Friday, March 14, 2014

[Ribiu buku] Jangan...jangan...jangan




Buku seterusnya yang dibaca. Azam 2014 salah satunya ialah dalam setiap bulan sekurang-kurangnya baca 2-3 buah buku. Tak dapat 2-3 buah, sebuah buku pon jadik lah.

Buku ni terbitan Progressive Publishing House Sdn Bhd yang terletak di Taman Lembah Keramat. Oh dekat dengan rumah den. Dibeli di kedai buku SKH di Aeon Setiawangsa. Berharga RM12.00.

Sangat bagus isi kandungannya untuk santapan rohani kita.

Terdapat 12 bab mengenai “Jangan” di dalamnya :

1.       Usah Merungkai Peribadi

  • Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang  tersembunyi, kemudian menyebarkan kepada umum. Perbuatan itu dikategorikan sebagai mengumpat atau “ghibah”.
  • Berdasarkan hadis (m/s :3), walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri, maka ia termasuk dalam kategori mengumpat.
  • Usahlah kita menilai dan menghukum seseorang itu berdasarkan kisah-kisah silam mereka. Usahlah kita bersangka buruk di atas kekhilafan yang pernah mereka lakukan. Usahlah menghina atau merendahkan darjat mereka di atas kehinaan yang pernah mereka lakukan.
2.       Jangan Murtad

  • Murtad adalah satu isu yang cukup sensitive bagi umat Islam. Namun, persoalannya di sini, adalah mereka benar-benar sudah mengenali murtad?
  • Murtad dari segi bahasa adalah “kembali dan berbalik”. Manakala menurut istilah syarak ialah “orang yang keluar dari agama Islam berbalik menjadi kafir”.
3.       Jangan Munafik 

  • Ilmu adalah imam dan amal adalah makmum (mesej dakwah Al-Qardhawi dalam bukunya Fiqhud Da’wah.
  • Bukan mudah untuk menjadi orang yang berilmu, tetapi bukan sukar juga untuk mendalami ilmu pengetahuan sehingga menjadi ilmuan.
  • Menjadi seorang yang berilmu adalah sebuah penghormatan dan kemulian. Amat banyak kenyataan dan bukti yang menunjukkan bahawa orang yang berilmu amat dihormati dan dipandang tinggi. Namun, virus-virus ujub dan tidak mengamalkan ilmu yang ada semakin lama semakin merebak di kalangan penuntut ilmu. Sungguh ramai para penuntut ilmu mula mencari ilmu untuk kemegahan dan keuntungan dunia. Manakala, ada juga sebahagian daripada mereka mencari ilmu semata-mata untuk berdebat dan menguji para ulama yang ada.
  • Golongan berilmu ini boleh juga dikira sebagai seorang yang munafik. Kerana, orang munafik lahiriahnya bagus tetapi dalamannya rosak. Lidahnya manis menuturkan kata-kata hikmah, namun amalannya pahit bak hempedu.


4.       Jangan Bercerai Berai / Jangan Berpecah Belah

  • Surah Ali Imran, ayat 103
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”
  • Rasulullah s.a.w bersabda : 
 "Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti  mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan"

Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?

Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." 

Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?

Jawab Baginda "Cintakan dunia dan takutkan mati ".

(Hadis Riwayat Abu Daud)


5.       Jangan Seperti Keldai 

  • Akhirnya, hawa nafsu atau syaitan lah yang dijadikan Tuhan, yakni menjadi sumber penentu sikap dan hala tuju hidupnya. Orang sesat seperti ini dicap oleh Allah bagaikan binatang ternakan, bahkan lebih rendah lagi daripada itu dalam  surah Al-Araf, ayat 179
6.       Jangan Mereka-reka Alasan

  • Seorang gadis bila ditanya mengapa dia tidak mahu bertudung, dan jawapannya : Saya takut nanti tak ikhlas / Saya masih belom bersedia / Nanti orang kata hipokrit pula. Maaf, sekirannya anda menjadi emosi setelah membacanya, ada baiknya anda tinggalkan tajuk di bahagian ini.
  • Soalan yang kita perlu fikirkan, apakah hipokrit jika kita memakai tudung tanpa kerelaan hati? Apabila hendak menjawab persoalan ini, kita perlu balik semula kepada Islam. Apakah erti Islam?
  • Adakah kita tidak hipokrit atau dalam erti kata lain munafik apabila kita mengerti, memahami dan mengakui bahawa Allah SWT lah yang menjadikan, menciptakan, meniupkan roh dan member kehidupan kepada kita, bahawa Dialah yang menggenggam jiwa dan roh kita serta Dia telah memberikan nikmat makan dan minum kepada kita?
  • Namun, apabila Allah meminta kepatuhan kita kepadaNya, kita menolak untuk akur, kita menolak untuk tunduk dan patuh kepada perintahNya. Betapa ironinya, Dialah sumber segala kebaikan. Tetapi apabila kita diminta tunduk, kita menolak. Apabila ditegah, kita mencelah.
  • Ini lah permasalahannya. Kita sengaja mereka-reka alasan untuk tidak mahu hipokrit melaksanakan perintah dan laranganNya, sedangkan, apabila kita menundukkan kemahuan dan kehendak nafsu kita kepada kepatuhan dan ketaatan kepada Allah, ia adalah tanda keimanan kita kepada Allah. Kita terpaksa memerah akal mancipta alasan semata-mata untuk tidak mahu melaksanakan perintah yang telah diberi oleh Allah SWT.
  • Sebelum kita mengira-ngira diri kita hipokrit di hadapan manusia, soal lah diri sendiri apakah kita tidak hipokrit terhadap Allah?
7.       Jangan Ikuti Syaitan

8.       Jangan Membenci Kebenaran

  • Ramai orang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan benci dalam hati mereka. Tuhan itu Maha Adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.
  • Cara yang terbaik untuk mengikis perasaan benci adalah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam.
  • Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotajkan dan merosakkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.

9.      Jangan Perlekeh Orang Lain

10.    Jangan Suka Bercakap Kosong 

11.    Jangan Tinggalkan Solat Dhuha

12.    Jangan Terlalu Cintakan Dunia

13.    Jangan Menunda-nunda Taubat

14.    Malu : Jaga Maruah dan Harga Diri

15.    Jangan Malas Berfikir

16.    Jangan Berlaku Ganas

17.    Jangan Dekati Zina

18.    Jangan Meninggi Diri

19.    Jangan Lupakan Al-Quran

20.    Jangan Lupakan Allah

21.    Jangan Remehkan Qadak dan Qadar


Nota : Poin 9-21 macam penat pulak nak menaip isi penting nya. Kalau rajin next change ambe sambung ye. Kalau nak lagi best dapatkan buku nya di kedai buku berhampiran anda. 

No comments: