Wednesday, May 04, 2005

Filem : ...ing (2003)



Image hosted by Photobucket.com

Citer ni tewas ngn Sepet di
International Women’s Film Festival di Creteil France bulan Mac lalu. Tahniah lagi skali wat Sepet. Bercakap pasal Sepet ada sorang kawan saya itewww telah dapat carik lelagu cina yang terdapat dalam citer Sepet. Dia dapat dari tokeh cina kedai gambo kat Low Yat. Cayalah sama iteww kawan. Memang tajam sungguh tinger dia…leh bikin pisau potong daging daaa :P * kenyit² kat Kak Aidid * Lagu² dari penyanyi Hongkong Sam Hui. Klik sini utk nengok muka Sam Hui. Sam Hui ni penah datang wat konsert kat Genting pada tahun ni kalo tak silap. 


Image hosted by Photobucket.com

'...ing' tiada maksud dalam bahse Korea, menurut sorang warga Korea. Masa belajo dolu English 'ing' merujuk kpd perbuatan yang belom berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Marey belajo
English semula hehehe. (Tima kasey Kak Leen di atas laman web tersebut) *gelak getik* Mungkin ini yang cuba disampaikan oleh pengarah dengan meletakkan judul '...ing'. Refer pada tagline filem ni 'the most beautiful day in my life'.

Mempunyai tema citer yang serupa ngn Sepet iaitu chentar yang tak kesampaian. Tapi aku rasa Sepet best lagik. Kisah mengenai sorang pelajar sekolah perempuan bernama Min-na yang sering kesepian kerana berpenyakit. *minna minna minnaaa (lagu doremon)*:P Dia lebih suka bersendiri dari bergaul dengan rakan² lain. Mungkin kerana penyakit dia iteww maka dia merasa rendah diri. Bila boring memalam dia akan merokok sambil dengar lagu di tepi jendela. Selalu keluar masuk hospital sampai misi kat spital dah jadi kawan dia. Tangan sebelah kiri dia cacat yang boleh membawa maut. Dalam kelas pun dia banyak berdiam. Aku tau perasaan ni mcm mana sebab aku pernah mengalami nya sewaktu di sekolah dedulu. Bila kita sedar akan kekurangan diri, self esteem akan turut berkurang ...*uhuk*

Image hosted by Photobucket.com
mak Min-na yang mcm kawan

Min-na tinggal bersama omuni (mak) dia. Aboji (bapak) dia sudah meninggal. Mak dia sentiasa beri semangat kat Min-na supaya enjoy life, having fun, carik boipren dan jangan fikir yang bebukan. Walhal dalam ati mak dia kesedihan yg terlampau sebab dia tahu dia bakal kehilangan anak tersayang. Anak dah le sorg tu aja. Kemudian satu hari sorg lelaki bujang yang ensem, sorg fotograper pindah kat apartmen Min-na, dok level bawah umah Min-na. Lalu mereka berkawan baik. Dah lama sket kawan Min-na pon ada rasa kuch kuch hota hai sama iteww lelaki. Baru dia nak berchentar, mengenali erti bahagia, Min-na terpaksa pergi tak kembali (cam lagu Rabbani) *srotttt lap ingus kat tisu premier*

Image hosted by Photobucket.com

Lakonan hero wajah kesayangan hamba Kim Rae Won bersama pelakon citer A Tale of Two Sisters iaitu Lim Su Jeong. Dalam citer Two Sisters dia ni jadik kakak yg tua atau singkatannya kakak tua hehehe. (Tak tgk laie citer Two Sisters ni…almaklum citer antu :P ) Jalan citer yang simple tapi diolah dengan baik beserta idea yang lucu serta touching.

No comments: