bertuah dah la dapat pi final

1934 - ITALY juara
1982 - ITALY juara (juga ada skandal rasuah lam kelab waktu tu dan monang piala dunia)
1994 - ITALY naib juara
2006 - Hohoho ITALY juara
(selain tu Italy juga juara piala dunia tawon 1938)

Fuh fuh fuh *baca mentera se-biru padi hembus keliling padang* :P

Smoga kita dapat bergulekss dengan gumbira minggu depan yach huhu

All the best buat tim Azzurri. Forza Azzurri!!!!

Score brape tak kisah la janji menang haha

P/S : Tahniah kat Frodo bertambah ahili keluarga. Sosonyap jek ko yo

No comments: