Thursday, July 06, 2006

Filem : Got 2 Believe (2002)



Synopsis

There's this bridesmaid (Claudine Barreto) who always get down on her luck in finding the right guy. With the help of a fellow photographer (Rico Yan) whom she knew since she was little, yet she doesn't find him to be romantic enough. Both characters are totally opposite. Feelings start to emerge as he starts helping her out find the right guy.

Starring :
Claudine Baretto, Rico Yan

Mabuhay. Salamat Po. Kwang kwang kita bertagalog plak hehe. Vcd citer ni dihadiahkan oleh Presiden Diddy FC yg katanya garang lagi pushy sempena dengan besday saya yang lepas. Terima kasih skali lagi diucapkan. Taun depan bagi la lagik yach hehe. Jangan lupa approve kan aplikeshen saya tok jadik pembancuh air milo / kopi / teh tarik Diddy FC untuk meeting pertama di Bali nnti huhu.

Terus mengimbau saat² melencong ke Manila bulan Mei lepas masa tengok citer ni.

Komen ringkas : Citer ni tersangat la bestnye dari segi jalan citer dan lakonan. Love story yang touching. Sangat rekemen menonton kalu sapa² yang mau tengok citer Filipina yang best. Lepas tengok citer ni saya berminat mau tengok citer² Filipina seterusnya secara mendalam umpama snokling di lautan dalam *tangan ala Karam Singh Walia* :P

Komen panjang pada yang mau baca.

Citer ni keluaran tahun 2002. Agak lama juga. Masa pertengahan citer saya pause jap mau baca lebih details pasal hero ngn heroin dia kat internet. Nonton kat opis u ols, bos tak de.

Search nama hero dia Rico Yan. Tengok apa lagi citer yang dia blakon sebab bleh tahan taste u ols hehe. Tengok kat IMDB senarai pilem lakonan dia last pilem was citer ni. Pas tu tak de blakon lagi. Uik takkan dah pencen blakon. Sayang la muka encem² tak blakon lagi.

Tak puas ati search lagi. May be IMDB tak apdet list pilem dia ni kot. Search search search dan terus search (wings, lefthandeded tak de yach :P) terjumpa artikel ni
Ropanya ni hero dah meninggal donia u ols pada tawon 2002. Ni kira las pilem dia la ni. Mek tak pasan tarikh mati dia kat IMBD. Tak pesal² IMBD dipersalahkan kununnye tak apdet list pilem hoho.

Baru mau kenal ini hero dah mati plak. Alkisah ini hero sama heroin turut blakon dalam drama Mula Sa Puso kat TV2 tiap 11 pagi kalu tak silap beberapa tawon dulu. Sama taim ngn telenovela Rosalinda rasanya. Aku tak tengok la citer tu sebab keje la kan. Yang tengok sapa tau, amma saya, makcik² dan kaum kerabat kat JB. Kalu tepon umah kol 11 pagi aram tak de orang angkat. Seme pakat konsentret tengok Mula Sa Puso siap leh cakap Tagalog lagik. Memang citer Mula Sa Puso ni glamer pada waktu itu setanding Rosalinda la katanya.

dalam kenangan

Citer ni mengenai heroin bernama Toni (terus tingat kat Luca Toni striker Italy huhu) Toni bekerja sebagai pen-design baju pengantin yang poplar kat Manila. Ramai suh dia design baju pengantin sebab design dia consider gempak gak la. Masalah Toni ialah dalam mencari pasangan idop. Mengikut sejarah famili Toni musti kawin sebelum 25 tahun (at dat time umur Toni 24 tawon) Kalu tak dia takkan kawin sampai mati sebab keturunan famili dia ada terkena sumpahan orang kawin (uiks ini machiem sumpahan pon ada ka)

Maka gelabah la Toni mau carik pakwe. Jatuh cinta ngn sorang jantan ni tapi jantan tu syok kat bes pren Toni plak. Hingga satu hari ada sorang jurugambar ni mau tolong Toni cari pakwe dengan syarat Toni tolong dia dapatkan kontrak amek gambar dengan sebuah majalah popular lagi meletops.

Jurugambar ni Lorenz namanya merupakan member Toni masa kecik dan salu sakat Toni. Dalam masa dia sebok carikan pakwe kat Toni, dia plak ter kuch kuch hota hei sama Toni dalam diam. Asalnya Lorenz seorang yang tak percaya pada cinta dan juga perkahwinan sebab dia tengok perkahwinan mak pak dia hancuss di tongah jalan.

Dipendekkan cito hepi ending depa berkahwin. Tapi kena tengok cemano si Lorenz ni gabra bila Toni announce mau kawin sama pakwe yang Lorenz carikan tok dia.

Lastly part akhir time depa kawin, pengarah dah jerit cut, depa tak cut cut gak hahaha Apakah yang depa buat? Kenalah tonton sendiri...kwang kwang kwang

No comments: