Baru lepas nonton citer ni tadik. Dalam banyak² citer kat panggung aku tertarik nak tengok citer ni sebab aku rasa ni citer 'aku' dan aku sapot filem kita tapi tengok pengarah jugak la. Citer ni memang dalam senarai filem Mesia yg aku nak tengok. Tapi terlambat sket sebab Akademi Fantasia(AF) nyer pasal haha. Dan salah satu sebab sambutan dingin citer ni mungkin kerana AF. Orang tak kuo malam nak tengok diari. Malam minggu plak nak tengok konsert. So kpd para penerbit filem, dinasihatkan waktu tayangan filem jangan dibuat dalam musim AF. Cuba elakkan. Sebab musim AF ni ramai demam dan ada yg 'lupa dirik'. Tak ingat benda lain dah. Haha. Ni pun aku berkesempatan tengok sebab tadi hap dei pi Midveli beli teket konsert 8 AF. Tolong belikan sejumlah teket utk Mawi FC Kulai yang nak datang tengok konsert minggu ni. Terima kasih yg tak terhingga kat saudara F (bukan nama sebenar) yang bekerjasama dalam proses pembelian teket dlm jumlah yg banyak. Terima kasih jugak di ucapkan pd Kak Aidid Prapp yang turut sama membantu membeli teket tadik. Saudara F geleng pala tengok kami penyokong Mawi yang fanatik over ini beriya membeli teket. Hahaha. World. So minggu ni akan kedengaran sorakan padu World 3 x penyokong Mawi dari level atas hingga bawah yach.
Kemudian pas jek sesi pembelian teket selesai, aku dapat satu sms dari makcik aku kat JB. Dia kata dia nak pi umrah esok. Aik angin tak de, hujan tak de tetau dah nak pi umrah. Dia tanya aku nak pesan pe? Cam besa la kirim doa, suvenior² ni aku tak nak. Tak yah belikan. Souvenior yg org bagi dah berlambak kat umah. Kalau nak pon aku nak kurma nabi ngn air zam zam.
'Doakan la orang apa² yg patut…..(lom abiskan ayat makcik aku dah potong)
'Doakan Mawi menang?'
Wahahaha fanatik la tuuu…makcik aku ni.
'Aaa tolong doakan Mawi sekali ek' (kebetolan makcik aku pun fanatik Mawi)
'Ok Insya Allah' makcik aku cakap.
'Selamat pergi dan kembali'
Mawi oh Mawi sampai ke Mekah nama mu di sebut. Semoga diperkenankan. Amin.
Ok berbalik pada citer Qaisy dan Laila ni. Qaisy ni sebutan dia Kaish.
Sinopsis
Kisah mengenai cinta dan pengorbanan gadis Malaysia, Laila yang menyertai Malaysian Relief Team dan jatuh cinta dengan pemuda Afghanistan, Qaisy.
Siti Nurlaila (Norfazura) yang mengikut pertubuhan sukarela, Mercy ke Afghanistan. Laila mengambil keputusan ke sana sebagai pelarian daripada masalah keluarga kerana dia merasakan bapanya mendera dirinya selepas kematian ibu. Laila ingin mencari kedamaian.
Di sana Laila berjumpa dengan Qaisy (Jehan Miskin) seorang warga Afghanistan yang menjadi jurubahasa kepada sukarelawan Malaysia. Qaisy pernah belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia namun tidak menamatkan pengajian kerana kematian keluarga dalam perang di negaranya.
Para pelakon : Nurfazura, Jehan Miskin, Umie Aida, Radhi Khalid, Elly Harian Metro, Rahimah Rahim, Ridzuan Hashim, Fahrin.
Apa nak komen pasal citer ni ek? Blank jap otak. Dah lama tak tgk filem sbb AF huhu. Aku tengok sebab pengarah dia dan Habsah Hasan. Aku suka banget sama citer Hati Bukan Kristal. Kalu harapkan hero dan heroin memang aku tak tengok sebab tak menat keduanya. However Fazura cantek dan award Bintang Harapan 2004 tak de la buat perhiasan sampai bersawang kat umah. Cuma kena jaga la nama baik sendiri kalu nak pergi jauh lagi dalam bidang ini. Kalu ko sendiri tak jaga nama sendiri...sapa yg nak jagakan...kan? Kita peminat boleh buat pilihan. Kalu Fazura tak bes, kita tengok citer Fasha, kalu Fasha tak bes gak, kita boleh tengok citer Felix...don play play. Hahaha fanatik la iteww. Tapi saudara F (bukan nama sebenar) kat atas tu tak de dlm ini gambar yach walaupun namanya start urup F :P
Citer cinta cam ni tak ramai yg gemar sebab kurang 'mengkhayalkan' dan kena menjanakan otak sket. Kesemua adegan berpijak di bumi yg nyata. Banyak pengajaran yg boleh di perolehi dalam citer ni terutama tentang penderitaan rakyat Agfanistan meneruskan hidup mereka. Kita kat Mesia ni amat bertuah. Serba serbi cukup.
Gandingan Fazura ngn Jehan ni cam kureng kimia la. Dan aku rasa mereka ni terlalu 'muda' utk pegang watak utama dalam citer berat cam ni. Tapi kalu tak diberi peluang bila lagi kan. Laila dah tahu nak pi Afganistan patutnya belajar sket la bahse Afganistan. Ni cakap ngn bebudak sana cakap Inggeris yg fluent yg aku kira bebudak tu haram tak faham.
Radhi Kalid menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam FFM bebaru ni menerusi filem ni. Muzik latar belakang citer ni bes. Lagu tema yg Zahid nyanyi tu pon bes. Keseluruhan aku puas hati tengok citer ni. Lain dari citer² Melayu sebelum ni. Sekalung tahniah buat warga kerja filem Qaisy dan Laila.
Tagline citer : Tawakal dan redha
Ulasan lain boleh baca sini :
Penerbit Qaisy dan Laila salah pilih pelakon
Filem buatan Malaysia sentuh isu antarabangsa
Qaisy dan Laila
No comments:
Post a Comment