Showing posts with label Chae Rim. Show all posts
Showing posts with label Chae Rim. Show all posts

Monday, November 15, 2010

KDrama : Oh My Lady (2010)



Synopsis

A spunky 35-year-old housewife, Yoon Gae Hwa, takes on the job of manager to prickly top star Sung Min Woo in order to earn enough money to regain custody of her child from her ex-husband. Romantic hijinks and hilarity ensues when they find themselves in an awkward living situation as Min Woo pays Gae Hwa to take care of his daughter, Ye Eun.

 
Credit :
http://wiki.d-addicts.com/Oh!_My_Lady


Ye Eun datang entah dari mana. Nugu semika?

Seperti yang telah diceritakan di dalam pra-ribiu episodes 1 & 2, drama ini adalah versi drama filem pojaan saya iaitu Speedy Scandal. Oleh disebabkan itu maka saya gigih juga tamatkan menonton drama ini.

Mengisahkan seorang selebreti bernama Sung Min Woo lakonan hero pojaan ramai Choi Siwon dari Super Junior yang tiba-tiba mempunyai seorang anak perempuan bernama Ye Eun. Suasana lantas menjadi haru biru lagi kontrobesi. 


Min Woo menyoal dengan keras sekali

Dengan rasa amarah Min Woo ingin membuang saja anak itu pada awalnya. Namun akhirnya Min Woo tidak sampai hati. Ciri-ciri haiwan belom ada di dalam dirinya untuk membuang anak sendiri di tong sampah atau dihadapan pintu pagar mesjid. Beliau bagaimanapun berasa insap sebentar kerna berzina di masa lalu hingga dikurniakan seorang anak yang comel. Demi keperimanusiaan dan sifat aboji yang ada dalam diri beliau (sebab satu hati nanti beliau akan jadi aboji jua) beliau telah mengambil keputusan untuk menyimpan anak itu sementara dalam masa yang sama beliau berusaha mencari emak si Ye Eun itu.


Ye Eun perlahan-lahan telah memasuki hati ayah nya.

Bagi meng-kaber line yang anak itu telah sah anak nya melalui ujian DNA, Min Woo mengupah seorang Ahjumma (lakonan Chae Rim) supaya menjadi ibu kepada Ye Eun bagi mengaburi mata orang ramai. Jika dia tidak berbuat begitu, jatuhlah sahamnya sebagai idola artis berbadan sasa yang mempunyai kepingan coklat di perut jika kawan-kawan ELF mengetahui beliau mempunyai anak luar nikah. Mana mahu diletak wajahnya yang kacak dan kendo itu.
Ahjumma pula perlahan-lahan mengelap contengan di poster giant gamba Min Woo yang telah diconteng oleh Ye Eun


Bak kata pepatah, sekeras-keras kerak nasik, bila ditaruk air lembik juga jadik nya. Sekeras-keras hati jantan Min Won berserta ego yang tinggi, akhirnya terkulai layu dan timbul rasa sayang terhadap Ye Eun, dek kerna Ye Eun ni seorang anak yang kasihan dan tidak banyak ragam. Ye Eun ni tidak boleh bercakap uols. Mungkin sebab factor persekitaran yang membuat beliau tidak mahu bercakap. Menurut kata pakar kanak-kanak, Ye Eun boleh bercakap jika layanan yang baik diterima dari bapa nya.

Min Woo mula menunjukkan sifat kebapaan terhadap Ye Eun dengan meminta maaf di atas kesalahannya. Sebagai gantian Min Woo kena basuh berak Ye Eun dengan perasaan yang tabah

Bagaimanakah layanan bapak Ye Eun terhadap Ye Eun selepas itu? Ottoke?

Adakah Ye Eun berjaya bercakap akhirnya?


Adakah Min Woo berjaya menutup mulut dan telinga orang ramai yang mengatakan dia dan Ahjumma telah mula ber-kuch kuch hota hei?
Min Woo mengadakan sidang akbar untuk menjelaskan hal yang sebenarnya bahawasanya beliau dan Ahjumma sedang berdeting di antara satu sama lain.
Saksikan lah drama komedi ringan ini untuk mengetahui ending nya yang hepi!

Para pelakon yang telah menjayakan drama ini



Choi Si Won as Sung Min Woo


Chae Rim as Yoon Gae Hwa


Park Han Byul as Hong Yoo Ra


Lee Hyun Woo as Yoo Shi Joon 
Dari dulu hingga sekarang saya pasti terganggu kalau melihat beliau berlakon sebab tangan salu masuk kocek dalam apa situasi sekali pun. Tak larat btol...hehehe


Kim Kwang Gyu as Han Min Kwan

Dah namanya selebreti, pasti lah ada melibatkan wartawan. Wartawan kepoci ini sanggup berbuat apa saja untuk mencungkil dan membuka rahasia Min Woo seorang bujang tapi sudah miliki anak. Paling tak larat sanggup tidur di tempat parking kereta semata-mata untuk dapatkan berita sensasi hiburan terkini Min Woo. Kau kenapa?

OST
Antara lagu yang sedap dalam drama ni - Kajima kajima kajima oleh Jo Seoung Wook

Wednesday, April 18, 2007

KDrama : Dal Ja's Spring (2007)



Synopsis
 
'Dalja’s Spring' is the story of Dalja, a 33-year old single at a crossroad of whether to remain single or get married before she gets older. The drama aims to comically and candidly portray the reality and undying pursuit of romance of a thirty something single woman.The love triangle of Dalja, Taebong and Gijoong brews conflicts over love versus marriage. Taebong, a hunk six years younger than Dalja, works as substitute dates and becomes Dalja’s fake boyfriend. Gijoong is the type who dreams of an ideal and rational courtship. The drama also highlights the life and work of women in their thirties through Dalja who is a talented managing director at a home shopping channel.


Cast : Chae Rim , Lee Min Ki , Lee Hyun Woo , Lee Hye Young , Gong Hyeong Jin

Total episode : 22

Credit : Hancinema-Dalja , Soompi-Dalja , DramaWiki-Dalja , WITHS2


Dengan kata yang ringkas citer ni...best! Recommended tengok

Kalau u all suka citer yang plot jalan citer nya makin lama makin best makin lama makin asyik tanpa mempunyai pelakon yang esmem-esmem atau cun-cun, nonton la citer ni. Genre citer komedi romance. Pasti tak kering gusi tengok.

Memula pon i all nye komen, aisemen tak mengancam nya hero-hero nya...tah sape-sape la...hahaha

Citer mengenai kehidupan seorang pompuan bernama Oh Dal Ja seorang pengurus di sebuah syarikat Handa Home Shopping, berusia 33 tahun yang belum berkahwin. Bila dah single tu tekanan akan datang dari keluarga yang mahu kan nya mencari pasangan dan mendirikan rumah tangga. Juga bila dah single tu bila berkawan dengan suami orang akan dituduh perosak rumah tangga dan akan diserang oleh bini suami orang itu. Bak kata pepatah mengenyam sebelah tangan takkan terasa ngenyam nya ;p

sesi menghapal skrip berjemaah

Berlokasi di dalam sebuah bangunan tempat kerja, Oh Dal Ja kemudian bertemu dengan 3 orang jejaka yang menyukai nya hingga memeningkan pala Dal Ja nak pilih yang mana satu. Sekali petik jari 3 yang datang hehe. Pertemuan dan perhubungan Dal Ja dengan 3 jejaka itu telah mematangkan Dal Ja dalam kehidupan bercinta nya.

Lelaki pertama – rakan sekerja Dal Ja yang sebaya yang dalam diam-diam minat sama Dal Ja selama 8 tahun bekerja di situ. Tapi malangnya mereka tidak berjaya menjadi kekasih awal dan akhir sebab ada aweks enterprem dalam hubungan mereka. Kemdian hubungan mereka bertukar menjadi kawan yang amat baik. Saya sangat suka tengok hubungan persahabatan mereka. Bak kata orang tua-tua 'ada pertemuan tapi tiada jodoh'. Gitu la perumpamaannya

Lelaki kedua – seorang suami orang yang rumahtangga nya di ambang perceraian. Merupakan pengarah syarikat tempat Dal Ja bekerja. Terpikat dengan sikap Dal Ja yeng serius di dalam kerja. Tambahan nak bercerai kena la cari yang baru...ye tak ;p Yang menarik bila isterinya kerap bertemu dengan Dal Ja hingga memberi trauma dan phobia pada Dal Ja tiap kali Dal Ja bertemu dengan dia. Bini dia ala saiko sket mcm tak berapa betul saraf-saraf otak dia kot. Patut pon nak kena cerai. Menakutkan pon ya. Nampak macam seorang perempuan yang kasihan tapi sebenarnya kuntilanak bertopengkan manusia haha. Macam-macam dia lakukan supaya Dal Ja meninggalkan suaminya. Dal Ja hampir di buang kerja akibat fitnah dan gossip ada affair dengan suami orang.

Lelaki ketiga – seorang pemuda berusia 27 tahun, yang keje dia menawarkan perkhidmatan menjadi boipren palsu tiap wanita yang memerlukan khidmat dia. Selama 3 bulan Dal Ja sign kontrak berharga 3000 won untuk blakon jadi boipren dia untuk dia balas dendam pada lelaki pertama tadi. Blakon punya blakon punya blakon akhirnya lakonan menjadi realiti bila mana lelaki muda tersebut benar-benar sukak sama Dal Ja. Kemdian berlaku la pertentangan dari pihak keluarga kedua-dua belah pihak yang menentang perhubungan mereka akibat jarak umur. Adakah mereka berjaya melalui halangan itu? Jawapan nya ialah.......ya sebab happy ending hehehe

Mari kita saksikan para pelakon nya :



Chae Rim sebagai Oh Dal Ja


Come back dari Chae Rim selepas citer Oh Feel Young. Gedebest!

Lee Min Ki sebagai Kang Tae Bong.


Lelaki ketiga di atas. First time tengok dia blakon dalam citer ni. Senyuman dia mengingatkan saya pada Hafiz pemenang What Women Want. Dalam citer ni sebenarnya dia adalah seorang peguam. Dia melepaskan profession peguam nya itu sebab ada satu kes yang dia handle dulu kemdian orang tu bunuh diri sebab kalah kes lantas menyebabkan Tae Bong hilang keyakinan mau jadi loyer lagi *oh saya motobot tak pakai layar ;p*

 

Gong Hyeong Jin sebagai Shin Sae Do


Lelaki pertama di atas. Dalam 3 watak hero, saya paling suka tengok lakonan dia ni. Mesti nak gelak tengok dia sebab lontaran lakonan dia begitu baik sekali. Dia bahasakan diri dia 'chingu' ngn Dal Ja. Bila ada masalah akan refer pada Dal Ja, begitu juga sebaliknya dengan Dal Ja.

Lee Hyun Woo sebagai Uhm Gi Joong.


Lelaki kedua di atas. Nak mahkotakan dia hero paling suka tangan masuk poket tiap kali kluar adegan dia muahahaha. Yang tak larat time duduk pon tangan masuk poket. Haha veri de observe kan. Letih tengok asek nak control macho. Ke tangan dia ada masalah ek. Kalau terlalu kerap sangat orang akan perasan kan. Bukan citer ni saja. Boleh kata kesemua citer dia i all dah prasan hahaha

Lee Hye Young sebagai Wee Seon Joo


Pompuan idaman lelaki pertama di atas. Pada awalnya hubungan dia dengan Dal Ja sedikit tegang sebab berebut kan lelaki pertama itew. Kemdian lama kelamaan mereka juga menjadi kawan baik selepas mengenal hati budi masing-masing. Bak kata pepatah tak kenal maka tak chentar.

Yang ni boss Dal Ja. Boss yang strict dan tegas. Menarik pasal dia ni ialah intonasi dialog dia straight saja tak kira apa mood dia pon dan peberet kaler dia marah hahaha. Watak dia menarik perhatian jugak.

Penutup
Kelima-lima watak ini yang menjadikan citer ni best. Kisah tentang persahabatan antara rakan sekerja, persabahatan antara lelaki dan perempuan dan perhubungan chentar antara lelaki dan perempuan. Dalam kehidupan kita memerlukan kawan untuk meluahkan perasaan juga bertukar-tukar pendapat.

Sayangi la dan hormati kawan-kawan anda. Jangan suka prasangka buruk terhadap kawan anda. Jangan suka memonopoli kawan. Jangan suka nak berlagak ala mem besar terhadap kawan² anda oleh kerana gaji anda lebih tinggi dari semua orang. Cukup la kat opis jadi mem / pak besar. Bila dok melepak bersantai bersama kawan buang kan la kejap sikap mem / pak besaq itew yach. Sekali dua boleh la orang layan. Lama kelamaan boleh blah la labu. Jangan buli kawan anda sebab nanti satu hari anda akan di buli balik hehe. Juga jangan makan kawan...friend eat friend...makan lah mamee. Dan lain-lain lah.

OST citer ni seme best-best jugak. Lagu back-up lain pon best...lagu time berangan hahaha. Ada lagu superman, lagu i will survive versi korea, lagu air supply goodbye, lagu pink panther, lagu i will always love u whitney housten pon ada bagi suit kan lagu dengan mood adegan tersebut hahaha Lawakss. Rasanya ni antara kdrama yang muzik latar dia macam-macam adaaaa


Mari belaja bahse Korea

Chingu = kawan
Namja chingu = kawan lelaki, boipren
Yuja chingu = kawan perempuan, gelpren

Sekian...:)

Friday, December 09, 2005

KDrama : Oh! Feel Young (2004)



Starring: Ahn Jae-Wook, Chae Rim, Ryu Jin, Park Sun-young

 
Total Episod : 16

Summary :

Korean Drama juggernaut KBS brings us Oh Pilseung Bong Soon Young, an upbeat, crowd-pleasing television drama about an ordinary guy who finds great, but unexpected success. Oh Pil-seung (An Jae Wook of The Garden of Heaven) is a free-spirited, but somewhat lazy regular joe who suddenly finds himself heir apparent to a top-level logistics company! With rivals and detractors simply waiting for him to foul up, will Pil-seung be able to rise to the challenge? Or will white-collar intellectuals and their snobby ways force this blue-collar everyman out?

Bong Soon-young (charming Chae Rim of the hit MBC drama All About Eve) is the manager of a large discount store, and strives to find the perfect love with white-collar pretty boy Yun Jae-ung (Ryu Jin). A veteran of disastrous relationships, Soon-young wears her heart on her too-emotional sleeve, and is willing to die for love. The stable, well-educated, and intelligent Jae-ung looks to be a perfect catch. But there's just one obstacle: a boorish, uneducated guy named Pil-seung…

Oh Pilseung Bong Soon Young is a colorful, youthful drama about unselfish love, trying your hardest, and above all being a decent, warm-hearted human being. An Jae Wook recently won an award for Best Actor at the 2004 KBS TV Drama Awards, and co-star Park Sun Young (who plays secretary Noh Yu-jeong) was honored with Best Supporting Actress.

Credit to dvdasian.com


Citer ni kan mengisahkan mengenai seorang nenek yang kaya raya yg ingin mencari warisnya untuk mengambil alih syarikat sebab nenek ni dah nak pencen dan anak lelaki dia telah meninggal dunia sehari sebelum di tabalkan menjadi presiden syarikat. Sebenarnya nenek ni ada sorang cucu yang dulunya dia benci dan tak iktiraf cucu tersebut sebab dia tak restu perkahwinan amma dan appa cucu iteww. (Cucu ni hero la lam citer ni) Disebabkan tiada pilihan dan tidak ingin syarikat jatuh ke tangan org luar maka misi mencari cucunya bermula.

Si cucu yak itu hero, Oh Phil Seoung, adalah hanya seorg penjual ikan di pasar dekat Pusan. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hutang pun keliling pinggang. Satu hari dia nak pi Seoul nak cari bapak dia. Masa di Seoul ni la kisah bermula di mana dia ditemukan dengan nenek dia dan ahli keluarga yg lain dan juga buah hati dia.

Daripada seorang penjual ikan di pasar tetiba dia kena menjadi pengarah syarikat terbesar di Seoul, musti dia tak biasa nak ubah cara hidup...serba serbi la berubah. Seorang sekretari telah di tugaskan utk membantu dia membiasakan diri ngn kehidupan korporat.

Diringkaskan citer walaupun Oh Phil Seoung ni seorang yg tidak educated tetapi dia banyak mempunyai ciri² kemanusiaan mulia yang mana dia disenangi oleh ramai pekerja disebabkan cara dia mengendalikan syarikat mengikut acuan beliau. Dia juga seorg boss yang mesra alam dengan pekerja menyebabkan semua org sayang dia. Akhir citer dia di calonkan utk menjawat presiden syarikat (walaupun syarikat tu nenek dia yg punya dia kena gak bertanding) dan majority pemegang saham bersepakat pilih dia jadik presiden. Walau bagaimana dia memilih untuk tidak memegang jawatan tinggi dan kembali hidup seperti org 'biasa'.

Semasa berucap bila ditabalkan jadik presiden antara ucapannya :

'Selamat pagi....terima kasih pengerusi majelis.....terima kasih pada nenek saya...bla bla bla....saya tiada apa yang istimewa....anda semua yang buat saya istimewa...terima kasih kerna menyokong saya....bla bla bla'....
(jgn taksub saya...eh eh tersasul lakss:P)
 
Best la citer ni sebab hero peberet aku berlakon hehe. Heroin Chae Rim aku rasa ni drama pertama dia blakon pas kawen. Very derr cute ini heroin. Soundtrack dia pun aku dah beli sebab lagu² dia boleh tahan best. Ada 11 track kesemuanya. OST seterusnya aku beli lepas OST Stairway to Heaven.

OST