Friday, January 27, 2017

Taare Zameen Par (2007)




Dari tahun ke tahun nak tengok citer ni. Masuk tahun 2017 baru berkesempatan tengok. 10 tahun tu. Filem ni terbit pada tahun 2007. Bertambah teruja nak tengok sebab anak nombor dua ada simtom-simtom disleksia. Dia tulis abjad A sampai Z, ada beberapa abjad ditulis secara terbalik. Atau omputeh kata ‘mirror image’. Dari situ akak dapat kesan dia ada simtom disleksia. Di tambah dengan simtom-simtom lain seperti clumsy atau cuai. Apa saja dia pegang akan berakhir dengan terjatuh, terlanggar, tertumpah dan yang sewaktu dengannya. Selalunya lah. 


Filem ini mengambil tema disleksia sebagai jalan ceritanya. Tak sangka jugak Aamir Khan buat citer cenggini. Filem pertama arahan Aamir Khan. Wow. Citer Hindustan yang lari dari kebiasaan menyanyi di kawasan gunung ganang, hero heroin bertukar baju sebanyak 10-20 pasang dalam satu lagu.  Adegan akele hum akele tum tum tum tum tumpah se ayer… tiada di dalam filem ini. 


Ishaan seorang pelajar berusia 8 tahun. Selalu gagal di dalam ujian sekolah. Kalau markah penuh sabjek adalah  25, Ishaan cuma mampu meraih 3 markah sahaja. Disebabkan selalu gagal di dalam peperiksaan, Ishaan selalu dimarahi oleh ayahnya. Ayahnya kerap menbandingkan Ishaan dengan abang Ishaan. Ishaan ada seorang abang. Yohan nama nya. Dah la pandai, abang Ishaan  juga memiliki wajah yang tampan. Baru sekolah rendah dah tampan. Bayangkan jika dia dah besor nanti. Harusss la jadi Pilot. #SekadarBerEjazFakhri.


Dalam kelas Ishaan juga selalu dimarahi cikgu. Bab ni akak rasa cikgu-cikgu juga main peranan besar mengesan masalah pelajar yang tak boleh tumpu di dalam kelas dan dan juga yang menulis huruf terbalik ni. Tatapi nehiiii. Cikgu-cikgi kat sekolah Ishaan ni semuanya garang dan bengis belaka. Mereka hanya mahukan yang sempurna. 


“Saya macam tak sangka awak ni adik Yohan. Abang awak kemain pandai. Kenapa dengan awak ni?” cikgu di sekolah Ishaan membebel.


Satu hari ibubapa Ishaan dipanggil oleh Cikgu Besar. Cikgu Besar suruh bapak Ishaan hantar Ishaan ke sekolah lain. 


Masuk sekolah baru, yakni sekolah berasrama, Ishaan masih seperti dulu juga. Tak boleh fokus dan jadi pendiam. Hingga lah suatu hari ada cikgu baru masuk ke sekolah itu. Hari pertama masuk kelas cikgu baru memulakn kelas dengan bernyanyi. Rupanya stail mengajor dia camtu sebab dia cikgu seni. Nak tarik perhatian dan minat pelajar. Cikgu Nikum nama dia. Ejaan Nikumbh. 


Hari berikutnya Cikgu Nikum suruh murid-murid dia melukis. Melukis apa saja ikut imaginasi masing-masing. Di akhir kelas, kertas lukisan Ishaan kosong. 


Kosong, kosong, kosonggggg.


“Mungkin imaginasi dia kosong” fikir Cikgu Nikum.  


Besoknya Cikgu Nikum tanya kawan Ishaan. 


“Ishaan tu kenapa? Dia ada masalah ke?” tanya Cikgu Nikum


“Entah lah cikgu. Dia tu ada masalah kenal huruf dan baca. Walau dia dah cuba banyak kali, masih juga gagal. Gagal sekali tak bererti gagal selamanya. Kalau gagal berkali kali makna nya apa cikgu?” Kata kawan Ishaan yang tempang tu. 


*#@#@#@# *bunyik guruh berdentum*


Cikgu Nikum dah dapat mengagak apa masalah Ishaan. Dia begegas ke bilik guru dan selongkar buku-buku penulisan Ishaan. Dan dia telah menjumpai jawapannya kenapa Ishaan begitu.



Bila cikgu suruh baca perenggan, Ishaan tak boleh baca sebab dia nampak huruf menari nari


Muka memberontak bila tahu kena tukar sekolah asrama


Bapak Ishaan yang garang. Macam nak lepuk je


Cikgu Nikum bertanya kepada kawan Ishaan apa masalah Ishaan


Cikgu Nikum semak buku latihan Ishaan


Jeng jeng

*Apa ini gambar orang orang ni? Bukan orang pakcik..mambang*


Mambang mirror image. Huruf terbalik


Nombor juga imej terbalik


Cikgu Nikum mengambil inisiatif pergi ke rumah Ishaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bila masuk ke bilik Ishaan beliau terkejut melihat bilik Ishaan yang dihiasi lukisan yang mengkagumkan. Ishaan ni terer lukis


Cikgu Nikum nak eksplen tapi dicantas oleh bapa Ishaan. Dia tak paham disleksia tu apa.


Cikgu jelaskan setiap anak ada kebolehan dan ada impian tersendiri. Kadang anak tak boleh nak score A semua sabjek tapi ada subjek tersirat yang lain dia sangat A+


Sekolah anjurkan pertandingan melukis untuk menarik kembali minat melukis Ishaan


Lukisan Ishaan ini telah menggondol juara. Mengalahkan lukisan Cikgu Nikum


Lukisan Cikgu Nikum. Beliau juga disleksia masa baya baya Ishaan dulu ropanya.


Poster versi Korea. Hehe. Orang Korea pon tengok filem ni. 

Dulu ada satu telefilem yang juga bertemakan disleksia. Bagus sangat cerita nya. Mujur akak dah tengok dulu. Dapat diabadikan di dalam blog.

 

No comments: