Showing posts with label Gong Hyo Jin. Show all posts
Showing posts with label Gong Hyo Jin. Show all posts

Friday, June 01, 2007

KDrama : Thank You (2007)



Synopsis

Min Ki Seo and Lee Young Shim will be a couple who hated the sight of each other at first but later developed affections along the way during their daily fights and disagreements. Min Ki Seo was orginally a doctor who always looked down on people and is very naughty as well until he met Lee Young Shim and her child who has AIDS. Lee Young Shim is a very cheerful and positive person despite the difficult life she has to face. Through her, Min Ki Seo slowly becomes a warm, gentle person because of love.

 
Cast : Jang Hyuk ,
Gong Hyo Jin , Shin Sung Rok , Seo Shin Ae , Shin Goo

Total episode : 16

Credit : MBC ,
DramaWiki , Soompi_Thank You , WITHS2


Citer ni best ye u all. Makanya saya rekemen nonton-in!!!

Casting superb, skrip bagus, jalan citer ada pengisian dan yang paling utama ialah come back dari hero lepas tamat military servis hehe

Tema citer ni mengenai AIDS. Tengok citer ni tingat iklan 'Aiman Tak Kisah'

"Aiman ada kawan... Nama dia Arif... Umur lima tahun macam Aiman jugak... tapi diakecik jer.. Aiman tak kisah... Kalau main-main, Arif cepat letih... dia jalan lambat-lambat... Aiman selalu pimpin tangan Arif... Aiman tak kisah..."Arif sakit... dia HIV pos... (dia membetulkan sebutan) HIV Positif... Bila dia tak sihat, Aiman teman Arif baca buku kat rumah... Aiman tak kisah...Jika anak sekecil Aiman tidak mendiskriminasikan, mengapa perlu anda…"



Iklan hasil cipta Encik Badrul.Lepas.Enam. Info bagi teman-teman di seberang tambak dan seberang laut, iklan tersebut ialah iklan kemasyarakatan mengenai HIV + yg popular di stesen radio Astro di Kuala Lumpur.

Moral of the iklan ialah AIDS tidak berjangkit melalui sentuhan.


Citer mengenai kehidupan susah dan senang satu keluarga yang menetap di sebuah pulau bernama 'Blue Island'. Keluarga tersebut terdiri daripada seorang ibu tunggal yang belom berkahwin, seorang anak perempuan berumur 8 tahun yang mempunyai AIDS dan seorang datuk tua yang mengidap penyakit Al-Zeimer. Ibu tersebut dengan gigih, sabar dan tekun membela dan menyara datuk dan anak perempuannya yang sakit dengan membuat kerja di kampong. Berapa sen sangat lah dapatkan. Watak budak sakit dalam drama korea dah common sangat tapi yang ni lain sket sebab penyakit pilihan pengarah kali ni ialah AIDS. Selalu penyakit barah, ye tak...hehe

Yang menarik perhatian ialah bila mana ibu tersebut nak menjelaskan kat anak dia bahawasanya anak dia 'berlainan' dengan budak-budak sebaya anak dia di kampong. Ibu itu harus mencipta dan mereka alasan-alasan yang munasabah lagi munasarawak bila anak dia kerap menanya kenapa ini tak boleh, kenapa itu, kenapa dan mengapa. Ibu tersebut senaraikan beberapa perkara yang anak dia boleh buat dan tidak boleh buat. Antara nya, ibu itu beritahu bila anaknya kalau dia mengalami luka dia tak boleh menerima bantuan dari orang lain. Luka itu harus di lap menggunakan sapu tangan yang dibekalkan oleh ibunya yang ada di dalam beg skolah nya dan kemdian dibungkus elok-elok di dalam plastik dan sebagainya.

Dan kemdian bila orang kampong dapat tahu anak ibu itu ada AIDS, seluruh penduduk kampong bertindak memulaukan keluarga mereka kerana takut berjangkit dan mati. Layanan dari penduduk kampung terhadap keluarga mereka turut berubah dan dipandang serong malahan mereka diugut supaya meninggalkan kampong tersebut.

Adakah begini layanan kita terhadap mereka yang ada penyakit AIDS? Lelebih lagi bila AIDS itu diperolehi secara tidak patut seperti daripada kecuaian doctor dihospital yang tersalah transfer darah yang ada HIV+. Tapi dalam citer ni tak de la tunjuk adegan saman menyaman doctor tu. Cuma dia nak tunjuk bagaimana reaksi masyarakat terhadap pesakit AIDS, bagaimana perasaan ibu yang mempunyai anak kecil yang comel yang mengidap AIDS, bagaimana seorang ibu membesarkan anaknya yang ada AIDS dan bagaimana pengetahuan am masyarakat bila berhadapan dengan pesakit AIDS. (tapi kalu penagih dadah ngidap AIDS sedikit sebanyak orang ramai akan bertepok tangan dalam ati..ye kan)
Kesemua faktor di atas di adun sebati menjadi satu adunan yang bernama kdrama Thank You. Lepas selesai menonton drama ni u all akan faham kenapa drama ini diberi judul Thank You. Mereka berfikiran positif dan saling berterima kasih antara satu sama lain. I loikeee...hehe

Itu gambaran kasar jalan citer nya. Mari kita liat para pelakonnya pula :

Jang Hyuk as Min Ki Seo

Come back yang sukses dengan mendapat citer yang best. Saya nak mahkotakan dia hero panas baran on skrin. Memang secocok dengan muka dia yang ada iras muka singa lapa baru bangun tido muahahaha. Dalam citer ni dia doktor yang garang lagi bekeng (kata org kelantan) kemdian resign tammo jadi doktor lagi selepas gagal membuat pembedahan pada gelpren dia yang sakit barah perut. Sejak kematian gelpren dia hidup tak de haluan sebab dia sayang banget sama gelpren nya itu yang juga merupakan seorang doktor. Nak dijadikan citer kesilapan transfer darah HIV+ adalah dari gelpren dia. Sebelum mati gelpren dia tinggal wasiat supaya tolong minta maaf pada ahli keluarga budak bagi pihak dia.

Kalau anda masih ingat citer Successful Story of Bright Girl, hero ni blakon, watak dia ada panas baran kan. Sama gak lam citer ni, watak garang, panas baran, hot temper kasik kat hero ni. Memang dia champion hahaha




Gong Hyo Jin as Lee Young Shin

Selepas menyaksikan dia dalam citer ni, dia termasuk senarai heroin peberet sebab lakonan dia ada stail lahhh hehe. Sebelum ni mcm kureng sket kat dia pasal kurang cun kots (tak baik diskriminasi hehe ) Bagus sangat dia dalam citer ni. Sebagai seorang ibu tunggal yang hidup dalam kesedihan tetapi tetap tabah, sabar, cekal, cekap dan amanah mengharungi hidup.

Ada sorang makcik bizibodi nak carikan dia jodoh sebab kesian kan dia tetapi dia bilang bukan mudah lelaki mau menerima dia dan keluarga dia. Kalau nak kawin dengan dia kena terima anak dan datuk dia yang sakit. Jika tidak dia rela hidup sendirian sampai mati bersama ahli keluarga nya




Seo Shin Ae as Lee Bom / Sam Weol Ee (Young Shin's daughter)

Nama dia Lee Bom. Muka mcm kueh bom pon ada hehe. Salah satu kekuatan citer ni terletak pada watak dan lakonan budak ni. Seorang yang petah dan bijak. Nanti bila dia dapat tahu bahawasanya dia ada penyakit AIDS dan tahu AIDS tu penyakit berbahaya, dia cuba melarikan diri dari umah haha Kecik-kecik pandai lari umah. Dia lari umah supaya mak dia dan moyang dia tak berjangkit AIDS dari dia. Salah sorang fan MU sebab minat ngn Park Ji Sung oppa. Dalam bilik dia ada poster besar Park Ji Sung hehe


Shin Sung Rok as Choi Suk Hyun

Bekas boipren Young Shin. Punca permasalahan antara hubungan dia dan Young Shin adalah kerana mak dia. Mak dia benci sama Young Shin sebab Young Shin orang susah lagi tiada pendidikan.


Shin Goo as Mr. Lee / Lee Byung Gook (Young Shin's grandfather)

Datuk kepada Young Shin. Ada sakit mental sket selepas kematian anak dan menantu dia. Tengok citer ni terus tingin nak makan choco pie sebab makanan favourit datuk ni dalam citer ni ialah choco pie. Scene syahdu bila mana datuk rasa ajal dia dah nak sampai dia keliling jalan satu kampung waktu malam distribute choco pie kat umah orang kampung sebagai tanda dia akan meninggalkan kampung itu buat selama-lamanya.


Yang ni nenek Lee Bom juga mak kepada seken hero. Pada awalnya nenek ni tak mengaku Lee Bom adalah cucu dia walau pun heboh di gosip oleh orang kampung bahwa Lee Bom adalah cucu sebenarnya. Gosip tersebut timbul kerana terdapat kesamaan antara nenek ngn Lee Bom. 


Kesamaan tersebut ialah lokasi taik lalat kat muka hahaha seperti gambar di bawah
Tengok adegan ni u all akan gelak tak henggat sebab nenek cuba nak padamkan taik lalat Bom sebab nenek geram mcm mana taik lalat Bom bole sama ngn dia hahaha...dalam episod 6


Kamus Korea
Thank you = komapseumnida / kamsa hamnida

Enjoyssss....sediakan tisu secukupnya sewaktu menonton citer ni yach...;)

Thursday, February 22, 2007

KDrama : Sang Doo! Let's Go To School (2003)






Synopsis
Growing up as the best of friends, Sang-doo (Bi) and Chae Eun-hwan (Gong Hyo Jin) make lots of lasting memories during their shortened high school years. When Eun-hwan's family goes into bankruptcy, debtors rush into their house to grab all of her family's belongings away. When somebody takes her father's old record player that she really loves, Sang-doo goes after the guy. In a physical fight, the man falls off the bridge and enters a coma. Eun-hwan, not knowing this, runs away from the town. Sang-doo goes to jail, returning to find out that his family and Eun-hwan have left him. Years later, he becomes a gigolo (with his uncle) in order to raise the hospital bills for his sick daughter (Se-ra (Hong Soo Hyun) claims that Bori is her daughter). 

Eventually, he meets his long-lost first-love, Eun-hwan as a high school math teacher. In an effort to never lose her again, he returns as a high school student (to finish his last years of high school) and gets placed in Eun-hwan's class. In numerous funny yet heart-touching moments, Sang-doo vows never to become a gigolo again. Yet, his past deeds have caught up with him, and he is soon sought after by the police. Eun-hwan's boyfriend, Min-suk (Lee Dong Gun), also does not want to let go of Eun-hwan. First love is something beautiful yet painful to these two lovers, who have reunited after ten years to find out that everything is not the same anymore.
 
Starring :
Rain , Gong Hyo Jin , Lee Dong Gun , Hong Soo Hyun

Total episode : 16

Credit :
DramaWiki





Sudah kah anda menonton Rain menerusi drama ini? Jika belom saya sarankan anda bersegera la menonton kerana pada pendapatan saya Rain dalam citer ini lagi meletop dari citer Full House. Drama ini merupakan drama pertama lakonan Rain setelah bergelar penyanyi. Bayangkan lakonan dalam drama pertama pon boleh meletop. Tak de sikit pon species kayu nye lakonan atau pon species patung cendana, pon tak de. Itu la dia artis Korea (promosi jangan tak promosi ;P)
 
Buhsan ke citer pasal Rain? Kalau bosan bak kata hos ABP 2006 'tolong tutup telinga' *sambil gelak sengau ala Kak Engku* :P

 
Kalau tidak kerana 'berjumpa' dengan Rain tempohari saya juga mungkin tidak menonton citer ni. Tengok tu akan tengok jugak la tapi bukan priority sebab dedua heroin dia mcm kureng sket kan hehe. Banyak lagi citer best yang lain mau tengok.
(Cewah berjumpa dengan Rain macam la dok melepak menom kopi ngn dia kat Stabak ke. Padahal cuma interaksi sehala sahaja. Hik Hik. )

Watak Rain dalam citer ni sebagai seorang bapa tunggal di usia muda yang kerja jaya nya sebagai seorang gigolo terhangat di pasaran Seoul hahaha. Lawak seh. Kerana desakan hidup dia terpaksa mencari pekerjaan yang mendatangkan wang yang lumayan dalam masa yang singkat kerana nak bayar bil hospital anak nya yang sakit kronik. Dengan berbekalkan rupa paras yang menarik maka dia pon menjebakkan diri dia ke kancah gigolo dengan menekel ajumma-ajumma isteri orang-orang kaya yang di abaikan suami demi mahu mendapatkan wang. Kalau gigolo mcm ni punya kiyut tentu ramai yang berebut hehehe

Citer ini juga bisa membuatkan terguling-guling gelak sebab dialog dia mengandungi banyak lawak serius dan juga bisa membuatkan anda sedih tak henggat. Juga dalam citer ni anda dapat belajar beberapa peribahse baru. Kalau Incik Karam Singh Walia tengok citer ni mesti dia suka.

Contoh peribahasa
'umpama seluar dalam tiada tali penegang'
 
Contoh ayat nya 'Tak best la Abang Sang Doo tak de umpama seluar dalam tiada tali penegang'


Bukan ayat saya tau tapi ayat sarikata hahahaha. Sapa la gerangan translator itu. Adegan masa bebudak skolah tu nak pi piknik kat pulau.



makcik ni mesti suka blakon watak ni kan hahaha

Citer mengisahkan Sang Doo yang telah terpisah selama 10 tahun dengan sahabat baik dia Eun Hwan masa zaman sekolah yang juga merupakan chentar pertama dia. Dalam 10 tahun dia mencari Eun Hwan tak jumpa-jumpa.

Kemdian mereka berjumpa sewaktu Sang Doo mencopet henpon Eun Hwan di sebuah stesen MRT. Kemdian Sang Doo dapat tahu Eun Hwan kerja sebagai cekgu di sebuah sekolah. Sang Doo pon pergi la ke sekolah tempat Eun Hwan bekerja. Motif Sang Doo ialah nak menekel Eun Hwan kembali.

Di pendekkan citer demi nak ngorat Eun Hwan, Sang Doo mintak keje sebagai pak guard di sekolah tu. Bila tak berjaya ngorat guna cara jadi pak guard, dia jadik pelajar dengan sokongan cekgu besar sekolah. Sebab Sang Doo ni dulu kena buang sekolah sebab ada satu insiden berlaku. Oleh yang demikian Sang Doo di terima masuk kelas Cekgu Eun Hwan.

Lepas tu macam-macam la kejadian berlaku hingga tertangkap nya Sang Doo oleh polis sebab menipu wang ajumma. U all tengok sendiri. Panjang la mau citer hehehe.




Rain as Cha Sang Doo

Tak de pe la nak citer pasal dia sebab dia terlalu best dalam citer ni. Biasa nya kalau sesuatu yang best dan bagus kita sampai speechless tatau nak kata pe. Cam tu jugak la konsert dia yang membuatkan orang ramai yang menonton terkejut


Gong Hyo Jin as Chae Eun-hwan
Seorang guru yang brutal. Watak nangis dia ni excellent. Abaikan saja heroin ni jika ianya memberi halangan pada anda untuk menonton citer ni heheh


Lee Dong Gun as Kang Min-suk

Seorang dokter. Kan dah kata dokter glamer dalam drama Korea. Citer Snow Queen pon ada dokter muahahaha Boipren kepada Eun Hwan. Dokter yang merawat anak Sang Doo. Nanti mereka berdua berebut Eun Hwan.


Hong Soo Hyun as Han Se-ra

Terlalu tangkap cintan sama Sang Doo sampai sanggup menipu anak yang dia kandung adalah anak Sang Doo. Yang si Sang Doo pon bulat-bulat percaya hingga memusnahkan hidup dia sendiri sebab terpaksa jadi gigolo demi nak menyara dan menyelamatkan seorang anak yg bukan anak dia yang sebenarnya. Tapi nanti Sang Doo kata tak mengapa sebab kerana anak itu telah berjaya menyelamatkan nya dari membunuh diri sebanyak 900 kali hahaha. Banyak tu 900. Nak bunuh diri tapi tak jadi sebab ada tangan yang menarik iaitu anak dia dan Eun Hwan. Poyo nye jantan ada hati nak bunuh diri hahahaha

Song Min Joo as Cha Bo-ri (Sang-doo's daughter)

Tang rambut ngn gigi sejibik macam mak dia. Pandai carik budak.

Selamat menonton Rain. La ni tengah tengok sitcom pendek lakonan Rain. Nanti kita stori mori haaa. Aja aja fighting!