Thursday, February 16, 2006

Filem : The Descent (2005)




Sinopsis

After a tragic accident, 6 friends reunite for a caving expedition. Their adventure soon goes horribly wrong when a collapse traps them deep underground and they find themselves pursued by bloodthirsty creatures. As their friendships deteriorate, they find themselves in a desperate struggle to survive the creatures and each other.

Peringatan : Mungkin ada spoiler tapi aku rasa kalu anda baca spoiler pun mungkin akan membuatkan anda lagi teruja mau tengok ini crita la la ni jugak. Aku kasik bintang hati sama ini crita sebab citer dia best boleh kasik melethop ko nye hati, jantung dan peparu. Gerenti terkuo dialog spontan seperti 'Oh mak kau' 'Oh opocot' selain jeritan halus kaum Hawa peh tu diikuti gelakan kaum Adam. Cessss. Tatau la mamat sebelah aku gelakkan aku ke tak. Hahaha

Ok marey kita layanzzzz *mari bachok*:P

Sebelum tengok citer ni, aku no idea langsung citer ni pasal apo. Member ajak tengok.

'Citer pasal apa ni?' aku tanya
'Citer org sesat lam gua pas tu jupe antu. Aku dengar kat Era. Cam best. Jum tengok' member jawab
'Boleh gak. Kita tengok ari Rabu la. Teket RM6'

Sebenarnya aku lebih nak tengok citer 9 Naga tapi kat Summit citer tu tak de so layan The Descent dulu. Translation 'The Descent' kat skrin panggung 'Keturunan'. Secara kasar ko akan ingat musti salah sorang watak dalam citer ada keturunan antu gua. Jenuh aku teka lam ati mana satu yg ada 'keturunan' antu gua. Hahaha. Ampesss. Asal boleh je pilih imbuhan bahasa 'turun'. Imbuhan yg betol ialah 'menurun' atau 'penurunan' pon bole diterima. Maksud lain turun ke bawah gua la.

Citer ni mengenai 6 perempuan bersahabat baik (Juno, Sarah, Beth, Rebecca, Holy, Sam). Depa ni suka akan aktiviti outdoor yang lasak, mencabar serta bahaya. Biasala kan omputeh lagi bahaya lagi dia suka. Salah seorang mereka, Sarah, kematian suami dan anak selepas depa balik dari aktiviti water rafting. (moskel dari mana datang 5-6 batang besi masa keta Sarah eksiden sebab dia eksiden ngn keta bukan ngn lori bawak batang besi...misteri nih) Untuk pemahaman lanjut saksikan citer ni yach.

Setahun lepas kemalangan menimpa Sarah, Juno selaku cip ajak pi ke sebuah gua utk bagi Sarah melupakan sebentar insiden kemalangan tu. Gua ni konon cam gua pelancongan la. Dah ada orang penah pi sebelum ni. Mereka pon ada la baca buku info pasal gua yang bakal depa terjah (abg rambut ketak tak ikut yach :P) Ropanya si Juno ni suda kencing member dia. Sebenarnya gua tu tah gua hapa tah tak diketahui identiti terletak jauh di pendalaman. Juno ada ada misi tersendiri alkisahnya. Dia mau mereka berenam jadik orang pertama yang discover iteww gua. Mana la tau kot² dapat pingat Datuk nanti. Kui kui kui.



Ok dah masuk dalam gua. Seme takjub tengok gua. Mereka pon start menyusuri gua tersebut dan carik jalan keluar yang satu lagi. Best tengok adventure yeww sebab aku pun penah masuk gua. Gua Telinga kat Taman Negara kalu tak silap. Gelap dan ngeri. Ngeri takut terpegang haiwan berdarah sejuk ala² prop lagu Gaia yg sedang beradu kat celah² batu. Huhu. Peh tu takut tergelincir. Batu licin. Lorong sempit. Kena merangkak, kona baring seme. Takot tetiba da benda merayap masuk dalam baju ke. Whoaa. Takot. Yang ada perut lebih terkedepan kena tarik napas kuat sket. Takut tak lepas ruang. Pengalaman yg tak dapat dilupakan.

Masa berada pertengahan gua ada batu runtuh so menutup jalan dari arah yg depa masuk tadi. Walau apa terjadik depa kena carik jalan kluar kat depan jugak. Tak boleh patah balik. Kemdian bertekak jap la antara Juno dan kengkawan lain yang mana kengkawan baru dapat tahu gua tu gua yg lain dari buku yang depa baca (sbb Juno dah klentongkan kawan dia kan) So mereka teruskan jugak perjalanan masuk ke dalam gua dengan perasaan cuak. Makin lama semakin dalam tapi belom sedalam Pantai Dalam :P. Dan muncul la 'penghuni tetap' gua yg dah lama menetap di sitewww. Wajah dia tak berapa menakotkan sebab aku sempat terbeliak kan mata nak tengok hehe. Rupa dia ala² Smegol Lord of the Ring. Depa ni spesis keturunan batman. Rangka tubuh bentuk manusia. Hidup di dalam gelap dan makan orang. Oh ya perkataan 'keturunan' boleh diaplikasi di sini. Mungkin ini maksud 'keturunan' terjemahan tajuk pilem. Ontah. Den pon tak pasti.

Pilem ni banyak mengusik emosi penonton (terutama yg mcm aku heheh) dan elemen saspen dia veri derr cemerlang. Rasa kesian pon ada. Berjaya ke derang ni jumpa jalan keluar? Sedih pun ada bila tengok rakan mati kena lahap dengan kaum kerabat Smegol. Geram pon ada. Lam ati kata 'tu la nape ko gatal pi gua tu...mandai² jek terjah tempat org tanpa usul peksa...bla bla bla...kan kawan ko yg tak bersalah dah mati...' Moral of the stori, len kali nak pi memana kena bitau ahli keluarga ke, jiran tetangga ke, adek badek, member blog ke, member yahoo mesenjer ke ya. Jangan memandai wat stunt sendiri sorang². Dari 6 orang, 5 yg mati dengan tragis. Siapakah yang idop? Saksikan lah sendiri.

Selesai tengok citer ni aku cuma nak tau, gua yg depa dok sunting tu gua sebenar atau samaran. Sebab adegan mereka merangkak dengan kepayahan dlm kawasan yg sempit susah nak sunting tu. Dan ternyata gua samaran yg direka heheh. Baca interbiu ngn pengarah, para pelakon yg 6 org tu tak tahu tentang wajah / karekter Smegol tu. Dirahsiakan. Masa nak shooting kat lokasi baru tau. Apa lagi depa menjerit lari lintang pukang roboh set gua hahaha. Siot je pengarah.

Uikss terpanjang lebar laks citer hehe. Sebab aku suka citer ni. Patutnya masa berdepan ngn Smegol tu depa kena cakap cam ni la 'Ampunkan kami penunggu gua...ampun kami penunggu gua...' baru tak kena makan kot...muahahahaha Citer ni tak de pelakon lelaki. Mungkin ada maksud tersirat nak disampaikan oleh pengarah kaitan gua dan perempuan kots...err wat la andaian sendiri hohohoho Sapa minat saspen, minat adventure naik turun gunung masuk kuo utan pi la tengok citer ni. Best dan besh.


P/S : Memoirs of Geisha pon ada citer gua. Kisah gua dan belut. Kwang kwang kwang :B

No comments: