Friday, May 05, 2006

Album : Transkripsi Siti Nurhaliza



Ye tetuan dan pepuan, saya akan bercerita tentang ini album baru Cik Siti kita setelah puas mendengarnya. Mendengarnya dari dalam bilik tido, dari pc opis sambil buat keje dan chatting :P dan kat lam keta pasang kekuat untuk mendapat mood yang berlainan. Ternyata kesedapan alunan suaranya sama di mana jua anda berada hoho.

Kesimpulannya album ni satu penghasilan hasil kerja yang bersungguh, teliti, ikhlas dan gempak dari Siti buat peminat² dan penyokong dia selama ini. Kesemua lagu² enak di dengar.

Kurang lebih 2 tahun Siti tak keluar album baru, maka album ni memang di tunggu² dan musti harus dimiliki oleh semua peminat Siti. Tak payah tanya la berbaloi ke idak. Sure heboh berbaloi nye. Tapi sekiranya anda tergolong dikalangan yang suka muat turun lagu atau ahli fan club Asmah and the geng, makanya tak dapek la den ngn Siti mahupun Pak Tarudin nak nolong eh...hik hik

Yang penting pastikan ori baru beli.

Ada 13 buah lagu semuanya ditambah ngn 3 kali segmen suara Siti selama 1 minit lebih.

1. Siti Situ Sana Sini
2. Biarlah Rahsia
3. Destinasi Cinta
4. Cuba Untuk Mengerti
5. Hidup Penuh Bicara
6. Bila Harus Memilih
7. Pastikan
8. Hati Berbisik
8.1 Siti 1
9. Rupanya Kita Serupa
10. Tanpa Dendam Dihati
11. Intrig Cinta
11.1 Siti 2
12. Impian Nyata
13. Bisakah
13.1 Siti 3

Kebanyakkan lirik bertemakan cinta. Mungkin pengalaman cinta Siti. Pahit manis tawar payau 3 rasa semua ada. Sesuai untuk orang jiwangs huhu.

2 lagu lirik ditulis oleh Siti, Biarlah Rahsia dan Hati Berbisik. Antara petikan lirik tersebut

Biarlah Rahsia
Pernah kah kau bermimpi seketika
Berada ditempat ku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yg tahu

Reply lirik
Aduhai Siti
Daku pernah berangan mimpi berada di tempat mu seketika
Mimpi nak jadik glamer
Tapi pikir balik daku tak de bakat nyanyi
Maka terpaksa la daku melupakan
Hasrat untuk berada di tempat mu waima seketika


Hati Berbisik
Aku ingin semua rasai
Kerna pengakhiran hidup
Ku sendiri
Oh Tuhan
Kau berikan aku segala kekuatan
Meneruskan perjalanan

Reply lirik
Oh Siti
Daku cuba rasai apa yang kau rasain
Tapi rasa kita nggak sama
Kerna dunia kita berbeza
Doa ku sentiasa mengiringi mu
Untuk mu meneruskan perjalanan hidup ini

Kui kui kui mrasa lah nak berbalas² tulis lirik ngn Siti :P

Lagu yang menampilkan kelainan vocal Siti ialah lagu Rupanya Kita Serupa. Sore dia cam ne tau...imajin ek kita kat karaoke...nyanyi lagu nada tinggi part chorus...pas tu ala² tak sampai nada tinggi terus tukar sore nada rendah jadik halus ala² soprano gitu. Hahaha. Gitu la bunyiknya. Aku nyanyi lagu Ziana Zen banyak terjadik cam tu muahahahaha. Melodi dia cam lagu Olala Tropika Francisca Peter. Siiti menggunakan vocal bernada rendah nyanyi lagu ni. Sangat lari dari kebiasaan Siti.

Kata Siti

'TRANSKRIPSI adalah himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini. Ia ditutur lalu ditulis dan dilagukan mengikuti emosi dan ekspresi. Ia dicantumkan dari keindahan lagu dan penceritaan lirik yang nada-nadanya tercipta daripada luahan serta terjemahan hati.

Segala ekspresi yang terlahir ini adalah satu perkongsian rasa kita semua. Sipu yang manis, rajuk yang mengguris atau amarah yang menghiris. Atau rasa bahgia yang bertandang, duka yang panjang, kecewa yang mengundang jua rindu waktu baying menghilang. Ia juga menjadi sakit yang tak nampak deritanya atau bangga yang tak diungkap sedalamnya. Perasaan menjadi pancaindera, peka pada segala, mampu merasa pada sesuatu yang tak terzahir di mata'

Lagu pilihan aku Tanpa Dendam Dihati

Lautan yang berapi
Daratan yang berduri
Bagiku bukan musibah
Malahan hikmah berharga

Katalah apa saja
Yang jelik penuh dusta
Kau bebas warnai diriku
Diminda yang kelabu

Siapa diri ini
Tuhan yang memahami
Amarah dan kecewa
Hanyalah bara membakar jiwa

Sungguh pun ku terkilan
Terguris perasaan
Ku pilih berdiam diri
Tanpa dendam dihati

Senilagu : Erwin Gutawa
Senikata : Habsah Hassan

Pasang je cd akan dengar lagu no.10 dulu. Aku suka ada alat muzik biola digunakan lam lagu ni *ni bukan biola pakcik...piyano* :P Mengundang mode syahdu gitew huhu. Tatau la mek dengar lagu ni banyak kali mek sebak u ols. Ada kala kita asyik mengutuk dan seronok mengata orang seolah² kita sangat sempurna tak de buat kesilapan langsung. Kita terlupa dalam hidup ni ada sistem pembalasan. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Ingat tu u ols.

Moral transkripsi : Semua lagu best sampai aku tak reti nak tarok ranking sebab aku suka hampir keseluruhan lagu. Berbaloi beli malahan lebih dari itu. Huhu.

Lokasi : Sutau petang di hadapan gerai cetak rompak di pasaraya Extra JB

Lanun : Kak, cd kak cd
Aku :
(Senyum)
Lanun : Ni kak cd baru Siti
Aku : Dah beli dah. Ori lagi. Siti nye pasal musti beli ori
Lanun :
(Tersipu² malu)
Aku : *cam nak hempuk pala budak tu ngn cd lanun siti yang dia pegang sampai terbolos masuk lam tanah ala² adegan lam Isi Neraka* hahah

Tak di nafikan 'Tak de pembeli maka tak de cetak rompak'

Kalau sayang artis anda beli la yg ori supaya dia boleh terus berkarya lagi. Cian dia berhempas pulas buat yang terbaik tok peminat² dia dan anda mengkayakan lanun yg tak de menyanyi langsung dan tak de susah² perah otak tulis lirik untuk anda semua.

Kalu nak beli gak cetak rompak...beli la cd artis luar...ahak ahak

All the best buat Siti. Sapa jua pilihan hati Siti, pilihan mek jua...hoho Smoga Siti berbahagia.

P/ S: Next mek menanti album baru Nuar Zeng plak.

No comments: