Hmm tatau cemana nak start ni. *pusing² pen sambil menung sat* Esok AF3 start. Entry kali ni pun ada kene mengena dengan Akademi Fantasia gak. AF musim 2. Sedey pun ada. Terkejut pun ada. Ni nak citer pasal sorang 'peminat' aku. *cewahhh saya ada peminat ker bang??* Nama dia adek Mohd N (bukan nama sebenar) Minat banget sama Farah Breep Breep. Ekceli dia adalah salah sorg pengunjung fotopage aku. Dia yang mula tegur aku kat Yahoo Messenger. Kami pun berkenalan dan bersembang² laa. Topik citer course la pasal AF. Gedebak gedebuk sembang bertukar² contact number sebab senang, dia suruh aku inform dia kalu ada pape aktiviti melibatkan AF2 terutama yg ada Farah. So we keep in touch. Asal ada event budak AF2, dia tau aku musti pegi, dia akan private msg aku 'kak gambo dah apdet lom?' ;) Nak tengok gambo Farah la tu. Sikit² tanya pasal Farah. Farah cam ne kat luar dan bla bla bla. Sempat gurau ngn dia 'ok la akak doakan awak temu jodoh ngn Farah ek' Hahaha gelak beso dia.
Nak citer dia punya fanatik ni. Dia ada dapat offer keje ngn Astro. Which department aku tak ingat. Tapi dia major in IT. Dia tolak offer keje tu sebab tarikh dia kena bertugas clash ngn konsert final AF2. Nanti tak dapat nak tengok Farah perform. 'Lerrr bertuah nyer budak. Kalu tak leh akak dapat tiket pree utk AF3 nanti' aku cakap kat dia hehe. Dia kena wat coverage pasal sukan Olimpik kalau tak silap. Date serentak ngn konsert final. Dia citer la. Tu la penangan AF nak royak maghi.
Nak citer dia punya fanatik ni. Dia ada dapat offer keje ngn Astro. Which department aku tak ingat. Tapi dia major in IT. Dia tolak offer keje tu sebab tarikh dia kena bertugas clash ngn konsert final AF2. Nanti tak dapat nak tengok Farah perform. 'Lerrr bertuah nyer budak. Kalu tak leh akak dapat tiket pree utk AF3 nanti' aku cakap kat dia hehe. Dia kena wat coverage pasal sukan Olimpik kalau tak silap. Date serentak ngn konsert final. Dia citer la. Tu la penangan AF nak royak maghi.
Gambar hiasan
Kemdian seterusnya kami bertemu wat pertama kali. Jumpa kat open haus umah Fitri AF2. Kawan dia kawan Fitri. Dia sapa aku dulu. Terkejut gak orang yg tidak dikenali tegur kita. Siap tahu nama. *Aik dia tahu nama kita * Dia pun introduce diri dia Mohd N, id YM *******. Oooo…demo ropanya. Aaaa baru ingat dia kenal muka aku sebab aku penah tunjuk gambo aku posing peluk sama Farah. Dia kata kalau dia dapat berposing cam tu ngan Farah kan bes. Ewah..hepp ngn Farah tak bleh ngn Bob bleh aku kata..hehe. Ok la dah kenal muka dia. Bila dapat tahu Farah nak dtg umah Fitri kemain seronok dia. Tapi unfortunately Farah tak dapat datang sebab ada pe tah kat Tower Record KLCC.
Peh tu agak lama kita senyap je. Mungkin dia bizi, aku pun bizi dengan keje memasing. Peh tu pas raya ke sebelum, tak ingat dah tetiba dia sms lebih kurang bunyik cam ni 'kak...kalau ada pape aktiviti jangan lupa kat saya...saya aktif lagi tau hehe' Aku pun reply la 'ok ok hehe'
Terbaru aku ajak dia join boling ngn Sahri Fan Club pada 15/05/05. Kira pertama kali nak berhubung ngn dia tahun 2005 ni. Lebih kurang 5 bulan la tak contact dia. Last YM pon tatau bila. Dah tak de lam archive. Masa tu aku tengah diskas sama ajak SFC, susun nama pemain² utk boling esok. Ada lagik kekosongan. Tekan² enpon pikir sapa lagi nak ajak ni. Come across nama dia aku pun sms dia 'Askm N...esok free tak? Nak ajak main boling kat mines kol 3 ptg anjuran Sahri Fan Club & Misi Suara Hati’ Dalam 30 minit cam tu aku terima reply 'Kak ni adek N...nak inform akak N dah tak de...dia dah meninggal 28 Mac aritu...askm kak’ Owhhh...pause jap aku. Terkedu. Lama gak aku tenung enpon kat tangan. Eh betol ker ni? Boleh caya ker? Dah la waktu tu dah tengah malam. Nak drive balik sensorg dr Intekma Shah Alam ke USJ. Ke ada org nak memain menakotkan aku ni? Aku tak reply sms tu. Ntah la...aku tak berani nak tanya lanjut masa tu. Rasa bersalah pun ada sebab ajak men boling. Arwah meninggal bulan 3. Bulan 5 lak aku tergedik² sms ajak men boling. Menambah sedih kat famili dia. Minta maaf aku tak tahu. Tapi nombor arwah depa masih simpan. Mungkin utk inform kenalan jauh arwah mcm aku ni kot.
Dua hari lepas aku kuatkan semangat sms adek dia balik ucap takziah dan tanya sebab kematian. Arwah Mohd N ada complication diabetic. Ooo. Kepada keluarga arwah aku nak ucapkan takziah lagi sekali. Semoga tabah menghadapi dugaan. Semoga Allah mencucuri roh arwah dan ditempatkan bersama orang² yang soleh. Al-Fatihah.
Kenangan AF2 yg menyayat hati aku. Perkenalan singkat aku dengan arwah. Juga pertama kali terima berita kematian semacam ni. Mmmm *kesat mata masuk abok ngn tisu *
No comments:
Post a Comment