Wednesday, February 22, 2006

Album : Hantaran Hati BOB


hantaran hati bob pada waiem hohoho

Ok dah dengar abis keseluruhan lagu. Huhu niari beli cd, niari gak ulas. Sib bek boss tak de kat opis dapat ler konsentret dengar dengan penuh feeling. Hahaha. Sekcited yewww. Ulasan yang tak professional ni of kos mengandungi unsur² bias yang tak keterlaluan selari dengan vokal mantap Bob huhu. Umum sedia maklum Bob mempunyai suara yang lemak berkrim disukai ramai, cukup perasa dan kadang kala terlebih ajinomoto sebab bentuk fizikal Bob yg comel itewww hehe. Tak pe aku dah jupe satu ubat slim leh kurangkan napsu makan mau rekemen kat Bob. Tapi nanti takot kalu Bob kurus sore tak sedap lak ek :P

Akhirnya dapat jugak memiliki album artis peberet AF2 aku ni. Asal jupe Bob tak de soklan lain nak tanya 'bila album nak keluar?' (1000x). Aku rasa Bob pon dah boring nak jawab soklan cam ni. Hehe.

However malangnya album ni masih tak menepati syarat layak masuk AIM. Aku rasa Mestro sekadar tangkap muat je keluarkan album. Ikut giliran bintang mana yg patut buat album disebabkan permintaan orang ramai. Sayang seribu kali sayang lelagu dalam ni kalu dengar bukan jenis tangkap muat punya. Ada 8 lagu saja dan jumlah masa 36 minit. Aku rasa tahun ni ramai yang baru tahu syarat album layak calon dalam AIM sebab album Mawi Yang Tercinta terkandas masuk calon AIM. (Info : Syarat album layak masuk calon AIM ialah 10 lagu dan lebih 40 minit yach). Member ni rekemen next time suh Bob mengaji 4 min tok cukupkan 40 min dalam album hehehe Bob pun bekas qari pe.

Lagu-lagu yang terdapat dalam album Hantaran Hati ialah...Oh sebelum tu komen kulit album. Pada aku ok je. Actually aku tak kisah sangat rupa kulit album kalu beli sesuatu album. Yang penting isi dalam sebab kebiasaan nya bekas cd dan kulit cd akan ku simpan terus kat rak cd yang akan mengumpul sawang. CD amek letak dalam...ala tempat cd yg mcm album tu la yg senang nak bawak kat mana².

Judul album Hantaran Hati. Memula dengar mcm klakar pon ada. Terasa cam judul album orang dulu² hahah. 'Hantaran'??....wakakaka. Seken thot 'Hantaran' ni kalu kita pikir ada sinonim dengan orang Melayu (hantaran kawin, hantaran tunang). Dan Bob ada nyanyi lagu Melayu asli bersama Allahyarhamah Rosiah Chik. Mungkin 'Hantaran' dan lagu asli iteww ada sket kena mengena. Ya betol Hantaran Cinta adalah judul lagu Melayu asli tersebut.




Lagu-lagu yang terkandung dalam album Hantaran Hati.
1. Hantaran Hati (feat Allahyarhamah Rosiah Chik)
2. Kasih Ku Maria
3. Mana Bumi
4. Mesranya (feat Cat Ruffedge)
5. Pengalaman Cinta
6. Rindu Bersakti
7. Medley Salam Terakhir dan Laguku Untukmu
8. Cinta Sorang Teman

Aku tulis ikut lagu yang paling aku suka hehe

1. Mana Bumi
Lagu : Farihin Abdul Fatah
Lirik : Farihin Abdul Fatah

Tak sangka Farihin ada buat lagu utk Bob. Imbas balik komen sewaktu Farihin jadi juri pada konsert akhir AF 2. Alamak lupa la. Aisemen cemana leh lupa ni huhu. Pape pon lagu ni best. Berentak perlahan yg bukan ala nasyid. Cemana nak ekplain ek? *gosok² mate* Sapa suka ciptaan Farihin sebelum ni, mesti suka lagu ni. Muzik dia best dan Bob nyanyi dengan begitu penuh penghayatan sekali. Aku dah ulang dengar dekat 10 kali kot hahaha Chorus dia best. Mintak² lagu ni sokmo diputar kat radio. Belom dapat tangkap lagi lagu ni pasal apa. Mesti ada maksud di sebalik bait² lirik yang disampaikan.

Lirik chorus dia

Sini hina sana hiba
Apakah sudah tiada bumi
Aku hina aku hiba
Apakah dia suratan ini
Deringan nya terdengar merata-rata
Sering saja ku terima, oh padahnya

2. Pengalaman Cinta
Lagu : Hazami
Lirik : Hazami

Berentak Balada. Lagu ni betol menguji vokal Bob. Very der tinggi. Muzik tak kuat dengar. Vokal yang mantapss semata². Mungkin Hazami lebih beri tumpuan pada vokal. Sekali imbas dengar cam melodi dia cam lagu Cahaya Kris Dayanti. Masa berbuka pose taun lepas Bob ada nyanyi lagu ni. Tapi tak lepas sampai abis sbb chorus dia tinggi sangat. Kena bijak ekjas vokal. Bole blaja ngn Hazami. Kalu dengar nyanyi live ni bisa meremangkan segala bulus yg ado :P Bob nyanyi dengan menggunakan sepenuh tenaga yg ada. Hopefully dengan populariti kemenangan Hazami masa AJL aritu turut boleh mempopularkan gak lagu ni sipi-sipi sebab ciptaan Hazami sememangnya ada umphhh.

Lirik chorus yag tinggi
Cinta datang pergi tak diundang
Hilang tiada ketenangan suram
Pendam dan tak mahu ku berdendam
Kenangan cinta kan hanya menjadi pengalaman


3. Rindu Bersakti
Lagu : Ajai
Lirik : Loloq

Irama dia cam ala² Latin sket. Prasan cam Aduh Saleha versi 'lembut' hahaha. Tapi sedap dengar. Aku rasa antara ciptaan Ajai yang baik.

Lirik Loloq
Cintamu bukan ada disana sini
Cintamu bukan ada disimpang siur
Cintamu bukan ada dihujung oh yang jauh
Cintamu bukan ada disana sini
Cintamu bukan ada diseberang situ
Cintamu bukan ada dipulau hanyut dilaut
Tanyalah hati
Hatimu yang tahu
Dimana cinta bersembunyi

4. Medley Salam Terakhir & Laguku Untukmu

Antara lagu yang Bob dapat masa dalam akademi dan ternyata pilihan yg tepat dia buat medley ni. Arrangement muzik baru ala orkestra dan Bob nyanyi dengan penuh perasaan. Again tumpuan kat vokal Bob. Kalu nyanyi balik versi penuh pon tak pe lagik best. Huhu.

5. Hantaran Cinta (berduet dengan Allahyarhamah Rosiah Chik)
Lagu : Nik Nizam (Mestro Publishing Sdn Bhd)
Lirik : Rosminah Tahir (Mestro Publishing Sdn Bhd)

Lagu baru berirama Melayu asli. Kenangan sungguh lagu ni. Belum sempat release. Aku rasa Bob akan sedih kalu nyanyi lagu ni. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Rosiah Chik yang telah meninggal dunia pada 20 Januari 2006.

6. Mesranya (feat Cat Ruffedge)
Lagu : Cat
Lirik : Cat

Haha mesreeeeeeeeeeee. Bukan hip hop ala Milikku Zahid yach. Mcm berentak RnB pon ado. Masuk korus ada mcm Bila Resah Anuar Zen lak. Cat enterprem part rapping. Sedap gak lagu ni.

Bagaikan mentari menyinari hari
Begitukan ku sirami cinta kita
Oh mesranya berdua bersama
Umpama pungguk rindu kan bulan
Kau la yang ku impikan
Oh mesranya berdua bersama

7. Kasihku Maria
Lagu : Ajai
Lirik : Loloq

Huk ala lagu 'Maria' lagi. Brape banyak dah judul lagu Maria. Bertuah la Maria kat luar sana heheh. Berentak Balada. Aku rasa kisah cinta 2 benua kot.

Lirik Loloq skali lagi

Demi cinta aku terpanggil berkorban
Kerana terlalu sayang
Kepadamu oh Maria
Demi cintaku yang teramat dalamnya
Ku mohon lelaki hadir dihatimu kasih
Oh Maria
Sedangkan aku sudah merelakan engkau pulang
Kepangkuan adab resam kepercayaanmu
Biarpun diri sedar dan insaf tak harus ku sedih
Apatah lagi sengaja menangis

8. Cinta Seorang Teman
Lagu : Adnan Abu Hasan
Lirik : Faris

Tanya Bob lagu ni rakam baru atau lama? Rakaman lama, bukan baru. Nostalgia lagu ni, Kudsia Kahar mengalirkan air mata masa konsert final AF2 huhuhuhu

So, kalu anda mahukan album yang penyanyi yang mempunyai vokal yang power dan mantap di samping muzik yang segar dan sedap didengar, sila dapatkan album ni. Pasti puas hati. Aku cakap lebih pun tak guna sebab fanatik musti seme nye best hahaha.

Betol la best. Tarak tipu munyer. Tengok la sapa komposer yang buat lagu. Harga CD cam besa la RM21. Sapa yg ada kesukaran nak dapatkan album ni boleh mintak tolong aku belikan dan poskan. Huhu Bob nye pasal, no problem. Dengar dulu baru komen, kritik, kutuk or whatsoever la. Don wori Bob tak mengecewakan anda dengan vokal dia. Sebab tu aku minat dia walaupun tak ensem:) As a newcomer dan album pertama, aku rasa hasil dia memuaskan.

All the best buat Bob. Ada rezeki menang le Artis Baru ABP walaupun dapat agak sapa menang hohoho.

No comments: